Seperti kita tahu ramai dalam kalangan selebriti yang turut disahkan positif virus Covid-19.
Ada yang hanya menjalani kuarantin di rumah dan ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital atas beberapa faktor.
Salah seorang adalah pelakon dan pengacara Uyaina Arshad. Dia yang muat naik status terbaru di laman Instagram memberitahu dirinya dan suami disahkan positif.
Namun suaminya, Raja Shahiran hanya menjalani kuarantin di rumah, tetapi Uyaina terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah dan badan lemah.
Menurut Uyaina lagi lain orang lain simptom dialami, tetapi bagi dirinya dia merasakan badan terasa sakit sangat untuk dua tiga hari pertama disahkan positif. Malah menurutnya nak berjalan pergi ke toilet juga terpaksa merangkak.
Bukan itu saja dia turut memberitahu kedaan badannya seperti kena pukul dan lenyek. Uyaina juga turut mengalami masalah susah bernafas serta demam menggigil. Tambahnya lagi paling bahaya varian ini juga turut kacau internal organ.
Justeru, Uyaina turut mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan dirinya dan suami.
Dia yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu turut berpesan agar orang ramai sentiasa kekal jaga kesihatan kerana itu adalah nikmat paling besar yang Allah berikan.
@rajasyahiranmy & Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago
Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah First time being away from my husband
Lain orang mungkin rasa berbeza2 bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.
Tapi, my body feels sakit sangat2 esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs
Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang
I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik2.
Ads
Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang2 tua & budak2 sebab taktau cemana badan dorang nak terima
Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid
Posting pasangan yang sama cantik sama padan ini juga turut mendapat respon daripada warga maya. Rata-rata mendoaka kesembuhan dan kesejahteraan buat mereka berdua.
Tidak dinafikan baik wanita atau lelaki, selepas kahwin saja badan akan terus naik. Inilah realiti yang berlaku bila usia sudah memasuki usia 30 hingga 40 tahun.
Antara punca kenaikan badan mendadak ini disebabkan perasaan gembira bila hidup berpasangan selain tidak jaga makan dan kurang bersenam.
Jika lelaki dikatakan berperut boroi, manakala perempuan pula lemak sana sini terutama di bahagian perut dek kerana sudah melahirkan anak.
Namu usahlah anda risau. Setiap masalah itu pasti ada jalannya. Masih tidak terlambat untuk kembalikan bentuk badan seperti mana anda belum kahwin dahulu.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah ini, amun yang terbaik ialah dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya ialah melakukan senaman.
Dikongskan 5 jenis senaman yang mampu membakar lemak di bahagian abdomen atau perut sambil anda baring saja!
Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Semakin ramai yang mengamalkan ice facial untuk jaga kulit wajah dan pelakon cantik molek, Mira Filzah juga salah seorang artis yang pernah berkongsi tentang amalan ini.
Mesti ramai lagi di luar sana yang nak tahu rahsia lain cantik artis kecil molek ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.
Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.
Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.
Jaga Makan Yang Diambil
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.
Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.
Ini Kebaikan Ice Facial
Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.
Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.
Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.
Jadi bagi anda yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya kuku rosak pun berkait dengan masalah kesihatan kita, sama ada bertompok putih, merah atau rapuh, setiap satunya ada maksud tersendiri.
Cuba semak kuku anda dan perhatikan adakah ada berkait seperti yang dinyatakan. Haa… kalau terjebak sama, anda boleh jumpa doktor pakar untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.
Kuku Rosak Petanda Ada Penyakit, Cuba Semak!
Ini antara masalah kuku rosak yang berkait dengan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan dalam portal Hello Doktor, semak ya.
Kuku rapuh
Kuku yang kering, rapuh atau kerap patah ini menunjukkan tanda masalah kesihatan iaitu penyakit tiroid. Dan kuku retak atau terbelah dengan warna kuning pula, menunjukkan jangkitan kulat.
Kuku beralun
Kuku beralun dengan garis menegak atau beralun pula, menunjukkan masalah kesihatan buah pinggang dan tulang. Manakala permukaan kuku bergelombang atau berlubang pula, boleh menjadi tanda psoriasis atau athritis.
Jalur menegak disertai perubahan warna kuku adalah tanda anemia. Garisan mendatar menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.
Berbintik putih
Jika ada bintik-bintik putih di kuku, boleh menjadi tanda bahawa badan kamu kekurangan zink dan kalsium. Tak bahaya, cuma kamu perlu tingkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk elak masalah kesihatan lain pada masa akan datang.
Pucat atau kuning
Kuku pucat mencerminkan masalah kesihatan yang melibatkan hati, buah pinggang atau jantung. Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.
Kuku kuning pula dikaitkan dengan masalah bronkitis kronik, tiroid, paru-paru, diabetes atau psoriasis.
Ada garisan hitam
Garisan hitam di kuku boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma atau tersepit pintu. Dan keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti melanoma atau kanser.
Kalau perasan garisan hitam ini sudah berada di kuku terlalu lama, cepat-cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan okay?
Tiada bentuk bulan sabit
Siapa yang ada bentuk bulan sabit berwarna putih di kukunya, bermakna dirinya adalah sihat. Tapi kalau tiada, ia membawa maksud badan kamu kekurangan zat, kemurungan atau anemia.
Sila jumpa dengan doktor kalau kuku nampak merah dan alami simptom seperti pening, gelisah atau sakit kepala.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!