kulit kusam

Tahu tak kalau kulit kusam wajah akan nampak tak berseri dan gelap. Jadi jom tengok apa langkah yang sepatutnya anda betulkan dan jadikan rutin dalam kecantikan.

Kulit Kusam

Bila kulit kusam, anda nak sesuaikan dengan warna tudung pun susah. Wajah nampak gelap dan tak glowing. Menurut perkongsian daripada Alfinaays, ada empat kebiasaan yang ramai suka skip.

1. Tak Buat Double Cleasing

Penyebab Kulit Kusam, Ini Kebiasaan Ramai Skip Sebab Malas

Ini cukup penting sebenarnya untuk membuang kotoran secara maksimum. Nak-nak kalau anda jenis suka mekap pakai foundation.

Anda boleh cuba guna mekap remover atau micellar water untuk membuat kotoran pada wajah, kemudian bersihkan menggunakan pencuci muka agar menjadi lebih bersih.

IKLAN

2. Tidak pernah Exfoliate

Penyebab Kulit Kusam, Ini Kebiasaan Ramai Skip Sebab Malas

Cara ini cukup membantu untuk buang sel kulit mati, malah akan memudahkan penyerapan skincare ke kulit secara maksimum. Lakukan exfoliate dengan menggunakan scrub ataupun toner sebanyak 2x dalam seminggu.

IKLAN

3. Langsung Tak Sapu Pelembap Wajah

Penyebab Kulit Kusam, Ini Kebiasaan Ramai Skip Sebab Malas

Jika anda tidak menggunakan moisturizer menyebabkan kulit menjadi kering dan terlihat kusam, jadi penggunaan moisturizer penting untuk membuat
kulit menjadi lembab dan sihat. Boleh menggunakan
moisturizer yang bertekstur krim untuk kulit kering dan gel untuk kulit berminyak.

IKLAN

4. Tiada Sunscreen

Penyebab Kulit Kusam, Ini Kebiasaan Ramai Skip Sebab Malas

Sinar UVA dan UVB bahaya untuk kulit, jadi sunscreen sangat penting dan anda kena pakai setiap hari walau cuma duduk di rumah.

Ini boleh melindungi kulit dari paparan sinar matahari.

Jika beberapa langkah ini anda jaga, insya-Allah hasilnya masalah kulit kusam akan lenyap. Lagi best anda boleh keluar dengan wajah tanpa mekap.

Selain itu:  Sejak Remaja Diajar Amal Minum Herba Buatan Ibu. Rahsia Tya Arifin Kekal Menawan & Aktif!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI