Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.
Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.
Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.
Kedua ibu bapa, Rodzi (kiri) & Nazita Idris (gambar kanan tengah) yang menjadi meninggal dunia akibat Covid-10.
Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Ads
Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.
Lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan virus merbahaya ini.
“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
Ads
“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.
Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.
Khas buat anda yang suka menjaga kulit wajah menggunakan bahan alami, kali ini ada dua tip cantik untuk anda sama ada nak guna kulit pisang atau tomato, anda sendiri boleh pilih ikut masalah muka.
Guna Kulit Pisang Atau Tomato
Jangan dibuang kulit pisang tu. Banyak sangat manfaat untuk jerawat dan kecantikan kulit.
Ambil kulit pisang yang berwarna kuning atau kehitaman sbb lebih berkesan untuk atasi jerawat.
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke wajah yang berjerawat/seluruh muka sampai bahagian dalam kulit pisang yg berwarna hitam
Gosokkan kulit pisang ke wajah lebih kurang 10minit.
Biarkan untuk 30-60 minit sebelum bersihkan dengan air.
Boleh juga guna kulit pisang untuk disapu sekitar bawah mata untuk hilangan lingkaran gelap bawah mata anda tau. Rugi kalau tak cuba!
Apa manfaatnya?
Sebenarnya kandungan antioksidan kulit pisang boleh mengurangkan masalah jerawat dan minyak berlebihan.
Malahan sangat membantu mengatasi rasa gatal dan iritasi pada kulit yang dapat mempercepat proses penyembuhan.
Membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga mencegah risiko datangnya jerawat yang baru akibat penyumbatan minyak disebabkan kumpulan sel kulit mati dimuka.
Mampu mencerahkan kulit wajah dan memudarkan merah bekas jerawat.
Kalau Nak Guna Tomato Rawat Kulit
Ini pula bahan-bahan yang anda perlu cari kalau nak cantikkan kulit guna buah tomato.
Cuma perlukan tomato dan susu segar (kalau tak ada susu segar, boleh ganti dengan yogurt)
Lenyekkan tomato hingga hancur
Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat di muka)
Tunggu 30-40 minit.
Bilas dengan air bersih.
Senang, bukan? Apa manfaatnya? Okay baca bawah ni. Confirm sambil baca tak sabar nak buat.
Bonus untuk anda yang rajin, masker tomato ini mampu kecutkan jerawat, mencerahkan kulit muka, pudarkan parut perlahan-lahan dan jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing.
Jadi, mana satu pilihan anda kali ini? Rujuk masalah kulit yang anda alami dan terus amalkan ya. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.
Nak dapat kulit flawless cantik, anda kena usaha tutup liang pori terbuka. Tak kisah lah dengan cara labur duit lebih atau jimat poket, asal hasilnya tidak menyakitkan mata.
Sebenarnya semua orang ada liang pori di wajah, bezanya saiz kecil atau besar sahaja. Masalah ini selalunya terjadi pada bahagian pipi, dagu dan hidung.
Tutup Liang Pori Terbuka Dengan 3 Bahan, Tips Ini Sangat Membantu!
Banyak faktor yang membawa kepada pori terbuka, salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka tetapi rajin pakai foundation. Hah, ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Namun jangan risau, jom cuba petua cantik ini yang hanya memerlukan tiga bahan bahan dapur.
BAHAN-BAHAN:
Pisang, yogurt dan madu asli.
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Ketiga-tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Kena rajin pakai setiap malam ya, dan bila kulit wajah dah cantik tanpa liang pori terbuka besar, anda boleh lah mekap nipis atau keluar tanpa mekap langsung.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!