Jarang sekali mereka yang memasuki usia 50 tahun ke atas, tidak berdepan dengan masalah kesihatan serius.
Selalunya pada penyakit seperti diabetes, tahap kolestrol tinggi dan juga darah tinggi pasti akan datang seiring dengan pertambahan usia.
Namun perkongsian Doktor Mazliana Mazlan yang memberitahu pesakit ditemui pada usia 51 tahun tiada masalah kesihatan dan tidak mengambil sebarang ubatan.
Tambahnya hanya satu dalam 50 orang sahaja akan mendapat keputusan tahap kolesterol cemerlang seperti ini.
Tiada petua tertentu diamalkan cuma melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Malah segala yang dilakukan memang memerlukan kesabaran dan disiplin tinggi.
Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan.
Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.
Ads
Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau. Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.
Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.
3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
Ads
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.
Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.
Mazliana Mazlan Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Untuk turunkan berat badan cara sihat bukan sahaja perlu bersenam, tetapi paling penting kena kawal pemakanan.
Senaman hanyalah 20 peratus faktor saja dan selebihnya memang seseorang kena ubah cara pemakanan.
Walaupun sukar untuk mengawal nafsu makan, tetapi lama kelamaan akan terbiasa dan jadi rutin. Hasilnya berat akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Jika sudah berjaya turunkan berat badan, pasti banyak perkara menggembirakan boleh dibuat salah satunya lebih selesa dan mudah untuk beribadat selain mendapat tubuh yang sihat.
Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.
Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.
Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.
Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.
Bersenam Hanyalah 20 % Faktor Berat Badan Turun
Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.
Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.
Tinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse.
Terbaik ialah minum air kosong saja.
Gambar sekadar hiasan.
Ada 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.
Belajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.
Senaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.
Yang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.
Best kan?
#KAB – Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –
Mempunyai aura kecantikan semula jadi, Maya Karin salah seorang artis wanita yang tak jempu dipandang.
Walaupun kini berusia 43 tahun, namun wajah Maya langsung tindak menunjukkan tanda-tanda menua malah makin cantik dan sihat.
Maya Karin Makan Masakan Tanpa Bahan Pengawet, Ini Tip Untuk Awet Muda
Berbeza daripada wnita seusianya, kecantikan semula jadi Maya makin terserlah walaupun tidak mengenakan sebarang mekap atau hanya berhias nipis.
Rupanya ini adalah amalan Maya Karin sejak di usia remaja lagi. Amalan ini sememangnya sesuatu yang sihat kerana banyak menggunakan bahan semula jadi.
Banyakkan minum air suam
Kongsi Maya, rutin penjagaan wajahnya adalah mudah iaitu minum air suam setiap hari dengan secukupnya. Ini kerana air suam boleh meningkatkan suhu badan dan metabolisme dalam badan. Bukan itu saja, air suam juga dapat membantu tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Guna bahan semula jadi di dapur untuk kecantikan
Menurut Maya, selain daripada air suam dia juga sering amalkan petua yang pernah diajarkan kepadanya ketika muda. Antaranya adalah memakai mask rambut dan wajah, scrub serta serum rambut.
Dibuat sendiri mengikut budaya Indonesia, bahan utama yang Maya guna untuk buat mask adalah alpukat. Kalau kamu nak tahu alpukat sangat bagus untuk rambut dan wajah kerana ia mengandungi pelbagai vitamin serta minyak yang diperlukan oleh badan.
Amalkan diet yang seimbang dan sihat
Akhir sekali, Maya turut amalkan diet pemakanan yang seimbang memandangkan dia alah pada kekacang dan hasil tenusu. Bagi makanan fast food, tin dan siap dibungkus akan cuba dielakkan serta dikurangkan.
“Saya hanya makan makanan yang baru dimasak tanpa bahan pengawet. Contohnya, makanan di kedai nasi campur kerana saya tahu mereka masaknya pagi tadi. Dan antara makanan yang akan saya pilih adalah sayur bayam, pucuk paku dan tempe.”
