Adalah menjadi kepantangan bagi seorang wanita jika terlihat kesan parut di wajah. Tidak kisahlah parut disebabkan masalah jerawat ataupun luka.
Pasti seseorang itu akan berusaha untuk memulihkannya kerana tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan wajah berparut.
Tetapi bagi salah seorag pengguna aplikasi TikTok dikenali dengan nama Amirahmaisarah02 pula melihat ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau mampu menjejaskannya dari menjalani rutin sehariannya.
Tampil baru-baru ini di laman sosial berkongsikan sebuah video di TikTok apabila terdapat salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai wajahnya yang kelihatan seolah-olah melecur akibat terkena sesuatu yang panas menyebabkan kulit mukanya herot.
Menurut Amirah, ketika usianya tujuh tahun, berlaku satu kemalangan sewaktu dia tinggal di rumah bersama kakaknya.
“Saya masuk dapur tapi tergelincir dan tertarik sekali tong gas menyebabkan periuk belanga atas dapur pun jatuh sekali serta terkena muka saya.
Ads
“Kakak saya bawa saya masuk dalam bilik air dan basuh dengan air sebelum mendapatkan bantuan jiran serta dibawa ke hospital.
“Sampai hospital muka saya kena balut macam mumia seluruh badan sampailah jadi macam ni,” katanya.
Akibat dari kejadian itu, Amirah terpaksa menjalani kehidupan dengan wajah muka yang berparut terutama bahagian mulutnya disebabkan mungkin melecur teruk akibat terkena minyak panas.
Namun, Amira dilihat kuat dan langsung tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera sewaktu menghasilkan konten di TikTok.
Jadikanlah perkongsian Amira ini satu pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati terutama ketika memasuki kawasan dapur atau memasak yang pastinya menggunakan minyak yang panas.
Ads
Semoga wajah Amira mampu diubati dan pulih seperti sedia kala satu hari nanti!
Jangkitan virus covid-19 tidak mengenal siapa mangsanya. Salah seorang yang turut berpengalaman dijangkiti Covid-19 adalah juara Masterchef Malaysia Musim Pertama, Dr Ezani Monoto.
Dr Ezani memberitahu di laman instagramnya dia dan suami sudahpun pulih dan tamat kuarantin pada 3 Ogos lalu.
Berkongsi pengalamanya, Dr Ezani bersyukur kerana tidak mengalami simptom buruk.
Menurutnya seluruh ahli keluarga juga disahkan negatif dan keadaan mereka semua baik-baik saja.
Namun dia juga turut memberitahu wabak ini boleh diatasi dengan ikhtiar dan menjaga SOP (procedure operasi standard).
Menurutnya sesiapa sahaja boleh ada wabak itu dan ramai yang tiada gejala dan tak sedar mereka dijangkiti berkeliaran di luar sana.
Dr Ezani turut berkongsi apa yang perlu diambil sebagai langkah berjaga-aga. Antaranya penting untuk ada oximeter bagi memeriksa paras oxygen dalam badan.
I went for PCR swab test after my husband who is a health care worker had a mass testing at the hospital and was tested +ve. Alhamdulillah kami berdua tak ada symptom, dan jugak the rest of the family yang satu rumah -ve. Dan dah tamat kuarantin 3 August lalu. So we’re ok don’t worry.
Kita tak boleh pilih nasib dgn Covid, memang ketentuan Allah. Ada yang bernasib baik, tak ada gejala, sebaliknya pula ada yg sampai parah dan meragut nyawa. Tapi kita boleh ikhtiar, bermula dengan prevention. Sekarang ni kene anggap semua orang +ve Covid, sebab sesiapa sahaja boleh ada Covid dan ramai yg tak ada gejala dan tak sedar mereka +ve Covid berkeliaran di luar sana.
Selamatkan dan jauhkan diri dari dekat dengan risiko-risiko yang boleh menyebabkan kita dijangkiti. SOP SOP SOP – tak guna kalau pakai mask tapi bocor bukak sana sini. Kalau dijangkiti juga, ikut betul2 saranan dan nasihat KKM (swipe untuk maklumat).
Observe kesihatan sendiri semasa dalam quarantine – penting untuk ada Oximeter untuk check paras oxygen dalam darah (boleh beli di farmasi atau online). Kepada yang high risk (seperti dalam saranan KKM) – ibu mengandung, bayi, orang tua, obese, mempunyai penyakit2 lain – terus lah ke CAC bila didapati +ve atau bergejala.
