Ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin selama 22 tahun dalam mentadbir negara amat disanjungi.
Jasa dan segala khidmt bakti dicurahkan menjadikan Malaysia antara negara disegani ramai.
Malah beliau juga adalah pemimpin tertua di dunia kerana dilantik Perdana Menteri ketujuh ketika berusia 92 tahun.
Melihat susuk tubuh beliau yang sudah bersara ini, kelihatan masih aktif dan sihat melakukan pelbagai aktiviti.
Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Che Det atau Tun M berkongsi apa yang dilakukan beliau pada usianya kini menerusi paparan video di laman sosial TikTok menggunakan akaun @chedetofficial.
Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki.
“Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!
“Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada excercise.
“Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.
Selain itu, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu juga turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia.
Beliau menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak.
Ads
“Satu lagi perkara, pemikiran kita.
“Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan.
“Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif.
“Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran.
“Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif” kata beliau.
Ads
Terdahulu, Dr Mahathir juga pernah berkongsi bahawa beliau sentiasa sihat dengan tidak makan secara berlebihan.
Katanya, makanlah untuk hidup bukan hidup untuk makan. Malah beliau masih mengingati nasihat ibunya untuk berhenti makan apabila merasakan sesuatu makanan itu sedap.
Kalau rajin DIY topeng muka organik, anda dapat jimatkan duit banyak dengan hasilnya lumayan.
Perkara paling menyeronokkan apabila bercakap tentang topeng muka DIY ialah anda boleh reka bahan mengikut jenis kulit dan masalah yang ada.
Sama ada anda mempunyai kulit kering, kulit berminyak atau kulit kombinasi, jerawat, pori-pori besar atau kepala hitam/putih, topeng muka anda bertindak sebagai pendamping sejati untuk kulit anda.
Berikut ialah beberapa cara DIY topeng muka, ini bergantung pada jenis kulit anda jga, Nanti hasilnya kulit anda kelihatan cantik setiap hari.
DIY Topeng Muka Untuk Cantik
1. Kulit Kering
Madu adalah komponen penting dalam topeng muka bagi yang berkulit kering. Sifat semula jadi dan antibakteria menjadikannya sesuai untuk kulit kering dan kusam, terutamanya pada musim hujan. Anda hanya memerlukan gabungan susu dan madu.
Kerana susu adalah pelembap yang terkawal kemudian sapukan pada muka anda untuk kehasilan yang pantas.
Anda juga boleh cuba memasukkan dua titis mana-mana minyak pati dan satu sudu madu dengan tambahan gel aloe vera. Sedia untuk disapu ke muka anda selepas dicampur dengan sebati. Topeng ini akan memastikan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan yang lembap dan licin.
2. Kulit Berminyak
Ramai orang tidak menyedari bahawa baking soda boleh membantu menghilangkan bintik hitam dan bintik putih serta minyak berlebihan.
Anda hanya memerlukan satu sudu air suam dan satu sudu baking soda kemudiannya sapu pada muka selama sepuluh minit. Ini membantu dalam penyingkiran liang tersumbat, namun penggunaan pes yang berlebihan mungkin menyebabkan keradangan dan ketidakselesaan. Jadi anda perlu mencuba sedikit dahulu untuk hasil yang sempurna.
3. Kulit Kombinasi
Putih telur adalah ramuan hebat membantu menutup pori-pori di hidung dan dahi kerana ini boleh mengawal kulit berminyak. Jadi jika anda mempunyai zon T yang berminyak tetapi pipi kering, ini boleh menyelesaikan masalah anda.
Oleh kerana keupayaannya untuk menghalang pengumpulan bakteria, putih telur juga berguna untuk menghilangkan bintik hitam dan jerawat. Untuk membuat topeng muka, gabungkan putih telur, madu, dan satu sudu besar jus lemon dalam mangkuk.
Selain itu, masukkan satu sudu teh serbuk kunyit. Selepas menghasilkan pes, sapu pada muka dan tunggu sepuluh hingga lima belas minit untuk kesan yang optimum.
Pesanan:
Jika anda mempunyai kulit sensitif, boleh cuba dulu dan jika rasa gatal-gatal, boleh berhenti guna.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, apabila mengalami pertambahan berat badan akan menyebabkan emosi seseorang itu juga turut terganggu.
Apatah lagi apabila melihat bentuk badan tidak langsing seperti sebelumnya. Jika tidak tahan memang mental akan koyak.
Ini juga yang berlaku pada wanita ini, Elly Naureen dari sahabat Diet Suku-Suku Separuh yang mengalami pertambahan berat badan disebabkan pemakaian implanon.
