‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty! Kebiasaannya wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan.
Pantang keluar rumah tanpa sebarang calitan mekap di wajah kerana ada yang merasa kurang yakin dengan penampilan diri.
Tetapi bagi selebriti ini tiada masalah untuk melakukannya kerana lebih senang berwajah natural.
Bagi pelakon Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya lebih senang berwajah natural tanpa sebarang mekap dikenakan jika keluar ke mana-mana.
Dalam satu artikel di Astro Gempak, Lisa mengakui dia sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran program Next To Neelofa di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty
Lisa juga turut berkongsi mengenai melatih dirinya untuk terus beristiqomah.
Ads
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah. Walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai istiqomah itu bukan perkara mudah. Hati kita sentiasa berbolak balik, namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Insyaallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin. Tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya yang juga salah seorang tetamu jemputan untuk program itu nanti.
Sebaik melahirkan anak pertamanya, pengacara dan juga usahawan Neelofa kini sedang menjalani tempoh berpantag di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Walaupun belum sebulan berpantang, Neelofa seakan memberitahu dirinya ibarat seperti terkurung.
Berkongsi di Instagram Storiesnya, menunjukkan sekeping foto berwarna hitam putih yang memaparkan jeriji besi seakan memberitahu kedaan dirinya yang seperti terkurung.
Keadaan ini juga yang dialami ketika diawal fasa kehamilannya sebelum itu dan kini dirasai ketika menjalani tempoh berpantang.
Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini? Secara emosi dan fizikal.
Ditambah dengan kapsyen ringkas, Neelofa seakan menggambarkan perasaan yang sedang dirasai yang melibatkan emosi dan fizikalnya.
Ingin mengetahui perasaan itu-ibu lain yang berpantang seperti dialaminya, dia turut meminta pandangan orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing.
Kalau betul nak wajah bersih di tahun baru, anda kena lah rajin manjakan kulit. Ada dua pilihan untuk anda yang suka menjaga kecantikan, sama ada keluar pergi Spa atau cuba amalkan petua orang lama di rumah sahaja.
Jika anda jenis suka jimatkan poket, anda hanya perlu kemas peti dan ambil bahan alami yang sesuai untuk dibuat masker.
Nah, ini salah satunya!
Wajah Bersih Di Tahun Baru, Ini Masker Teh Boleh Dibuat Dalam 5 Minit
Masker Teh Hijau
Anda boleh membuka bungkusan teh hijau yang sudah diguna untuk mengambil isinya. Kemudian campurkan teh hijau tersebut bersama dengan madu dan sedikit perahan lemon.
Campuran itu boleh disapu pada wajah yang sudah dicuci bersih dan dibilas setepas 15 minit. Nanti anda akan memiliki kulit yang lebih lembut, nak-nak kalau kulit anda sedang iritasi.
Letak Uncang Teh Di Mata
Selama pakai masker itu, anda boleh juga manjakan bahagian mata yang penat dengan menggunakan uncang teh yang sudah basah. Maksudnya bukan guna uncang teh yang kering, ya. Lepas ini kalau guna uncang teh, simpan dulu dalam bekas dan masukkan peti. Jangan buang terus!
Uncang teh yang sejuk boleh membantu meredakan mata yang bengkak serta membuatnya lebih segar.
Sesuai untuk manjakan diri di rumah secara jimat, boleh lah anda habiskan masa di rumah di tahun baru dengan cantikkan wajah. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!