Akhir sekali, inilah senjata kita to ultimately overcome Covid – VACCINE. I know for a fact that even though I hadn’t completed my 2nd dose vaccine masa tested positif haritu, it made so much difference to my outcome.
Tak siapa sangka dengan keganasan variant2 baru ni, begitu parah sehingga membawa maut. Ya Allah, protect us all. Ampunilah mereka yg telah terkorban. Bantulah dan kuatkanlah frontliners yg bertarung hari-hari melawan Covid.
Beliau juga berkongsi survival kit yang diambil sepanjang tempoh kuarantin di rumah. Dr Ezani yang dijangkiti Covid-19 tahap 1 hanya menjalani kuarantin kendiri. Namun itu tidak bermakna beliau bersikap sambil lewa mengenai rawatan kesihatannya.
My Covid survival kit.
I was Covid +ve Category 1 – maknanya tiada gejala, dan dah tamat quarantine 3/8 lalu. Just sharing my Covid experience. Bila tested +ve je, terus get ready untuk quarantine… shopping di grabmart utk beli vitamin C, sanitizer, alcohol wipes, and paracetamol.
Called my local Watsons and tanya ada Oximeter tak, mujur ada. Got Lalamove to Buy4me the oximeter. This is very important – I’ve read about happy hypoxia before this, so takut sangat2 kalau kita yang takde symptom ini, rupanya paras oxygen dalam darah dah rendah tapi tak rasa apa-apa sesak nafas.
Sebab tu kene ready oximeter ni. And I also got my @malaysiaolivehouse habatussauda oil – a few drops in my vit c water daily. Tak lupa pam utk ready EBM for Timoh since I can’t feed her directly masa quarantine.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat tak ada apa-apa dgn Covid ni, just shows how important vaccination is. Even dengan 1 dose vaccine pon Alhamdulillah can make a big difference.
Tidak sepereti orang lain yang sudah melahirkan anak untuk mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan, tetapi bagi Scha tiada masalah untuk kekal langsing.
Menurutnya tiada rahsia tertentu diamalkan tetapi apa yang sering dilakukan adalah ‘merapikan’ rumah kerana dia tidak gemarkan keadaan berselerak dan bersepah.
Kadangkala jadual kerja agak padat, jadi Scha akan cuba untuk meluangkan masa membersih dan mengemas rumah.
Pada masa sama, Scha juga seorang yang lasak dan tidak boleh duduk diam. Dia akan cuba mencari apa saja aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.
Walaupun mempunyai pembantu, tetapi Scha mengakui selesa melakukannya sendiri.
“Memang ada pembantu, tetapi saya selesa melakukannya sendiri. Mungkin ramai yang menganggap saya ‘lady boss’ yang tidak melakukan kerja-kerja rumah.
“Agak melucukan apabila setiap kali menziarahi ke kediaman ibu mertua, dia tidak membenarkan saya membuat kerja rumah kerana berasa segan untuk meminta saya berbuat demikian.
“Kadangkala ada juga yang berfikir saya seorang yang tidak melakukan kerja-kerja rumah kerana ada pembantu. Awas, sebenarnya tidak ya,” katanya lagi sambil berseloroh.
Scha turut memberitahu dia tidak melakukan sebarang aktiviti fizikl keranatidak dibenarkan oleh doktor.
“Saya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana doktor tidak membenarkan berbuat demikian.
“Ini disebabkan saya melakukan pembedahan sewaktu melahirkan anak kedua, doktor menasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lasak.
“Boleh dikatakan, kediaman dua tingkat rumah ini dijadikan sebagai ‘gimnasium’ selain sibuk menguruskan dua cahaya mata.
“Saya juga akan memakai jam pintar bagi mengetahui jumlah kalori yang telah dibakar berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
“Boleh dikatakan setiap kali saya melakukan sebarang aktiviti, saya akan memakai jam pintar tersebut,” katanya lagi yang akan memastikan pengambilan air putih mencukupi.
Dia juga akan menbawa air putih ke mana saja pergi dan cuba mengurangkan pengambilan air manis. Ini adalah salah satu cara Scha Alyahya untuk memastikan berat badan sentiasa ideal.
Untuk makluman, tahun ini juga pasangan Scha Alyahya dan suami Awal Ashari menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan dan keduanya telah dikurniakan dua cahaya mata, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina, 4 bulan.
Tak sangka, rupanya bintang Korea, Rose Blackpink nak nasi sebelum memulakan sesuatu aktivitinya.
Permintaan wanita ini jadi perhatian apabila dia memilih nasi berbanding semangkuk sup sayur sayuran yang disediakan untuknya.
