Bakal memasuki usia 40-an tahun hadapan, pelakon utama The Princess Diaries, Anne Hathaway masih kekal muda macam anak remaja.
Menjadi selebriti sensasi dan terkenal di Hollywood pastinya Anne ada cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan untuk kekal relevan di dalam dunia seni.
Antara perkara yang menjadi rutin kepada pelakon ini untuk kekal cantik dan sihat adalah:
Pakai Sunscreen setiap hari
Pernah berkongsi antara rahsia rutin kecantikan yang ibunya sendiri amalkan adalah pemakaian sunscreen sejak dari remaja. Menurut Anne dia akan menggunakan sunscreen untuk melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
Ads
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada (Shape), jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang, bijirin penuh, tepung yang ditapis, avokado dan sayur-sayuran. Turut mengambil pencuci mulut, Anne biasanya akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Ads
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit
Selain bersenam di gim, Anne peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Menurut aktres kelahiran New York ini senaman kardio yang dilakukan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta udara yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Mengamalkan pengambilan air putih yang secukupnya setiap hari membantu Anne mendapatkan badan yang sihat dan juga kulit yang segar sepanjang hari.
Ads
Jaga kesihatan mental dan kecantikan dalaman
Selain mengamalkan makanan sihat dan bersenam, Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya. Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mencadangkan buku panduan penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse’ untuk bahan bacaan. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga yang baik untuk diri.
Sumber: Majalah Remaja & Instagram Anne Hathaway
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahu tak sebenarnya micellar water elok diamalkan sebelum cuci muka, barulah hasilnya ketara dan capai tahap kulit glowing.
Baru-baru ini Puan Nurul Fadhilah ada berkongsi jumpa tip untuk cantikkan kulit. Hanya amalkan dalam sebulan dan hasilnya cukup memuaskan. Parut jerawat yang dah lama ada pun akan pudar dan makin hilang.
Setiap Pagi Sebelum Cuci Muka Sapu Micellar Water, Hasilnya Glowing Kulit!
Haa.. anda cuma perlu sapu muka dengan micellar water setiap pagi sebelum cuci muka selain guna masa nak remove makeup.
Nanti anda akan nampak perubahan pada kulit wajah, bersih dan glowing!
Jadi kalau anda rasa nak sangat hasil yang mantap untuk kulit wajah, boleh lah cuba pakai micellar cleasing water pula. Kuncinya kena konsisten pakai sahaja, inshaa Allah ada hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang nak awet muda, boleh cuba amalkan jade roller untuk urut kulit wajah. Habis hilang gari kedut kalau rajin buat setiap hari.
Tak perlu pergi Spa, anda boleh manjakan wajah di rumah. Jom tengok perkongsian Juju Jasmine ini…
Guna Jade Roller
Jade roller ini alat kecantikan yang membantu melancarkan peredaran darah, mencetuskan kollagen, memudarkan garis garisan halus, korang jugak boleh pakai jade roller ini ketika menggunakan serum/moiturizer juga tau. Supaya lebih meresap dan muka pun kelihatan anjal.
Nak lagi best, pakai face oil dan buat 4 gerakan ini dan amalkan pada setiap hari pagi dan malam hasilnya anda akan nampak dalam 1 bulan. But make sure consistent. Kena buat setiap hari buat kalau nak kesan yang cepat.
Mulakan dengan gerakan ke arah atas dari hujung bibir.
Kemudian dari tengah kening hingga hujung dahi.
Hasilnya Tengok Sendiri Selepas 2 Bulan
Selain kebaikan untuk awet muda, jade roller ni juga boleh membuat kulit kita nampak lebih tegang dan shape muka tu lebih kemas. Mesti ramai yang tak percaya kan dengan roller sahaja dah boleh awet muda. Kan?
Sudah mencuba menggunakan tip ini selama 2 bulan, memang nampak hasil yang memuaskan. Yang penting jangan bosan buat benda ni kalau nak cantik .
Jadi, apa lagi? Carilah satu jade roller untuk buat wajah awet muda tanpa garis halus di wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika biasa amalkan teh halba lemon madu, anda dapat pakej dua dalam satu. Kulit makin cantik dan dalaman pun bagus.
Selain dikatakan pengambilan ‘booster’ moden, apa kata kita cuba buat booster secara alami. Guna bahan-bahan natural, perlukan 3 bahan sahaja. Memang mudah, cuma kena rajinlah buat.
Awet Muda Amalkan Teh Halba Lemon Madu, Pakej Buat Badan Slim Lagi!
Sebagaimana perkongsian daripada Puteri Kasim ini yang menyediakan cara-cara membuat booster cantik hanya menggunakan tiga bahan aje.
Halba ini anda boleh rendam dalam air panas 10 minit atau rebus juga. Halba bagus untuk dalaman kita, lagi-lagi wanita.
Yang ada masalah kesuburan pun boleh cuba ikhtiar amalkan. Air ini boleh diamalkan oleh semua orang, itulah rasa macam nak masukkan halba dalam birthday edition nanti.
Bahan-bahannya:
Madu.
Lemon.
Halba.
Boleh pilih nak rendam atau rebus. Xde masalah. Kalau rendam dalam 10 minit dalam air panas tau.
MANFAAT MINUM AIR HALBA
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
Apa yang bagus minum air halba ini adalah boleh nencuci perut, mencantikkan struktur kulit dari dalam, membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semula jadi, mengurangkan berat badan dan memelihara keanjalan kulit . Itu antara kebaikan jika anda rajin amalkan.
Kredit: Puteri Kasim
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!