Pernah habis ribuan ringgit tapi hasilnya teruk. Rupanya Zara Zya serasi guna skrub beras pulut nak cantik. Populariti pelakon ini begitu melonjak naik tatkala melakonkan watak sebagai Aisyah dalam drama rantaian Risik Pada Hati yang ditayangkan sekitar bulan lalu.
Ternyata kecantikan pelakon berusia 36 tahun ini tidak dipertikai. Malah tanpa mengenakan solekan tebal juga Zara Zya tampil cantik dengan gaya tersendiri.
Sebagai seorang selebriti Zara Zya mengakui perlu bijak menjaga kecantikan wajah serta penampilan agar sedap mata memandang setiap kali berada di khalayak.
Dalam satu temubual bersama Nona, Zara Zya tidak lokek berkongsi regim kecantikannya yang hanya menggunakan petua tradisional secara bahan alami saja.
Pernah Habis Ribuan Ringgit
Tidak perlu menjalani rawatan wajah yang mahal, sebaliknya dia memilih cara lebih ringkas, murah dan selamat.
Menurutnya juga petua cantik ini dikongsi oleh ibunyanya sendiri yang mengajar cara menjaga wajah menggunakan buah-buahan dan beras saja.
“Saya hanya amalkan petua yang diajar oleh Mama. Salah satu petua Mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
“Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask. Petua ini bagus untuk jeragat sebab Mama memang ada masalah jeragat yang banyak.
Ads
Tapi Hasilnya Teruk
“Macam-macam rawatan Mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat Mama berkurangan. Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut.
“Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi. Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujarnya yang pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Skrub Beras Pulut Nak Cantik
“Justeru saya beralih gunakan petua diajar oleh Mama dan alhamdulillah sesuai dengan kulit saya. Inilah yang saya amalkan dari dulu hingga kini,” katanya yang terpancar aura kecantikan dari wajahnya yang halus dan mulus.
Dua hari lepas ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftar menjadi penerima sukarela vaksin AstraZeneca yang dibuka secara dalam talian.
Namun ramai juga mengeluh tidak mendapat slot walaupun sudah mencubanya berkali-kali.
Melihat pada sambutan yang sangat menggalakkan ini Menteri Sains, Teknoogi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi dilaksanaklan secara sukarela sebaliknya akan dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau berkata, selepas ini tempahan untuk vaksin itu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera tanpa menggunakan laman web berasingan.
“Kaedah tempahan ini dibuat selepas kita lihat ada keengganan di kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca disebabkan beberapa berita mengaitkan vaksin ini dengan kes pembekuan darah, maka kaedah sukarela dibuat atas kehendak individu itu sendiri.
“Bagaimanapun selepas melihat sambutan memberangsangkan selain keengganan terhadap vaksin AstraZeneca terhakis dan tidak lagi meragui vaksin ini.
“Sekarang vaksin AstraZeneca diterima baik oleh masyarakat kita, jadi selepas ini kita akan buat keputusan bahawa untuk bulan-bulan akan datang kita tidak lagi laksanakan pemberian vaksin AZ secara pilihan sebaliknya kembali dimasukkan dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.
Jadi kepada yang belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian melalui aplikasi Mysejahtera. Boleh juga update data diri anda di situ.
Marilah kita sama-sama menjadi antara sasaran 80 peratus populasi membabitkan 26.5 juta rakyat Malaysia yang menerima suntikan ini bagi mengekang penularan virus Covid-19.
Tidak dinafikan bawang putih sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Selalunya dicampur sebagai perisa bahan makanan atau dihiris halus dan digoreng untuk dimakan begitu saja.
Namun sebenarnya bawang putih yang diletakkan dalam nasi juga turut mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim memberitahu kebaikan makan bawang putih yang ditanak bersama nasi dan juga yang masih mentah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
KESIMPULANnya, sama ada ingin menikmati bawang putih secara mentah atau masak adalah bergantung kepada TUJUAN. Sekiranya ingin dijadikan ubat, maka ambillah mentah. Cuma ingat ‘jumlah’ yang diambil akan menentukan kesan teraputik. Dan ingat, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
“Kalau anda tak tahu, inilah pacemaker (orang Melayu panggil bateri). Tidak semua orang tahu yang saya menggunakan perentak jantung sejak saya berumur 11 tahun.”
“Sebenarnya saya pernah dibuli waktu di sekolah menengah kerana bawa cara diri yang berbeza dan saya akan malu untuk mengaku bahawa hidup saya bergantung 100% pada benda kecil ini sebab takut apa orang akan nilai saya.”
Namun apabila semakin dewasa, Nina belajar untuk menerima hakikat yang kita semua istimewa dengan cara kita sendiri. Walaupun tak sama, Nina telah menjalani hidup dengan baik cuma dengan cara sedikit berbeza.
“Saya tak malu untuk mengaku sebab saya tak nampak kenapa saya nak sembunyikan lagi. Malah saya bangga dengan diri saya sendiri terpaksa hidup dengan perentak jantung 20 tahun dalam hidup saya dengan kekuatan yang saya tak pernah tahu ada dalam diri saya.”
“Saya memilih untuk menganggap ini sebagai satu rahmat dengan cara ini.”
Nina kini sudah menggantikan dengan perentak jantung yang baru untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.
Sedikit pesanan daripada Nina, “kepada bekas perentak jantung yang dihormati, terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada saya sejak 12 tahun yang lalu (2010-2020).”
“Dan untuk perentak jantung baharu saya, ini untuk satu dekat lagi. Jom, jalani kehidupan sepenuhnya!”
Untuk rekod, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar mendirikan rumahtangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019, itu menjadi pengikat kasih sayang pasangan suami isteri ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!