Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.
Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan Senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal Pengambilan Karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan Pengambilan Serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum Banyak Air & Kekal Hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Ads
5. Kawal Pengambilan Makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih Makanan Yang Kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal Stress & Dapatkan Tidur Mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Ads
8. Pantau Tahap Gula Dalam Darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan Makanan Kaya Magnesium & Kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan Berat Badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Ads
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Nak guna deodorant pun kena ada ilmu ya, tak boleh terus beli dan pakai ikut orang lain punya pilihan. Tetapi yang payah, banyak sangat pilihan di kedai dan pastinya anda keliru untuk memilih.
Andai anda masih keliru untuk memilih deodorant terbaik, ketahui beberapa tips dan cara agar ketiak tidak hitam walau anda selalu menggunakan deodorant.
Kena Guna Deodorant Cara Ini Kalau Nak Elakkan Ketiak Hitam!
1. BERSIHKAN KETIAK SAAT MANDI
Salah satu langkah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan selalu membersihkan ketiak dengan teliti saat mandi. Ketika buat aktiviti, tentu ada banyak kotoran yang melekat di tubuh dan ketiak.
Jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran itu lama-lama jadi daki dan menyebabkan ketiak hitam. Selain itu, membersihkan ketiak ketika mandi juga membantu menghilangkan sisa deodorant yang mungkin masih melekat.
2. LAKUKAN SKRUB GUNA LEMON
Sesekali cuba skrub pada kulit ketiak secara rutin. Cara ini adalah proses untuk membuang sel-sel kulit mati, jika dibiarkan melekat dan membuat ketiak hitam.
Untuk melakukan eksfoliat, anda boleh guna scrub. Sama ada nak buat sendiri atau beli skrub tersebut, keduannya membantu hilangkan masalah ketiak hitam. Sebagai contoh, anda boleh mencampur air perasan lemon dengan baking soda lalu sapu pada ketiak setidaknya dua minggu sekali.
3. GUNAKAN DEODORANT KETIKA KETIAK DALAM KEADAAN KERING
Salah satu kesalahan yang biasa dilakukan orang ramai adalah menggunakan deodorant ketika kulit ketiak masih dalam keadaan basah setelah mandi. Padahal, car ini boleh membuatkan kulit ketiak mudah gelap. Salah satu cara agar ketiak tidak hitam walau anda selalu menggunakan deodorant adalah dengan tahu cara guna iaitu ketika kulit ketiak sudah kering.
Bukan hanya menyebabkan ketiak hitam, penggunaan deodoran pada kulit yang masih basah juga boleh menyebabkan ketiak lembab dan mengeluarkan bau tak busuk.
4. PAKAI DEODORANT SECUKUPNYA
Ramai yang pakai deodorant berlebihan yang semata-mata untuk elakkan masalah bau badan atau ketiak hitam. Padahal, menggunakan deodorant secara berlebihan sebenarnya juga kurang disarankan. Sebab cara ini akan membuat sisa deodorant lebih banyak melekat dan menyebabkan ketiak mudah hitam jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.
Untuk elakkan ketiak tidak hitam, sebaiknya gunakan deodorant secukupnya, iaitu 4-6 kali sapu untuk deodorant roll on dan 1-2 kali semburan untuk deodorant spray.
5. PILIH PRODUK DEODORANT PENCERAH KETIAK YANG TEPAT
Ada baiknya anda memilih deodorant yang dirancang dengan kandungan bahan-bahan alami untuk mengurangi risiko terjadinya iritasi.
Sebab, iritasi boleh menjadi salah satu penyebab warna ketiak menggelap dan menghitam. Jika kulit ketiakmu sudah terlanjur menghitam, pilih juga deodorant yang dirancang khusus dengan manfaat mencerahkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mulakan dengan diet dulu dan sesekali anda kena cuba buat senaman juga untuk bakar kalori. Itulah cara yang betul.
Namun kalau kurang jelas dan masih buntu mencari jalan penyelesaian nak kurus, baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya.
Untuk mereka yang BMI lebih dari 30, kira obesiti la kan. Kalau nak mula bersenam, jika boleh, jangan terus buat yang hardcore atau high intensity terus. Contohnya melompat bintang atau berlari laju.
Sebabnya nanti akan membebankan lutut yang tak biasa bersukan tu.
Lutut, tumit dan pinggul mudah sakit kalau berat badan berlebihan sebab itu lah yang menampung berat/beban badan kita.
Jadi, jika boleh, mulakan dengan aktiviti yang ringan atau sederhana dahulu.