Buah naga bukanlah antara pilihan sajian buah-buahan yang popular bagi yang gemar mengambil pencuci mulut sebelum menjamah hidangan berat.
Mungkin disebabkan rupanya yang menggerunkan atau rasanya tidak begitu enak. Namun sebenarnya buah naga mempunyai khasiat tersendiri yang ramai tak tahu.
Selain berfungsi sebagai anti penuaan dan bantu penghadaman, buah naga juga sesuai diambil bagi mereka yang diabetes.
Ayuh kita lihat enam manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.
1. Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.
Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
2. Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Ads
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.
Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
4. Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.
Ads
Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
5. Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
6. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.
Ads
Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
Menurutnnya bertahun tidak berjumpa tetapi Tuhan akhirnya telah menemukan mereka berdua. Walaupun dijui namun pasangan ini menerima seadanya dan itulah kunci bahagia yang hanya mereka tahu.
Dia juga turut menceritakan keadaan mereka dan menjelaskan berkenaan penyakit kegagalan buah pinggang dihidapi olehnya.
Manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy hingga menyebabkan otot jadi lemah dan tulang belakangnya membengkok.
Namun itu semua tak jadi penghalang untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri apabila saling kekal sweet, bahagia dan melengkapi satu sama lain dalam membina hubungan rumahtangga.
Malah ini semua dapat dilihat menerusi perkongsian video dimuat naik ketika menyambut annyversary yang ketujuh.
Kita doakan supaya hubungan mereka kekal bahagia hingga ke jannah. Biarpun kedua-duanya menghidap sakit kronik tetapi paling penting rasa bahagia menjalani kehidupan suami isteri.
Siapa kata dalam bulan Ramadan tidak boleh bersenam melakukan aktiviti sihat. Masih boleh melakukan senaman mudah dan ringan yang boleh dilakukan di rumah sahaja.
Dengan senaman ini, mampu memberi kecergasan badan untuk melakukan rutian harian.
Menurut Coach Fathun dari Team Go Fit With Me, ada 3 kelebihan melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan.
“Antara kelebihannya yang pertama, bersenam akan dapat melancarkan aliran darah. Apabila lancar kita akan rasa lebih cergas dan fokus untuk melakukan aktviti, sepanjang bulan puasa, terutamanya waktu siang ketika kita bekerja.
“Kelebihan kedua pula dapat meningkatkan kekuatan otot. Ini sangat sesuai untuk wanita di luar sana mendapatkan potongan badan lebih cantik selain pemakanan yang lebih sihat.
“Manakala yang ketiga pula, senaman dapat mengeluarkan hormon endorfin atau hormon happy. Hormon ini sangat penting untuk kita mengawal stress di waktu kerja, di rumah atau di mana jua kita berada,” ujarnya yang turut bersenam bukanlah sekadar untuk fokus jadi kurus tetapi sihat dan ceria.
Coach Fathun juga turut memberitahu waktu sesuai lakukan senaman. Ada dua waktu sesuatu yang digalakkkan lakukan adalah sebelum berbuka puasa iaitu pada sekitar jam 6 petang dan selepas waktu terawih.
Dengarkan penjelasan penuh dari perkongsian Coach Fathun ini. Jadi jangan cari alasan untuk malas bersenam sepanjang berpuasa ini.
Kita masih lagi dalam tempoh ‘total lockdown’ yang hanya membenarkan kita untuk bekerja dari rumah.
Walaupun hanya melakukan tugasan dari rumah, semangat untuk bekerja tidak pernah padam seperti bekerja di pejabat.
Jadi bagi memastikan tubuh sentiasa cergas untuk bekerja, amalkan beberapa senaman mudah ini.
Paling penting setiap kali bangun tidur, anda tarik nafas dan bıarkan selama 10 saat untuk pastikán paru-pau berada dalam keadaan sihat.
1. Gunakan Tangga
Berjalan naik tangga boleh meningkatkan kadar kesihatan jantung.
2. Kerusi Imaginasi
Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.
3. Arm Strengthen
Gunakan teknik arm strengthen dan bawa tangan ke depan kemudian tegakkan tapak tangan ke atas.
4. Back Twist
Teknik back twist pula memerlukan kita duduk teak dan bukakan sedikit ruang di belakang bahagian pinggul.
5. Half Squat
Mulakan dengan berdiri kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi.
6. Tolak Dinding
Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas hampir bertemu dinding dan kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up.
Sebenarnya amalan ini dicadangkan untuk mereka yang bekerja di pejabat mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi sepanjang PKP ini kita juga telah menganggap rumah sebagai pejabat sementara kita.
Jadi bolehlah lakukan senaman disarankan ini bagi memastikan tubuh kekal cergas setiap hari sehingga habis waktu bekerja.