Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
1. Amalan Sewaktu Bersahur
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
2. Amalan Sewaktu Berbuka Puasa
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Ads
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
3. Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam)
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Panduan pemilihan makanan untuk menjamin kita agar kekal sihat dan cergas.
1. Kurangkan penggunaan lemak
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
Ads
2. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
3. Lebihkan pengambilan air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
Ads
5. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula (manis)
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
Istilah cantik setiap wanita tak pernah sama. Malah standard kecantikan wanita di setiap negara memang berbeza-beza mengikut adat masing-masing.
Ada yang berkulit gelap tetapi cantik dengan mata yang besar dan hidung yang mancung. Berkulit cerah dan mata sepet tetapi mungkin aura cantiknya pada manisnya muka. Begitulah kelebihan dan keunikan setiap manusia, tak akan sama.
Wanita dari pelbagai negara di dunia punyai ciri khas kecantikan tersendiri, sekali gus membuktikan definisi cantik tidak sekadar dinilai daripada kemulusan kulit, hidung yang mancung, gigi yang tersusun rapi dan sebagainya.
Kali ini, mStar kongsikan ‘beauty standard’ dari lima negara yang tampil dengan definisi kecantikan serta keunikan tersendiri, sebagaimana perkongsian di laman Brightside.
1) Gigi taring di Jepun
Bagi gadis atau wanita Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman menawan dan nampak lebih cantik.
Trend ini dinamakan Yaeba, yang dipercayai dapat membuatkan wanita kelihatan lebih muda dengan senyuman seakan barisan gigi kanak-kanak. Malah wanita Jepun sanggup ke klinik pergigian untuk membuat gigi taring mereka menonjol apabila tersenyum.
2) Kening bersambung di Tajikistan
Di kala ramai wanita mencabut atau mencukur kening agar alisnya lebih tersusun, berbeza pula dengan wanita di Tajikistan.
Bagi wanita di negara ini, kecantikan mereka tidak terletak pada kening yang dibentuk nipis, sebaliknya pada alis yang unik, lebat dan bersambung!
Gadis-gadis yang tidak dianugerahkan dengan kening lebat menggunakan herba yang dipanggil ‘usma’ untuk melebatkan kening. Malah ibu bapa akan melumur herba tersebut pada kening ketika anak perempuan mereka masih kecil. Unik sangat!
3) Leher panjang di Thailand
Wanita dari suku Kayan di utara Thailand terkenal dengan keunikan mereka kerana memakai gelung tembaga pada leher untuk kelihatan panjang. Mereka percaya bahawa amalan tersebut melindungi wanita daripada perhambaan.
Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka percaya leher panjang menyerupai naga, yang merupakan watak penting dalam cerita rakyat tempatan.
Kanak-kanak perempuan mula memakai gegelung tembaga apabila mereka berumur lima tahun. Gegelung akan semakin bertambah seiring dengan peningkatan usia.
4) Piring bibir di Ethiopia
Wanita suku Mursi berasa dirinya cantik jika memiliki bibir bawah yang lebar. Suku ini mendiami lembah di Sungai Omo, tepatnya sekitar 450 kilometer dari ibu kota Ethiopia, Addis Ababa.
Piring dengan diameter antara 10 sentimeter hingga 25 sentimeter itu digantung pada bahagian bawah bibir agar kelihatan lebih luas.
Tradisi ini dilakukan apabila anak gadis berusia sekitar 15 tahun dan saiz piring berganti seiring meningkatnya usia mereka.
Semakin besar piring, menandakan wanita yang menggunakannya semakin dewasa dan bersedia untuk menikah. Ia juga bererti semakin besar mahar yang harus disediakan oleh lelaki untuk mengahwini wanita berkenaan.
5) Gemukkan badan di Mauritania
Sejak kecil, kanak-kanak perempuan di Mauritania akan melalui proses ‘penggemukan’ kerana bagi masyarakat di sana, wanita gemuk lebih cantik dan senang mendapat jodoh.
Mereka terus-menerus diberi karbohidrat dan lemak, sehingga mengalami obesiti. Apabila mencapai usia yang sudah layak untuk berkahwin, mereka akan dipaksa makan sehingga 15,000 kalori setiap hari. Tradisi ini dikenali sebagai Leblouh iaitu penggemukan secara paksa demi kecantikan.
Jadi tak perlu risau tentang ukuran cantik, sebab kita tetap akan nampak indah di mata orang yang tepat mengikut kesesuaian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita cukup takut kalau wajah tua dari usia sebenar, namun apa cara yang terbaik untuk kelihatan awet muda dengan cara yang selamat dan jimat?
Ini usia belum pun cecah 40an tetapi sudah ada garis-garis halus di dahi dan bahagian tepi mata. Malah wajah juga kelihatan kusam dan lebih tua berbanding usia sebenar.
Apa faktor sebenarnya terjadinya masalah ini. Semuanya adalah berkaitan dengan faktor pemakanan dan kurang menjaga kesihatan diri.
Faktor Wajah Tua Dari Usia
Jika ada faktor di bawah ini menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
1. Terdedah Cahaya Matahari Berlebihan
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
2. Perubahan Dalam Badan
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
3. Gangguan Tekanan
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
4. Posisi Tidur Salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari juga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
5. Tidak Cukup Tidur
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam, 7-9 jam ya. Kalau tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ini akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
6. Terdedah Pada Pecemaran
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
7. Merokok & Menghidu Asap Rokok
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
8. Berat Badan Berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Buat anda yang ada masalah kulit kusam, cuba usahakan cari produk yang selamat untuk naikkan seri wajah dengan cara selamat.
Seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Shairah yang mana sebelum ini dia mempunyai masalah kulit wajah dehidrat, kusam, kering dan ada kalanya menggelupas.
Namun setelah menggunakan produk bersesuaian, hasilnya kulit wajah jadi lembut dan lembap. Malah menurutnya, jerawat juga tidak muncul di wajahnya dan kulit juga menjadi cerah. Apa yang penting walaupun tidak putih, tetapi kulit sudah tidak jadi kusam, cerah sekata dan tidak menggelupas.
Pulihkan Kulit Kusam Dalam 2 Minggu
Ini set penjagaan kulit yang asas patut anda ada.
Skintype: Dryskin/Dehydrate
Problem: Dehydrate, Dullness, Dryskin sometimes mengelupas certain area.
Product: Hada Labo Trial set (for dryskin)
1.Hada Labo Trial set
Price: RM60++ for 1 bottle
RM20++ for trial set
Hydrating facial wash
Hydrating lotion(toner)
Hydrating cream(moisturizer)
Kesannya pada kulit:
Dalam dua minggu cuba, memang berkesan. Pantas nampak skin lembap dan rasa lembut. Hilang masalah kusam, rasa fresh!
Jika ada naik jerawat kecil halus, terus saja dengan pakai toner dan pelembap. Lama-lama nanti jerawat halus itu akan hilang dan akhirnya kulit nampak sekata. Sampai satu tahap, tak payah pakai foundation lagi!
Jangan Lupa Pakai Pelindung Kulit
Haaa… jangan lupa pakai pelindung kulit ya. Nanti sia-sia pakai set penjagaan wajah tetapi anda tak lindungi daripada cahaya matahari.
Produk Lain Yang Diguna
*Pencuci muka fair&lovely
*HL Hydrating lotion
*HL cream moisturizer
*HL perfect UV cream moist(sunblock)
Produk digunakan untuk rutin penjagaan harian.
2.Shower Scrub Watsons
Price: RM14
Ini untuk mandian, boleh skrub badan untuk buang sel klit mati. Yang best, bau pun melekat di badan. Dan biji-biji scrub tak kasar, sesuai juga untuk semua ahli keluarga guna.
Haa sekarang watsons tengah sales, buy 1 free 1.
3.Scrub St. Ives Greentea (Blackhead/Pores)
Price: RM20++
Scrub ini bagus untuk kulit kering. Sebab biji skrub ini halus, sesuai lah untuk anda. Sekurang-kurangnya dengan cara ini anda boleh cerahkan kulit wajah.
Jadi, jangan malas untuk mulakan dan amal ya. Nak cantik kena usaha lebih. Yang penting buat sendiri tak perlu pergi Spa. Jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!