Menang bergaya dengan membawa pulang pingat Perak dalam saingan acara akhir Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sangat membanggakan kita.
Ternyata usaha selama bertahun-tahun oleh Datuk Azizulhasni Awang berbaloi walaupun sekadar meraiih Perak.
Jutaan rakyat Malaysia meraikan kejayaan ini dan anak kelahiran Dungun Terengganu ini turut mendapat ucapan tahniah dari legenda Badminton Datuk Lee Chong Wei.
Dalam hantaran di laman Instagram, Lee Chong Wei berkata seluruh rakyat Malaysia bersorak untuk beliau mendapatkan pangat Perak dan banga apabila bendera Malaysia dikibarkan di pentas berprestij ini.
Beliau juga yakin emas akan jadi milik Azizulhasni Awang ketika dalam temasya akan datang.
Namun yang sedikit mencuri tumpuan apabila beliau berkata usia Azizul sebaya pelumba yang menang pingat emas, Jason Kenny tetapi kenapa Azizul yang kelihatan lebih muda.
Ads
Beliau menambah apa rahsia yang boleh dikongsi untuk kelihatan jauh lebih muda dari pemenang utama.
Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila mu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.
Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak u dah ada … I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti.
Side note : Bro, u sama umur ngan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?
Dalam pada itu Azizul juga turut dikejutkan dengan khabar gembira apabila isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat sedang hamil anak ketiga mereka.
Menurut isterinya Tya hanya berkongsikan berita gembira mengenai kandungannya itu selepas Azizulhasni menamatkan perlumbaan final supaya tidak mengganggu tumpuan suaminya.
“Saya dapat tahu saya hamil selepas Azizul berlepas untuk ke Tokyo,” kata Tya.
“Saya masih di fasa awal kehamilan dan selalunya alahan saya teruk. Itu sebab saya tidak memaklumkan berita kehamilan saya kepada Azizul lebih awal. Bimbang dia risau sebab tak dapat berada bersama saya di sini.
Ads
“Biarpun tak pasti apa perancangan selepas ini kerana pandemik, saya harap Azizul dapat selesaikan semua perkara di Malaysia.
“Dapat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu. Jangan bimbangkan mengenai saya di Melbourne, ada isteri John (Beasley) boleh membantu.” katanya di BH Online.
Azizulhasni pula ketika ditemubual selepas perlumbaan oleh sebuah stesyen televisyen swasta tempatan berkata, dia berlepas ke Tokyo dengan penuh berat hati memandangkan ayahnya, Awang Muda Embong yang dirawat di hospital.
“Masa perlumbaan tadi, saya teringat anak di Melbourne, isteri saya, saya tinggalkan emak ayah saya daripada umur (remaja),” katanya sebak.
Ads
“Bila tingkatan tiga, saya tinggalkan kampung, saya tinggalkan emak saya, emak saya tinggal seorang diri.
“Sebelum berlepas ke Tokyo, ayah saya berada di hospital. Adik beradik saya cakap, fokus pada Olimpik, jangan fikir mengenai ayah. Ayah saya mengalami ‘mild stroke’ saya tak ada pilihan lain. Ini bukan cabaran mudah untuk saya kali ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Ada orang tak suka baca komen netizen tetapi penyanyi, Iman Troye pula obses membaca komen yang ditulis terhadapnya kerana menyifatkan itu sebagai teguran untuk memperbaiki diri.
Jadi itu pilihan masing-masing, kalau rasa mental kuat boleh teruskan. Namun jika sebaliknya, anda boleh hentikan dan abaikan.
Pesanan Iman Troye
Menurut portal Kosmo!, Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 21, komen netizen lebih jujur selain percaya kawan baik tidak selantang orang luar dalam menegur kesalahan yang dilakukannya.
“Saya sangat suka baca komen. Itu masalah saya tapi terpulang macam mana orang kendalikannya. Macam saya, saya suka baca komen sebab siapa nak tegur kita depan-depan betul tak? Tak mungkin kawan-kawan akan tegur kita.
“Jadi, saya akan baca untuk saya betulkan apa yang saya silap. Lebih kepada cara netizen berfikir kepada saya. Macam sekarang saya bersyukur ada orang yang beri perhatian pada saya, masih ada orang tegur saya.
“Saya kena ambil perkara itu secara serius demi perbaiki diri. Melainkan kalau tak ada orang tegur saya, itu kita kena risau,” ujarnya menerusi video dalam TikTok.
Jangan Baca Komen
Pun begitu, pelantun lagu Teman itu menitipkan pesanan kepada rakan seperjuangannya supaya tidak membaca komen sekiranya boleh mengganggu kesihatan mental.
“Kalau bila dah baca dan rasa gelisah dan tak senang hati, kalian tutup telefon dan pergi luangkan masa dengan orang tersayang.
“Itu paling penting sebab kesihatan mental ini nak guna lama.
“Macam saya, saya rasa okey sebab saya nak ambil komen secara serius. Komen yang saya baca tergelak contohnya ramai menyamakan wajah saya macam Datuk Vida tapi saya tidak berkecil hati,” katanya.
Kalau ikutkan gejala buli siber sangat membimbangkan dalam media sosial. Sehingga ada kes bunuh diri disebabkan tertekan dan sakit hati dikritik orang luar yang langsung tidak bertanggung jawab apabila menulis patah perkataan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak kulit cantik cara jimat, cuba amalkan tip anti jeragat yang memerlukan sebiji tomato sahaja. Ya, tak perlu pergi Spa, anda boleh manjakan wajah di rumah dengan cara ini.
Sebelum pergi lebih jauh, ketahui dulu apa kebaikan tomato pada kulit jika anda konsisten amalkan. Jom tengok macam mana saudari Syazaimeka buat dan gosok pada kulit wajahnya.
KEBAIKAN TOMATO
Kajian pakar juga telah membuktikan bahawa buah tomato bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman mahupun luaran, buah tomato dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas.
Apa yang best, bukan sahaja dapat glowingkan kulit, malah dapat menegangkan kulit dan memudarkan jerawat.
Cara Nak Buat:
Sapu seluruh muka, biarkan sebentar sampai kering. Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya.
Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
Nanti cuba amalkan ya, sesuai juga untuk anda yang kulit sensitif. Bagi kulit rehat daripada penggunaan skincare yang lain.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula esok akan dilakukan pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di Lembah Klang.
Sebelum itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, suntikan inokulasi bagi tujuan berkenaan akan dimulakan secara berperingkat.
Mulai 2 Ogos, katanya keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.
“Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.
Kredit Foto: JKJAV
“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.
“Untuk kita elak daripada masalah berita palsu, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima ‘walk in’, kita akan maklumkan senarai PPV mana yang terima dalam tempoh beberapa jam nanti.
“Yang tular baru-baru ini, mengenai senarai PPV dengan jenis vaksin tertentu, itu tidak betul. CITF akan tentukan dan keluarkan senarai PPV, hari ini,” katanya dalam satu sidang media.
Jadi kepada mana-mana individu yang belum mendapat suntikan vaksin boleh hadir di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin seperti ti bawah ini.
Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk hadir pada masa ditetapkan untuk mengelak kesesakan di tempat PPV ini nanti. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan sentiasa update aplikasi MySejahtera.