Kata orang kalau nak sedap hasil masakan, masak perlu gunakan periuk kegemaran atau dipanggil periuk legend.
Biasanya periuk sudah lama digunakan dengan kondisi permukaan agak sudah hitam dan sedikit berkerak.
Namun tahukah kita adakah selamat menggunakan periuk lama ini dan kesannya pada kesihatan kita.
Ahli kimia yang juga Pengasas dan Pentadbir Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim berkongsi menegnai perkara ini di laman sosial Facebooknya dengan menjelaskan lapisan hitam itu sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan sebati tanpa disental atau dikikis.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Tak mudah nak dapat jodoh idaman sama seperti yang kita impikan. Namun jika anda salah seorang yang sedang menunggu pasangan muncul, cuba ikut cara Watie Hanifiah ini.
Ya, agak menarik apabila Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi amalan dapat jodoh idaman dalam hidupnya.
Seolah-olah satu kurniaan dariNya,Watie rasa dirinya bertuah apabila amalannya selama ini jadi kenyataan.
Dalam posting tersebut, Watie mendedahkan mereka yang mencari jodoh yang sama seperti apa yang diidamkan, perlulah rajin dan tak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T.
“Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang kelakar, pandai main gitar, suara kena sedap dan golfer.
Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu Maha Mendengar kan. Sebab banyak yang kita nak tu, banyak juga yang Allah makbulkan. Alhamdulillah.”
Watie juga mendedahkan yang dirinya sangat bertuah kerana ciri-ciri pasangan idamannya itu ada pada suaminya iaitu Shuib.
Buat anda yang mencari jodoh yang sesuai atau pun memiliki ciri-ciri idaman seperti yang anda mahukan, cuba amalkan apa yang dilakukan oleh Watie.
Jadi selepas ini, bila berdoa pastikan anda sebut ciri-ciri pasangan yang anda mahukan. Tak kiralah sama ada baik, kacak, sopan, soleh hingga kaya raya, berdoalah pada Allah S.W.T tanpa henti.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir sebulan melangsungkan pertunangan, pelakon Zulin Aziz, 33 tahun kini sah bergelar isteri dalam satu majlis ijab kabul bersama pasangan yang juga rakan kongsinya Farhan Norzaini, 35 tahun.
Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz kelihatan tampil berseri-seri dan anggun dalam persalinan rona putih untuk majlis pernikahannya yang diadakan di Masjid Negara jam 9.20 pagi.
Dalam majlis berkenaan yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Kedua mempelai diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Untuk majlis resepsi malam ini yang akan diadakan di di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam, pasangan sama padan sama cantik ini akan menggayakan busana dari pereka terkenal Ezuwan Ismail, yang dipertanggungjawabkan dalam menggayakan penampilan keduanya yang turut mengenakan baju nikah dari pereka sama.
Bekas penyampai radio Suria FM itu berharap kehidupan bersama suami
waktu mendatang akan dipermudahkan.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan. Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.
Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi penambat hatinya.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.
“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya yang kelihatan langsing di hari bahagianya.
Sebelum ini Zulin yang mempunyai masalah berat badan berjaya mendapatkan berat ideal di majlis pernikahan dan berkahwinannya.
Pasangan yang sama-sama terbabit dalam bisnes ini juga tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana beranggapan ia adalah rezeki diberikan Tuhan.