“Sebelum lakukan sesuatu yang penting, saya kena makan nasi,” ujarnya dengan aksi spotan.
Acara paling penting yang dimaksud Rose tentu saja Met Gala dan ini adalah kali pertama dihadiri olehnya di mana majlis hanya menghimpunkan designer, model dan selebriti popular dalam satu acara.
Nak Nasi Sebelum ‘Bekerja’, Rahsia Rose Blackpink Kekal Cantik & Langsing!
Ternyata sikapnya ini menurut netizen melambangkan diri Rose yang sangat melambangkan jati diri orang Asia akan tetap mencari nasi walau di mana berada.
“Tiada nasi,” ini adalah mimpi ngeri orang Asia, tulis seorang pengguna YouTube.
Malah dengan makan nasi penampilan Rose tetapi cantik dengan tubuh kekal langsing. Jadi sebenarnya tak salah kita nak makan nasi cuma kena ‘jaga-jaga’. Nah cuba semak cara yang betul.
Ini antara kesalahan dalam kita makan nasi, yang buatkan berat kita senang naik dengan mendadak.
1. Ambil terlalu banyak lauk
Selalunya nasi tak bersalah tapi kita yang ambil terlalu banyak lauk sampai terlebih kalori yang sepatutnya. Lagi-lagi kalau lauk yang cara masakan dia bergoreng dan gunakan terlalu banyak minyak.
Lagi teruk kalau lauk banyak, dan nasi pon banyak. Seeloknya kawal portion hidangan kita untuk pastikan pengambilan kalori kita tak terlebih dari yang sepatutnya. Di bawah nanti, kita akan ajar macam mana cara nak pastikan kita tak terlebih portion hidangan kita.
2. Tak makan sayur
Sayur adalah satu komponen penting dalam hidangan seimbang kita, dan sayur juga tinggi khasiat dan fiber. Fiber ni bantu buatkan kita tahan kenyang lebih lama, dan elakkan dari rasa craving terutama craving benda-benda manis.
Jadi kalau kita nak elakkan dari senang naik berat, memang digalakkan untuk pastikan ada sayur dalam hidangan kita. Kalau sayur yang macam ulam-ulaman tu lagi bagus.
3. Makan nasi kuah banjir
Kalau tengok memang nampak menyelarakan sangat kan, tapi itulah, kalau makan nasi kuah banjir ni memang antara penyebab senang sangat nak naik berat. Sebab selalunya kuah ni memang penuh dengan minyak, tinggi garam dan gula.
Jadi kat situ banyak sangat kalori terlebih dan buatkan kita senang nak naik berat. Kena kawal pengambilan kuah dan jangan ambil kuah terlalu banyak untuk kesihatan jangka masa panjang kita.
4. Minum air manis semasa makan nasi
Memang ramai orang dah tahu, air manis memang antara penyebab lemak senang berkumpul dekat badan kita. Dan biasanya kalau makan di kedai ni, kebanyakan kita memang suka makan nasi dengan air manis sekali, baru best kan.
Tapi kalau tak nak berat badan kita naik dengan mendadak, memang kena kurangkan sangat minum minuman manis ni, jadi kita jimatkan pengambilan kalori kita dengan hanya minum air kosong sahaja. Bagus untuk kesihatan, lebih jimat dan bantu turunkan berat badan.
5. Kurang protein dalam hidangan
Hidangan yang lengkap dan seimbang sepatutnya perlu ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan lemak baik. Antara cara salah makan nasi ialah kurang protien dalam hidangan kita, jadi buatkan kita akan rasa kurang kenyang dan nanti nak makan lagi banyak.
Biasanya kalau kita makan nasi goreng, selalu tak seimbang sebab nasi terlebih tapi protein kurang. Jadi boleh tambah seketul ayam atau telur untuk lengkapkan keperluan protein kita.
6. Makan nasi dengan makanan yang diproses
Yang ni memang patut dielakkan sangat. Makanan yang diproses ni memang bahaya, tinggi dengan lemak, garam, gula dan bahan pengawet yang bukan sahaja senang buat berat kita naik, tapi tak berapa elok untuk kesihatan jugak.
Sebaiknya hidangan nasi yang kita nak makan tu ialah nasi dari jenis beras perang, sebab lebih rendah glycemic index, lebih tinggi serat dan merupakan jenis karbohidrat kompleks.
Untuk lauk pula sebaiknya dari jenis ikan atau ayam dengan cara masakan yang dibakar, direbus atau dipanggang. Dan sayur-sayur pula ialah dari jenis ulam-ulaman. Dari segi portion, boleh gunakan konsep suku-suku separuh.