Tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita terlalu obses untuk menurunkan berat dengan melakukan cara tidak sepatutnya.
Misalnya sanggup berlapar tanpa makan dan minum sepanjang hari, muntah balik apa yang dimakan ataupun bergantung sepenuhnya dengan produk suplemen kerana mengandaikan boleh cepat menurunkan berat badan.
Namun sebenarnya untuk kurus tidak perlu terlalu obses diet sebegitu, cukup sekadar melakukan apa yang termampu dengan kemampuan diri.
Seperti perkongsian wanita ini Hazwah Mohamed yang hanya amalkan kalori defisit dan juga workout. Tetapi menurutnya sebelum itu dia juga turut mengamalkan kaedah intermittent fasting.
Dia hanya memilih senaman aerobik ataupun mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh. Akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 23 kg berbanding berat sebelumnya.
Ads
Turun 23 KG, Lepas Pilih Aerobic Untuk Workout
Nak share la jugak.. Baju yang sama, saiz yang berbeza. Berat tahun 2018 itu 87kg rasanya dengan ketinggian 157cm. Berat sekarang lebih kurang 64kg.
Tips… Saya memang amalkan kalori defisit & workout. Workout apa saya buat? Saya suka pegi erobik. Kat rumah Kadang-kadang saya ngayuh untuk keluar peluh.
Belum dapat berat normal pun. Slow je progress, tapi saya hepi2 je. Time nak makan sedap, saya makan je.
Yang penting saya tau saya tak terlebih makan & consistent dengan exercise & workout. Itu je dah buat puas hati.
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
AWAS! UBAT BOLEH BERTUKAR MENJADI RACUN
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Seseorang itu bukan saja perlu mengurangkan pengambilan kalori semata-mata tetapi memerlukan gaya hidup yang bersesuaian sebagai jalan penyelesaian.
Perkongsian wanita ini, Cik Alia Amira Rohadi yang telah berjaya menurunkan 10 kg dalam masa sebulan. Hasilnya dia kelihatan cantik dan langsing terutama di majlis perkahwinannya.
Ayuh ikuti perkongsiannya mengamalkan 10 cara diet berkesan yang dilakukan beberapa tahun lalu dan masih kekal saiz badannya hingga kini.
Turun 10 KG Dalam Sebulan Guna Kaedah Ini
(90kg-58kg) 32kg Haaa sebelumm itu nak cakap dulu,, ni BERGANTUNG kepda metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!
Firstly, Loss 10kg in 1 month 1.kene detox dulu badan tu haaa.. Tahu ke atau tidak berapa tan matrix lemak-lemak serta yang menapak beranak pinak dekat usus itu?? So! Korang blh google tau
2. Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ini kalau korang nak tukar or untuk BF mom boleh lebihkan Portion protein (better refer pakar dietition dulu)
Pagi: roti 3 keping+greentea Air suam (wajib ambik macam mana pon) Sebelum pkl 9 pagi( kalau untuk pesakit kencing manis whole grain bread tau.. Kalau yang memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong itu jee haa
Lunch: nasi 2 senduk, ayam atau ikan, sayur hijau rebus/ kukus( saya tak suka lauk kari so memang tak ambik, kadang-kuah kuah kicap jee
Dinner: buah epal hijau(ini pon pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambik time dinner, tak lebih pukul 8 malam) ehh please,, jangan gatal-gatal nak makan pizza kaa nugget ka malam-malam ini acah-acah mat salleh tau
3. Dalam sehari kena ambik 2-3 litter air suam / day ni wajibalghunoh untuk yang nak loss weight 10kg/month.. Korang boleh google jugak mcm mana nak kira berape liter air untuk diperlukan oleh badan dan cara nak devide tak adalah nanti ulang alik tandass je..
4. Saya memang tekankan pengambilan greentea..bukan kata mnum greentea tak jaga makan ,tak senam tup-tup turun 20kg.. Ehh memang idokkk ler.. Dia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jugak bantu dlam loss weight saya peminat greentea ahmad boleh dapatkan di tesco or aeon
5. Setiap hari koranng WAJIB workout 30min/day untuk perempuan boleh lah nak zumba.. Haaa ini kalau yang keje opis tu mohon buat lebih.. Sebab korang kurang bergerak berbanding cikgu. Nurse ke hulu hilir ni..
