Sebaik melahirkan anak pertamanya, pengacara dan juga usahawan Neelofa kini sedang menjalani tempoh berpantag di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Walaupun belum sebulan berpantang, Neelofa seakan memberitahu dirinya ibarat seperti terkurung.
Berkongsi di Instagram Storiesnya, menunjukkan sekeping foto berwarna hitam putih yang memaparkan jeriji besi seakan memberitahu kedaan dirinya yang seperti terkurung.
Keadaan ini juga yang dialami ketika diawal fasa kehamilannya sebelum itu dan kini dirasai ketika menjalani tempoh berpantang.
Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini? Secara emosi dan fizikal.
Ads
Ditambah dengan kapsyen ringkas, Neelofa seakan menggambarkan perasaan yang sedang dirasai yang melibatkan emosi dan fizikalnya.
Ingin mengetahui perasaan itu-ibu lain yang berpantang seperti dialaminya, dia turut meminta pandangan orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing.
Jerawat adalah musuh wanita yang paling ditakuti. Kemunculannya dianggap sebagai perkara paling menakutkan kerana boleh mencacatkan penampilan.
Pantang nampak walau sebiji pasti kita akan memicitnya, terutama di sekitar bahagian hidung.
Tetapi sebenarnya memicit jerawat di kawasan hidung yang dianggap sebagai kawasan segi tiga ini sangat berbahaya.
Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Aroma harum air bunga mawar ini dipercayai mampu mengatasi stress. Malah bunga mawar atau rose ini juga memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala.
Kuasa yang ada dalam bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu air mawar sebagai sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Air mawar berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air mawar boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri.
Basuh kelopak mawar dengan bersih dan rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar itu.
Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semulajadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.
Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam. Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.
Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata. Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.
Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.
Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin computer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar. Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit dibawah mata semakin menipis.
Bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.
Jangan risau, air mawar boleh membantu mengatsi masalah mata panda ini dengan mudah. Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera. Air mawar selain dapat mengatasi mata panda juga memiliki manfaat ajaib lainnya untuk kecantikan.
Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bacteria. Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat.
Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang berbahaya. Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.
Melalui cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar dan bersihkan ke seluruh wajah. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.
Aroma harum bunga mawar dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stress.
Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi dan rendam di dalamnya selama 15 minit. Pasti anda akan rasa nyaman dan timbul ketenangan akibat stress yang melampau.
Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstick yang sudah tamat tempoh atau menghisap rokok. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstick.
Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas dan sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan khidmat madu.
Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.
Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air mawar lalu di sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit dan juga sisa solekan.
Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah sudah pastu tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.
Air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan cara menyapu air bunga mawar pada wajah dengan menggunakan kapas.
Tepuk di seluruh wajah secara merata. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.
Antara serangga kecil yang sering kita jumpa di persekitaran rumah adalah semut. Walaupun kecil tetapi jika jenis yang menggigit boleh jadi merah dan bengkak pada kulit.
Tak tahan melihat gelagat serangan kecil ini mengerumuni makanan, pantas kita akan membunuhnya dengan racun semburan semut.
Namun tahukah kita, ada antara racun semut ini tidak boleh digunakan kerana mengandungi bahan beracun Mirex yang tidak dibenarkan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial, Public Health Malaysia megingatkan orang ramai agar tidak menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean yang banyak dijual di pasar malam atau jualan online.
Racun ini mengandungi Persistent Organic Pollutant- POP dan boleh berada dalam tubuh untuk jangka masa yang sangat lama.
Kesan racun ini boleh mengakibatkan simptom loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan, degupan jantung yang tidak sekara.
Ia juga sangat toksik kapad manusia dan berbahaya kepada alam sekitar. Malah seseorang juga boleh didenda hukuman 1 tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000 jika memiliki racun semut jenis ini.
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online.
Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama