Viral baru-baru ini apabila dua orang kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana masalah cirit-birit, setelah dikatakan makan puding buih di bazar Ramadan yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai.
Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka telah dibenarkan pulang.
Sebenarna ini bukanlah kes pertama, tetapi pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa hingga ada antaranya yang meninggal. Puncanya juga masih sama makan puding buih yang dijual di bazar Ramadan.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu bahawa pengendalian bahan mentah tidak sempurna semasa menyediakan hidangan ini yang selalu jadi punca keracuannan makanan ini.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh dengarkan perkongsiannya.
Ads
Hari ini ada kes keracunan makanan disyaki akibat puding buih di bazar. Sampel telah dihantar ke makmal untuk pengesahan. Kes keracunan berkaitan puding buih ni, bukan kali pertama terjadi.
Untuk makluman, pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa, dan ada mangsa yang meninggal. Kes berkenaan juga berpunca dari puding buih yang dijual di bazar.
Pengendalian bahan mentah yang tidak sempurna semasa penyediaan puding buih lazimnya menjadi punca keracunan makanan kepada pengguna. Berikut adalah 4 perkara yang perlu diberi perhatian:
Ads
TELUR Telur perlu dipastikan masih elok dan dicuci bersih sebelum digunakan. Telur yang kotor atau telur yang sudah rosak boleh dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan.
TEKNIK PENYEDIAAN Putih telur dipukul sehingga kembang berbuih dan ia tidak dimasak. Untuk jadikannya selamat, telur perlu dimasak sekurang-kurangnya 75°C. Jika perlukan suhu kurang daripada itu, gunakan telur terpasteur.
SUHU PENYIMPANAN Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana pembiakan bakteria akan berlaku. Puding buih perlu disimpan pada suhu sejuk dingin iaitu antara 0 hingga 10°C.
Ads
TEMPOH PENYIMPANAN Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut menyebabkan keracunan makanan. Penyediaan puding buih ini amat sensitif: bahan perlu segar, penyediaan perlu betul, suhu perlu dijaga, masa perlu diperhati. Oleh itu, peniaga perlu pastikan semua perkara ini terjamin.
Keselamatan pengguna seharusnya jadi keutamaan. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
*untuk maklumat tentang keselamatan dan kualiti makanan, boleh ikuti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Limfoma terjadi apabila sel limfosit yang berada di kelenjar limfa membiak di luar kawalan.
Menurut kajian, limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.
Namun, beberapa tanda dan gejala yang perlu anda ambil tahu iaitu;
Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama)
Demam berpanjangan
Hilang selera makan
Hilang berat badan
Ruam dan kegatalan kulit
Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa pula yang berisiko mendapat penyakit berbahaya ini? Antara golongan yang akan sering mendapat penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah.
Antara pesakit tersebut adalah;
Peskait autoimum
Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
Penerima organ
Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap limfoma.
Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Paling penting, pesakit tersebut perlu disiplin.
Jika ada anda ada tanda-tanda seperti diatas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Nak kulit lembut dan lembap, anda kena usaha ‘keras’, antara menggunakan produk penjagaan kulit yang lengkap atau dengan mengamalkan petua orang lama.
Kali ini ada satu petua menarik dan bagus untuk kulit iaitu menggunakan air beras yang dah mendidih. Tapi serius tips ni memang best. Bila lama-lama guna kulit akan rasa lembut dan lembab.
Haa… petua yang dikongsikan oleh Puan Afzan Afandi ini juga sangat membantu anda yang kulitnya breakout dek kerana memakai produk merkuri sebelum ini.
Cara mudah sahaja:
Ambil air nasi yang sedang mendidih beberapa sudu (jangan tunggu sampai nasi kering nanti anda tak boleh dapat air khasiatnya.
Tunggu hingga air betul-betul suam.
Sapu diseluruh muka yang dah dicuci bersih.
Biarkan 15 minit atau biarkan air beras kering dimuka (jadikan seperti masker).
Amalkan 3 kali seminggu.
Inshaa Allah kalau konsisten memang boleh dapat merubah kulit breakout semakin pulih. Ini sebenarnya petua turun temurun orang dulu-dulu kulit licin tanpa jerawat dan tegang.
Air beras ni kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit. Butir beras dan juga air daripada beras kaya dengan pelbagai zat dan vitamin yang berguna sebagai anti-oksidan, anti-inflamasi, dan bantu cantikkan kulit muka kita.
Pakar sendiri mengesahkan masker dari beras dapat atasi masalah jerawat di wajah. Air beras ini akan dapat menyembuhkan secara alami dengan lebih cepat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat kes terbaru Covid-19 yang sangat tinggi memang amat membimbangkan. Kini sesiapa saja boleh dijangkiti virus ini termasuk ahli keluarga atau kenalan kita.
Jadi apa persediaan kita dalam menjaga kesihatan diri selain mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan virus ini.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram Dr Izzar Anwari memberitahu apa perlu dilakukan jika seseorang itu perlu kuarantin kendiri di rumah.
Menurutnya sama ada seseorang itu positif atau tidak, perlu beli 3 alat bantuan kesihatan bagi memeriksa tahap kesihatan seseorang terutama yang disahkan positif.
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang2 jauh je. Sekarang orang2 rapat dalam famili & kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah2 dengan delta variant ni kan.
Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan. 4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
Sebab tu bagi saya, anda WAJIB mendapatkan:
– Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
– Blood pressure monitor
– Thermometer – Ukur suhu badan
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat.
Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat. Ada kes yang taktau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula2 CAT1 pastu tiba2 CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Kalau delta varian ni ganas ye. Jangan main2. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul2 dan ambil tindakan segera.
Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa2 terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa2 pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua. Nanti bila free saya explain penggunaan alat2 ni