6.jangan nak acah-acah makan oat, makan biskut, , roti, tahu tak sebenarnya semua ini lagi banyaakkk bebanan untuk diproses berbanding ambik nasi.. Sooo please!!refer dietition sblm buat keputusan tau!
7.KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc,cendol,cool blog, segala mak nenek yang sejuk. Just mnum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day)
8.Pantang lah segala fast food macam kfc mcd pizza subway semua itu untuk 3 buln pertma tanpa ada “treat day”
9. Timbang dulu sebelum mulakan misi.. Setiap minggu make sure timbang! Jaga juga emosi itu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan jugek.. Kalau genetik jenis obesiti , korang kenelah lipat gandakan usaha.. Sebab potensi untuk loss weight 10kg/weeks tu rendah
10.Bangunnn je dari tido sbelum korang g toilet , sebelum gosok gigi, teruss minum air kosong agak-agak dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalakkan) korang boleh search kebaikan mnum air selepas bangun tido. Banyak manfaat dia Kalau seminggu korang boleh loss cuma 3kg.. Janganlah sedihh dulu sayang! Kalau 4 minggu dah dapat berap?? Haaa gitu
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat.cepat down.. Please cari kekuatan kamu. Kalau ada awak tu suami yang ada istri gemok! Jangan dihina badannya tapi temanlah dia buat zumba or jagakan anak masa dia tengah workout tu! Kan nampak sawit disitu..
Tidak dinafikan selain topeng muka, penggunaan hand sanitiser sangat berguna masa ini sebagai salah satu cara bagi mengekang penularan virus Covid-19.
Bagi mengelak tertinggal, kita biasanya akan letakkan hand sanitiser ini dalam kereta bagi memudahkan guna selepas keluar membeli barang.
Namun begitu, disebabkan cuaca panas kini, adakah selamat jika hand sanitiser ini dibiarkan lama dalam kereta di bawah pancaran matahari.
Malah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada keberkesanan hand sanitiser akan berkurang jika terdedah kepada sinaran matahari dalam masa yang panjang.
Jawapannya adalah ya. Hand sanitiser yang dibiarkan di bawah panas terik akan menjadi kurang berkesan, lebih-lebih lagi jika dibiarkan dalam satu tempoh masa yang lama.
Semua bahan kimia boleh melerai jika dibiarkan di bawah cuaca panas, begitu jugalah dengan bahan yang terkandung dalam hand sanitiser.
Sebagai contoh, alkohol di dalam cecair hand sanitiser boleh melerai dan tersejat jika dibiarkan di bawah cahaya matahari.
Perkara ini akan menyebabkan peratusan alkohol di dalam hand sanitiser tersebut berkurang lalu menyebabkan penggunaannya kurang berkesan.
Menurut CDC, hand sanitiser perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk berfungsi dengan baik.
Semakin tinggi peratusannya, semakin berkesanlah ia dalam mengekalkan tangan anda bebas daripada bakteria dan virus.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah penghalang untuk anda terus menyimpan cecair hand sanitiser dalam kereta.
Cuba letakkan botol tersebut di tempat yang teduh dan jauh daripada sinaran matahari seperti di dalam laci atau di dalam poket belakang tempat duduk.
Info Tambahan:
Selain cuaca panas, cuba periksa tarikh tamat tempoh hand sanitiser yang anda gunakan sekarang.
Selalunya, cecair ini boleh digunakan selama 2 hingga 3 tahun sebelum ia tamat tempoh.
Walau bagaimanapun, setelah digunakan berkali-kali, mungkin cecair pensanitasi tangan anda sudah menjadi kurang efektif.
Cuba ingat kembali, pernahkah anda tinggalkan penutup hand sanitiser anda terbuka selepas menggunakannya? Jika ya, hand sanitiser tersebut mungkin sudah tidak berkesan lagi.
Untuk panduan anda, cecair hand sanitiser akan menjadi lebih pekat dan sukar untuk kering jika ia sudah tamat tempoh.
Selain itu, perhatikan juga bau hand sanitiser tersebut. Jika ia sudah berbau pelik, mungkin sudah sampai masanya untuk anda beli botol baharu!
Kalau anda nak kulit cerah dan tak kusam, ketahui cara skrub badan yang betul dulu. Ramai yang tak begitu rajin nak skrub tetapi sabun sahaja tak cukup sebenarnya ya.