Untuk mengekalkan kecergasan, kita digalakkan untuk bersenam. Tak perlukan masa lama, cukuplah 10-15 minit seperti larian kecil di sekitar rumah.

Namun begitu, sebelum bersenam, anda perlu merancang waktu latihan yang ingin dilakukan terutamanya bagi yang mengalami alahan pada debu dan habuk.

Biasanya, debu dan habuk yang menjadi penyebab alahan paling banyak adalah di antara 6-9 pagi dan waktu senja.

Rancang Waktu Terbaik Untuk Bersenam

1. Naik Kenderaan Awam

Penelitian dari University of British Columbia di Kanada mengatakan seseorang yang menggunakan kenderaan awam ternyata mempunyai kekuatan fizikal yang lebih sihat dan risiko obesiti lebih rendah.

2. Dengan Segelas Kopi

Kafein dikatakan dapat meningkatkan kelincahan reaktif seseorang. Contohnya, keperluan optima kafein untuk wanita yang mempunyai berat badan antara 60kg adalah 2-4 cawan kopi (475ml-950ml) iaiatu sejam sebelum bersenam. Walau bagaimanapun, satu cawan sahaja pun sudah cukup membantu.

Ads

Memadai 10 Minit Untuk Bersenam, Tapi Kena Pilih Waktu Sesuai Bagi Yang Alergik  Debu & Habuk

3. Jangan Malas Masak

Menurut American Journal of Preventive Medicine, aktiviti memasak boleh membuatkan anda berdiri lebih lama dan mengangkat beban ringan (senduk) dapat membakar 139 kalori dalam satu jam. Bayangkan, berapa banyak kalori anda terbakar jika anda memanggang makanan atau membuat kek sekurang-kurangnya 2 jam.

Ads

4. Buat Pemanasan Dahulu

Adakah anda melakukan regangan terlebih dahulu sebelum bersenam? Menurut Bill Holcomb, professor athletic training di University of Nevada, Las Vegas, lakukan pemanasan terlebih dahulu dan barulah regangan dinamik (regangan sambil bergerak).

Memadai 10 Minit Untuk Bersenam, Tapi Kena Pilih Waktu Sesuai Bagi Yang Alergik  Debu & Habuk

Ads

5. Selepas Bersalin

Berapa lama masa yang anda ambil untuk bersenam selepas melahirkan anak? Menurut Robert O. Atlas dari Mercy Medical Center di Baltimore, ramai wanita yang memerlukan masa sebulan untuk berjalan normal tetapi ada juga yang boleh kembali mendukung bayinya ketika berusia dua minggu.

Artikel Berkaitan:

Patutlah Aktiviti Berbasikal Popular. Selain Kurangkan Risiko Sakit Kronik, Senaman Ini Boleh Rehatkan Minda!

4 Senaman Ringkas Ini Boleh Bantu Kempiskan Perut. Lakukan 10 Minit Setiap Hari!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI