Seperti yang kita maklum, gejala virus Omicron kini sedang melanda negara kita dengan jumlah peningkatan kes baru mencecah lebih 10 ribu.

Situasi ini sedikit sebanyak membimbangkan walaupun dikatakan kebanyakan yang dikesan adalah mereka yang mempunyai tahap gejala 1 dan 2.

Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta.

Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa.

Walaupun kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang menderita dengan varian Delta.

Namun, ramai yang mengadu mereka mengalami masalah batuk dan gangguan pada tekak (sakit-sakit dan gatal-gatal).

Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

“Ia disusuli dengan hidung tersumbat seperti hidung berair atau berair dan kadang-kadang sakit kepala,” ujar seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan, Indonesia, Dr Erlina Burhan kepada Detik Health.

Dalam pembentangannya, Dr Erlina mendedahkan, gejala awal pesakit selepas dijangkiti varian Omicron adalah badan menjadi lesu, lemah dan mudah letih.

“Justeru, sebaik gejala Omicron muncul, jangan sesekali membiarkan sahaja terutama jika terjadi kepada warga emas dan individu yang mempunyai penyakit bawaan komorbid atau tidak terkawal.

IKLAN

“Seandainya diendahkan, gejala berkenaan (Omicron) yang muncul boleh menjadi lebih teruk. Seseorang boleh sesak nafas kerana keradangan mungkin mula berlaku di dalam paru-paru,” katanya lagi.

Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

Ada Yang Alami Cirit-Birit

Dalam satu artikel berasingan, Detik Health yang memetik penulisan dari John Hopkins Medicine, Amerika Syarikat berkata, simptom Omicron lebih ringan berbanding dengan varian lain.

Salah satunya adalah berlakunya cirit-birit semasa membuang air besar.

Selain itu:  Usia Dah Masuk 30-an, Ini Ujian Kesihatan Perlu Buat Sebelum Terlambat. Salah Satunya Rawatan Gigi!

Hospital terkemuka dunia itu mendedahkan, kira-kira 20 peratus pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami simptom berkenaan (cirit-birit) terlebih dulu selepas terdedah kepada Omicron.

“Kecurigaan terhadap jangkitan Covid-19 juga boleh menjadi lebih besar jika cirit-birit disertai dengan gejala seperti selesema yang lain,” katanya.

IKLAN

Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

John Hopkins Medicine turut berkongsi pengalaman seorang doktor dari San Francisco, AS, Dr Robert Bob Wachter yang menceritakan pengalaman anaknya yang dijangkiti Omicron.

“Anak saya mengalami simptom seperti selesema sebaik bangun dari tidur. Gejala lain termasuk sakit tekak, batuk kering, sakit otot dan menggigil.

“Sepatutnya selepas mendapat vaksin penggalak beliau baik-baik saja, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anak saya memang cemas kerana dijangkiti varian Omicron,” kata Dr Wachter dalam ciapan menerusi akaun akaun Twitternya.

Justeru, kepada anda di luar sana, terus patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

IKLAN

Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Omicron

i. Selsema
ii. Sakit kepala
iii. Kepenatan
iv. Bersin
v. Sakit tekak

Gejala Lain

i. Suara serak
ii. Menggigil
iii. Sukar untuk fokus
iv. Pening kepala
v. Hilang nafsu makan

Sumber: Sinar Plus

Artikel Berkaitan:

Lepas Virus Omicron, Penyakit ‘Florona’ Pula Dikesan. Ini Fakta Menarik Perlu Ambil Tahu!

Boleh Walk-In Dapatkan Vaksinasi Dos Penggalak, Di Empat PPV Sekitar Lembah Klang Mulai Esok

Dah Lali Diejek Berisi 2 Tahun Lalu. Zulin Aziz Tekad Maintain Berat Badan 50KG Menjelang Majlis Kahwin!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI