Ramai yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti senaman di sekitar kawasan rumah seperti berjoging atau brisk walk.

Malah ada juga yang melakukan beberapa aktiviti senaman kardio seperti berbasikal ataupun zumba.

Namun begitu terdapat beberapa rutin yang perlu diberi perhatian dan dirancang bagi memastikan tubuh badan sentiasa mendapat rehat secukupnya.

Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan waktu rehat untuk tubuh badan? Adakah kita harus memanjakan diri di spa atau melakukan urutan khusus?

Selain itu, bagaimana pula kaedah terbaik untuk menetapkan masa merehatkan badan selepas senaman?

3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

Menurut Fitness Coach Shahrilmusa Shahrulzaman, ironinya terdapat banyak cara yang boleh dilakukan.

“Saya pasti ramai individu di luar sana mempunyai pelbagai kaedah tersendiri.

Ads

“Oleh itu, pada hari ini saya ingin berkongsi kaedah untuk menetapkan masa atau hari untuk berehat selepas bersenam.

“Pada sama sama, tip yang boleh dipraktikkan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan memperoleh kesan senaman optimum,” jelasnya dalam status di muat naik di media sosial.

Tip Mudah Senam Untuk Beginner

1. Lakukan Intensiti Senaman

Sekiranya intensiti senaman tinggi, maka luangkan masa berehat pada keesokkan harinya. Bagaimanapun, sekiranya intensiti biasa atau sederhana, sambung semuka latihan pada hari kedua dan mungkin hari ketiga, lalu kemudiannya berehat

Sekiranya intensiti senaman rendah, mungkin boleh melakukan aktiviti senaman pada setiap hari seperti joging, berbasikal dan sebagainya.

3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

Ads

2. Jaga Protein & Pemakanan

Protein dan pemakanan seimbang dan betul sangat membantu dalam proses pemulihan badan. Badan memerlukan nutrisi yang cukup untuk melakukan aktiviti harian, pemulihan dan senaman.

Antara protein ideal adalah seperti telur, ikan, daging merah atau ayam. Sumber protein daripada sumber semula jadi amat digalakkan.

3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

3. Terapi & Rawatan

Bagi individu kewangan stabil bolehlah mencuba kaedah terapi dan rawatan untuk mempercepatkan proses pemulihan seperti urutan sukan, mandian ais, hipnoterapi atau terapi pernafasan.

Ads

Kaedah tersebut lazimnya dilakukan oleh para atlet untuk proses pemulihan sebelum beraksi dalam sesi latihan dan perlawanan seterusnya.

3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

Sumber: Facebook Shahrilmusa Shahrulzaman

Artikel Berkaitan:

Tak Perlu Pergi Gym, Ini Cara Senaman Mudah Boleh Buat Tanpa Guna Peralatan

Nak Kekal Sihat & Cantik Pada Usia 40an, Ini Senaman Harian Paling Sesuai Dilakukan

Senaman Kegel Mampu Kuatkan Otot Lantai Pelvis, Syaratnya Kena Buat 3 Kali Sehari

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI