Kata orang senyumlah walau dalam apa jua situasi. Senyuman yang manis sememangnya mampu menjadi penawar kepada kedukaan hati sekaligus memancarkan aura bahagia buat orang yang melihat atau menerimanya.
Ada beberapa situasi menggambarkan senyum seseorang. Untuk lebih berkeyakinan, senyumlah dengan seiklhlas hati. Jika senyuman dilemparkan adalah sia-sia sahaja.
Ini Cara Senyuman Perlu Tahu
1. Senyum Ala Puteri Diana
Tiru cara senyuman mendiang Puteri Diana, beliau adalah insan yang pemalu dan sering menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu untuk menangkap perasaan orang supaya jatuh cinta dengan anda, gunakan taktik senyuman ini kerana ia bersifat manja berbanding senyuman biasa.
Tundukan sedikit kepala sambil ukir senyuman kecil manakala mata pula melirik ke arah orang yang melihat dan mememrhatikan kamu.
2. Jangan Senyum Dengan Mengetap Bibir!
Senyuman jenis ini biasanya akan dilemparkan kepada orang yang kita baru berjumpa dan adakalanya didorong oleh perasaan malu, takut, cemas, marah atau dijadikan sebagai tanda sindiran.
Senang kata, senyuman yang dilakukan dengan perbuatan mengetap bibir ini adalah tidak ikhlas seolah terpaksa.
3. Senyum ‘Terkejut’
Senyuman cara ini mungkin agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang kerana tidak semua memiliki susunan gigi yang cantik. Akan tetapi jika seseorang itu berlatih, senyuman ini bisa menggambarkan kecerian yang tulus.
Senyum sambil mulut ternganga umpama ketawa adalah teknik paling mudah untuk kita sebarkan aura kebahagiaan diri. Barulah nampak ikhlas!
Ads
4. “Smizing”
“Smizing” adalah istilah yang dicipta oleh Tyra Banks membawa maksud senyum menggunakan mata (smiling with eyes).
Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu mengambil foto ala model iaitu dengan merelakskan muka, kecilkan sedikit mata sambil ‘gelak dalam hati’. Hasilnya, korang kelihatan seksi persis supermodel!
5. Senyuman Sinis Terbit Karakter Misteri
Ada orang tetap akan kelihatan cantik meskipun senyuman yang diberikannya ‘tawar’. Seperti It-Girl dari Itali ini, Chiara Ferragni sering dilihat meleparkan senyuman sinis menerusi foto-fotonya yang dimuat naik ke Instagram. Jika kena pada cara, memang nampak menggoda.
Amaran, senyuman ini bukanlah untuk diberi kepada orang tetapi hanya sesuai untuk dimanfaatkan dalam foto rakaman peribadi. Caranya… senyum kecil (pastikan hujung bibir di kedua-dua belah meregang sedikit) sambil pandang tepat ke arah lensa kamera.
Ads
Fakta Tentang Senyuman
1. Senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
2. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
3. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Ads
4. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stres yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Oleh itu, kunci yang paling utama untuk menyembunyikan kejahatan serta kesedihan diri adalah dengan memberi senyuman paling ikhlas terhadap lawan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
Jika sebelum ini keletah selebriti Eina Azman acap kali menceriakan pengikutnya di laman sosial.
Dia yang gemar berkongsi resepi mudah di laman Instagramnya dengan cara penyampaian melalui suara lembut gemalai menyebabkan dirinya mempunyai pengikut tersendiri.
Dan apabila tidak muncul di media sosial, ramai tertanya-tanya ke mana hilangnya selebriti bermata cantik ini.
Dalam perkongsian di Instagramnya Eina Azman memberitahu sebab memgapa sejak kebelakangan dia tidak muat naik apa-apa status.
Rupanya Eina Azman mengakui dirinya tidak sihat dan memberitahu dia baru saja lepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.
“Salam semua… Alhamdullilah after 6 hours + saya dah bangun… Ramai yang whatsapp n dm tanya saya kenapa takde update apa2 sangat di ig.
“Dan masih terlalu ramai yang nak tau saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga harini.
“Dan sakit saya masih tak hilang. Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.
“This is my 2nd option dari Prince Court ke Gleaneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya… Doa kan saya
Selain sayuran, kita juga digalakkan untuk mengambil buah-buahan sebagai diet untuk suplemen tambahan.
Buah-buahan adalah makanan yang mengandungi vitamin yang dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit.
Tidak hanya itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga dapat mencegah keradangan. Tanpa produk mahal, 5 pilihan buahan ini dapat mencantikkan kulit anda secara semulajadi.
5 Pilihan Buahan Untuk Rahsia Kecantikan Semulajadi
1. Epal
Kandungan vitamin A dan C pada epal boleh membantu kulit anda bercahaya. Antioksidan, kalium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat melindungi kulit dan merawat kerosakan akibat paparan radikal bebas.
2. Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin C, A dan B1 yang mampu membuatkan kulit seseorang sihat dan bercahaya. Ini kerana nutrisi di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit tidak sekata, mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.
3. Lemon
Tidak hanya mencerahkan kulit, kandungan vitamin C pada lemon juga mampu melindungi kulit daripada paparan radikal bebas.
Selain itu, lemon juga bekerja untuk mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi, jerawat dan menutup parut kecil pada wajah.
4. Mangga
Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, mangga juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit memandangkan ia kaya dengan vitamin A, E, C dan K serta serta flavonoid, polifenol, betakaroten, dan xantofil yang semuanya menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya.
Mangga juga dapat membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
5. Nanas
Selain vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A dan K yang mampu membantu mengatasi jerawat dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Tidak cukup dengan itu, ia mampu melambatkan proses penuaan wajah dan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.
Walaupun berada dalam bulan puasa tidak membataskan untuk kita melakukan rutin harian seperti bekerja.
Jadi perlu kekal sihat dan bertenaga untuk mengelak rasa letih sepanjang hari berpuasa. Coach Fadillah dari Go Fit With Me memberi tip untuk tidak rasa letih kekal cergas di bulan ramadan.
Tip pertama bersahur dan berbuka dengan makanan berkualiti. Kualiti bermaksud, pengambilan makanan yang cukup lengkap dari sumber protein dan karbohidrat dan fiber. Kena pastikan juga makan cukup portion.
Jangan jadikan alasan sebab berpuasa lebih 12 jam kita mengambil makanan secara berlebihan.
Jadi pastikan portion yang sesuai ialah pastikan dengan sepenumbuk karborhidrat, protein sepenampar dan sayuran pula sedoa tangan.
Menurutnya lagi cara memasak juga penting, iaitu dengan cara solehah, rebus, kukus, gril dan elakkan makanan bergpreng.
“Tip berikutnya ialah minum cukup air mengikut berat badan masing-masing. Contohnya kalau berat badan 60 KG, perlu minum tiga liter air. Minum ketika waktu sahur dan berbuka.
“Tetapi air dimaksudkan bukan minum air kopi, teh tarik tetapi sebaliknya adalah air kosong.
“Kita juga perlu tidur dan rehat yang mencukupi. Walaupun ada aktiviti terawih dan moreh, tetapi pastikan jangan tidur melebihi jam 12 malam. Ini adalah untuk memastikan kita mendapat tidur yang berkualiti.
“Kalau untuk tidur sebentar, boleh lakukan sebelum Zuhur. Tak perlu lama, 15 -20 minit sajaka untuk bantu tidak terlalu letih di bulan ramadan.
“Jangan lupa juga untuk lakukan senaman ringan ringan. Jika sebelum itu memang aktif lakukan ativiti, teruskan seperti biasa.
“Ini untuk mengekalkan stamina dan terpulang bila akan melakukannya sama ada selepas berbuka atau terawih.
“Tip terakhir pula, banyak lakukan aktiviti bersama keluarga. Contohnya masak sama-sama, kemas rumah atau berkebun bersama-sama. Jadi kita akan kekal cergas sepanjang masa,” katanya lagi.