Bukan itu sahaja, perubahan hormon juga turut berubah di mana rambut mula gugur teruk dan selera makan juga bertambah.
Situasi ini menyebabkan kenaikan berat badan mendadak dan penurunan metabolisme. Apabila situasi ini berlaku menyebabkan empunya badan rasa tidak selesa dan mengubah cara hidup dan pemakan.
Namun tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan berat badan ideal. selama hampir dua tahun, dia akhirnya berjaya mengurangkan sebanyak 13kg.
Bila Berat Terlebih
Jika berat asal adalah sekitar 76-75kg, tetapi beratnya kini adalah 63kg dan target untuk mendapat berat sehingga 58kg.
Ada yang bertanya bagaimana dia yang berketinggian sekitar 162cm melakukan proses diet ini. Adakah melalui cara mengira kalori.
Menurutnya dia tidak pernah mengira kalori cuma memastikan portion diambil adalah dalam kadar suku-suku separuh.
Bukan itu saja, dia turut mengubah gaya hidup daripada tidur lewat kepada tidur awal.
Lepas Tukar Ambil Suku Nasi
Mengambil minuman air kosong berbanding manis sebelum ini. Begitu juga tidak mengambil snek seperti ais krim, kek dan menukarnya kepada buah-buahan serta salad sihat.
Paling memberi kesan apabila menukar pengambilan nasi daripada 2 pinggan sebelum ini kepada 1 pinggan dan terus kepada suku sahaja.
Selain itu menurutnya, kawan-kawan juga banyak membantu proses diet ini dan disiplin serta yakin jadi kunci kepada kejayaan menurunkan berat badan.
Manfaat pisang sangat luar biasa untuk tubuh manusia. Selain dikenali sebagai buah diet terbaik, pisang juga kaya dengan vitamin, mineral, serat dan pelbagai nutrisi penting. Bukan sahaja memberi tenaga, malah pisang juga membantu kesihatan ibu mengandung, mengurangkan masalah kulit, serta menstabilkan emosi.
1. Pisang Kaya Kandungan Vitamin & Serat
Pisang mempunyai kandungan karbohidrat 2 kali ganda serta vitamin A 5 kali lebih tinggi berbanding buah epal. Dengan kadar potassium sekitar 400mg bagi sebiji pisang bersaiz sederhana, manfaat pisang amat besar dalam menjaga kesihatan jantung.
2. Manfaat Pisang Sebagai Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat dalam pisang membekalkan tenaga segera. Amalan memakan 2 biji pisang sehari membantu meningkatkan imunisasi tubuh serta memberi tenaga sepanjang hari.
3. Pisang Untuk Diet & Menurunkan Berat Badan
Salah satu manfaat pisang yang paling terkenal ialah membantu menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya rendah, sesuai dimakan sebagai snek sihat tanpa risaukan lemak berlebihan.
4. Mengatasi Masalah Jerawat Dengan Pisang
Bukan sahaja dimakan, pisang juga bermanfaat untuk kecantikan kulit. Hancurkan pisang masak, sapukan pada wajah yang berjerawat, biarkan beberapa minit, kemudian bilas. Kaedah ini membantu mengurangkan jerawat secara semula jadi.
5. Manfaat Pisang Mengurangkan Sakit Haid
Pisang membantu mengurangkan sakit ketika datang bulan. Kandungan nutrisinya dapat menstabilkan hormon sekaligus mengurangkan rasa sakit haid.
6. Mengubati Masalah Sembelit
Pisang kaya dengan serat larut yang dapat melembutkan najis serta memperlancar sistem pencernaan. Ia adalah rawatan semula jadi yang baik untuk sembelit.
7. Kulit Pisang Hilangkan Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk, cuba sapukan kulit pisang pada bahagian gatal. Ia membantu menenangkan kulit dan mengurangkan rasa gatal secara semula jadi.
8. Meningkatkan Mood & Mengurangkan Tekanan
Manfaat pisang yang jarang diketahui ialah kemampuannya meningkatkan mood. Kandungan tryptophan dalam pisang membantu tubuh menghasilkan serotonin yang menjadikan emosi lebih stabil dan mengurangkan tekanan.
9. Pisang Baik Untuk Ibu Mengandung
Pisang kaya dengan kalium, folat, vitamin C, vitamin B Kompleks, kalsium, zat besi dan magnesium. Nutrisi ini sangat penting untuk perkembangan janin serta menjaga kesihatan ibu mengandung.
Kesimpulan: Dengan pelbagai manfaat pisang yang ada, jelaslah ia bukan sekadar buah untuk diet tetapi juga sumber nutrisi penting. Amalkan pisang dalam pemakanan harian untuk tubuh lebih sihat dan bertenaga.