Jadi kepada para wanita diluar sana, masih belum terlewat lagi untuk anda mengekalkan kecantikan. Jom cuba tips dari Maya Karin ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak buah avokado ini banyak khasiatnya! Haa.. ramai tidak menggemari buah avokado kerana rasanya yang sedikit pahit jika tidak dicampur dengan dengan gula atau susu.
Mempunyai kulit berwarna hijau gelap, buah ini mempunyai isi yang lembut dan biji besar di tengahnya.
Kaya khasiat, baik untuk jantung. 4 tip pilih avokado, elak beli yang terlalu ranum dan rosak
Mempunyai pelbagai bentuk, ukuran, warna dan tekstur. Rasanya pula digambarkan seperti rasa kekacang dan berkrim.
Agak sukar sebenarnya untuk memilih buah avokado terbaik ketika kita berada di pasar raya.
Ikuti tip ini agar tidak keliru menentukan tahap kematangannya bagi mengelakkan kesilapan memilih avokado yang rosak atau terlalu muda.
1. Perhatikan Warna Kulit
Perkara pertama yang korang akan perasan adalah perbezaan warnanya. Avokado yang matang biasanya bewarna gelap hampir kehitaman. Jika korang mahu menggunakan avokado secepat mungkin, pilihlah avokado berkulit gelap. Namun jika tidak mahu memakannya dalam masa terdekat, pilih yang berkulit masih hijau.
2. Picit Avokado
Tidak hanya melalui warnanya, korang boleh cuba memicit avokado untuk memeriksa sama ada sudah masak ranum atau masih muda. Letakkan di atas tapak tangan, dan tekan dengan perlahan. Jika ia masih keras, itu bermakna ia belum masak dengan sempurna.
3. Periksa Kulit Avokado
Selain warna kulit, korang harus memeriksa teksturnya. Kulitnya perlu sedikit keras dan pastikan tidak ada lekukan besar yang mungkin menunjukkan buahnya sudah lebam.
4. Tangkai Avokado
Untuk memastikan bahawa avokado yang korang pilih masak ranum dan isinya berkrim, kopek hujung tangkai di bahagian atas. Sekiranya kawasan di bawahnya berwarna hijau, avokado itu sesuai untuk dibeli. Sekiranya kawasan itu berwarna coklat, ia terlalu masak.
Avokado mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Antaranya ialah mencantikkan kulit, mengawal tekanan darah, kaya dengan vitamin dan membantu mengekalkan kesihatan jantung.
Ini pula cara untuk anda manjakan kulit, ada dua cara mudah buat masker untuk pakai waktu pagi dan malam.
Masker Avokado Dan Madu
Cara membuat masker avokado yang pertama adalah mencampurkannya dengan madu. Madu kaya antioksidan yang baik untuk mencerahkan kulit wajah. Selain itu juga dipercayai boleh menjadikan kulit menjadi halus.
1 biji buah Avokado
1 sdm madu
Caranya:
Kupas dan haluskan buah avokado, boleh dikisar atau ditumbuk.
Campurkan dengan 1 sendok makan madu murni. Kacau sebati.
Kemudian anda boleh sapukan pada wajah secara keseluruhan muka.
Tunggu selama kurang lebih 15 minit
Bilas dengan air.
Masker Avokado dan Minyak Zaitun
Cara membuat masker avokado yang kedua adalah mencampurkannya dengan minyak zaitun. Minyak zaitun diyakni dapat mengecilkan pori-pori, menganjalkan dan menghaluskan kulit wajah.
Bahan-bahan:
1 botol minyak zaitun ambil (¼ bagian)
½ buah avokado masak
Cara-caranya:
Kupas dan haluskan buah avokado.
Tuangkan minyak zaitun. Kacau sampai rata.
Sapukan pada kulit muka secara menyeluruh.
Tunggu selama 15 minit
Bersihkan dengan air.
Lepas ini boleh lah anda beli untuk makan dan cantikkan kulit, dua dalam satu!