Sering pengsan & tahan kencing, Acha Septriasa bergantung hidup satu buah pinggang. Kini strict jaga kesihatan. Masih terngiang-ngiang di telinga lagu popular My Heart nyanyian penyanyi dan pelakon Indonesia Acha Septriasa di samping rakan duetnya Irwansyah.
Siapa sanagka di sebalik kemerduan suara membawakan lagu itu serta lakonan mantap dalam beberapa filem berkenaan, pelakon popular ini rupa-rupanya hidup dengan hanya satu buah pinggang.
Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu buah pinggang sahaja,” ujarnya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementara itu, Acha berkata, mempunyai satu buah pinggang bukan masalah atau kekurangan bagi dirinya tetapi perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.
“Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya yang kini menetap di Australia disebabkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Bagi menjaga kesihatan, Acha tidak lagi minum sebarang pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Tidak memilih jalan pembedahan, penyanyi, Syura Badron selesa mengamalkan diet untuk dapatkan tubuh badan idaman.
Berumur 37 tahun sekarang, Syura akui cara ini lebih mudah untuk kekalkan berat yang sama dalam tempoh yang lama.
Kalau nak tahu, berat Syura pernah mencecah 80 kilogram dan akhirnya berjaya hilang sebanyak 32 kilogram hasil daripada amalan diet sihat.
Kongsinya menerusi portal mStar, “Berat saya memang tengah naik sedikit tapi sekarang tenah berdiet.
“Walau dah berusia, saya yakin mampu turunkan dengan cara perlahan-lahan.”
Tak mudah nak kurus, sebab nak mulakan pun susah. Hari ini kata nak diet, tapi esok tak buat-buat juga,” begitulah cerita tentang diet oleh Syura.
Namun bagi Syura, jika anda berduit tak salah nak buat pembedahan.
“Perkara ini bergantung pada individu juga. Mungkin ada sebab tertentu lakukan pembedahan. Ada duit atau ada lebih puas buat begitu.
“Pembedahan tak salah, kalau mampu nak buat untuk rasa selesa dan cantik atau lebih berkeyakinan, silakan,” jelasnya lagi.
“Selepas bersalin berat badan Syura cecah 80kg dan berat memang tak turun-turun lepas tu. Risau, sampailah Syura tercari-cari apa agaknya diet yang baik yang boleh diamalkan untuk turunkan berat. Puas Syura scroll dekat google dan ternampaklah satu diet ni.
Sejujurnya, Syura mula nekad untuk turunkan berat badan dalam empat tahun lepas. Niat hendak kurangkan berat bukan saja sebab rasa badan tak sihat. Lebih menyedihkan, sampai kalau pergi mana-mana pun Syura pernah terdengar orang cakap, ‘Syura ke tu? Eh, bukanlah. Besar sangat tu,” ujarnya.
Syura telah melakukan pelbagai jenis diet sepanjang empat tahun dia berjuang untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. “Sebelum ini, Syura pernah amalkan intermittent fasting dan juga diet Atkins.
“Mula-mula dulu Syura buat Keto Diet yang dalam masa sama ‘potong’ gula habis. Menjadi juga sebab Syura perasan yang Syura dapat turun 500 ke 600 gram dalam seminggu.
“Waktu tu Syura amalkan makanan yang berprotein contohnya seperti sayur, ikan, daging, telur dan juga keju,” tambah Syura.
Kalau dulu memang Syura suka minuman manis tapi sekarang dah tak ambil langsung. Paling tak sangka, daripada seorang yang jenis tak minum pun air masak kini dah boleh minum air masak sebab bila dah start Keto diet, secara automatik Syura dah tak lalu minum air manis dah.
Katanya, “Rasa manis sedikit pun dah tak boleh. Cuma kalau teringin sangat, Syura hanya akan ambil sehirup dua.”
Yang pasti, perubahan yang dirasai sekarang benar-benar telah mengubah kehidupannya selama ini.
“Apa yang saya dapat sekarang ialah amalan gaya hidup lebih sihat sebab bila kita diet, kita dah tak makan apa yang tak elok.
Syura pernah secara tak sengaja tak makan sampai 23 jam. Syura juga pernah mengamalkan Warrior Diet yang mana 20 jam ‘berpuasa’ daripada makan sementara empat jam lagi membolehkan kita makan.
“Nasihat saya sebelum hendak amalkan apa-apa jenis diet, pastikan anda tahu kemampuan badan sendiri. Dalam masa sama kaji apa yang kita ambil dan makan. Sebelum ini kalau beli makanan Syura akan terus ambil masuk ke dalam troli. Tapi sekarang berbeza, Syura akan teliti dahulu ingredient dan nutrition dalam makanan tersebut.” Akhiri Syura.
Sekadar info, Syura dengan bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun bersama. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia, dan Muhammad Irfan Ayyan.
Untung kalau rajin pakai sleeping mask sebab cara ini membantu kulit menjadi lebih lembut dan glowing.
Malah, cukup sesuai bagi anda yang mengalami masalah kulit kering, kusam dan jenis suka tidur dalam penghawa dingin. Sleeping mask boleh melembapkan kulit waktu anda sedap dibuai mimpi.
Serius, formula tekstur yang bergel dan ringan membolehkan ia melekap baik pada permukaan kulit. Perlahan-lahan akan menyerap ke dalam kulit, dan pada keesokan pagi, anda boleh mencuci kulit seperti biasa.
Namun begitu, ada yang mengatakan sleeping mask boleh menyebabkan kulit naik jerawat. Betul ke?
Ya, mungkin yang naik jerawat itu sebab tak pakai dengan cara yang betul!
Setiap produk skincare ada cara penggunaan supaya dapat memberi manfaat terbaik, termasuklah sleeping mask.
Peraturan pakai sleeping mask…
2. Sapu krim sleeping mask secara merata pada wajah.
3. Wajib pakai sleeping mask 30 minit sebelum anda masuk tidur, supaya lebihan krim dapat diserap dan tidak akan mengotorkan bantal.
4. Tak perlu pakai setiap malam, hanya sekadar satu atau dua kali seminggu.
5. Cuci wajah bersih pada keesokan pagi dan amalkan rutin penjagaan yang konsisten.
Kelebihan: Bagus untuk kulit yang kering atau tidak cukup hidrat.
Kelebihan: Membaiki skin barrier terutamanya kulit yang stress dan penat. Kulit sensitif paling okay dengan ini!
Tapi AWAS, jangan pakai terlalu kerap! Haa.. bukan sahaja jerawat boleh naik jika pakai sleeping mask terlalu kerap, malah juga boleh beri iritasi pada kulit. Sebaiknya biar kulit anda ada ‘waktu rehat’.
Lepas ini hati-hati ya kalau nak pakai sleeping mask, biar berpada-pada.
Hah, satu kelebihan lain yang mungkin anda tak tahu, boleh bawa sleeping mask ketika travel sebab kita biasanya kurang minum air dan terdedah kepada sinaran matahari bila berjalan jauh.