Ramai antara kita kini menggunakan peralatan air fryer bagi memudahkan tugas memasak.

Malah bagi mereka yang mengamakan gaya hidup sihat juga turut menggunakan peralatan ini kerana tidak menggunakan minyak ketika memasaknya.

Namun adakah benar ianya selamat digunakan untuk kesihatan kita. Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi mengenai keberkesaan penggunaan air fryer ini.

AIR FRYER

Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.

Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.

Betul Ke Masak Guna Air Fryer Hasilkan Bahan Kimia Punca Kanser? Dengarkan Penjelasan Pakar Kimia Ini!
Gambar sekadar hiasan.

Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak.

Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.

Bagaimana air fryer berfungsi?

Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.

Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa).

Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.

IKLAN

Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang dan membakar (biskut dan kek).

Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.

Betul Ke Masak Guna Air Fryer Hasilkan Bahan Kimia Punca Kanser? Dengarkan Penjelasan Pakar Kimia Ini!
Gambar sekadar hiasan.

Antara kebaikkan air fryer adalah:

– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng

– Masa memasak dapat dipendekkan

– Pelbagai guna (mini oven)

– Mudah digunakan (digital vs analog)

– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven

IKLAN

– Kurang berbau masakan

– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa

– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas

Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?

Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!

Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?

Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.

IKLAN

Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).

Betul Ke Masak Guna Air Fryer Hasilkan Bahan Kimia Punca Kanser? Dengarkan Penjelasan Pakar Kimia Ini!
Basuh selepas digunakan.

Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.

Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak. Ulasan terperinci mengenai bahan-bahan kimia ini akan saya usahakan kemudian, InsyaAllah.

Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.

Semoga bermanfaat

ChM Dr Fatimah Salim

Ahli Kimia yang suka masak

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Pilih 5 Makanan Ini Untuk Bersahur. Gerenti Rasa Kenyang Sampai Waktu Berbuka!

Diet Cara Sihat Guna ‘Air Fryer’, Tapi Elak 5 Kesalahan Ini Setiap Kali Gunakannya

Selain Gula, Mentega Kacang Juga Boleh Hilangkan ‘Pijar Lidah’ Sebab Makan Pedas

“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI