Bukan saja memiliki seraut wajah yang cantik, tetapi berbekalkan kebijaksaan, Sanna Marin atau nama penuhnya Sanna Mirella Marin, 34 tahun melakar sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia di Finland.
Pada tahun lalu, Finland yang mempunyai penduduk sekitar 5.5 juta telah diiktiraf negara paling gembira di dunia berdasarkan satu tinjauan tahunan.
Perlantikan ini secara tidak langsung memadamkan rekord yang telah dipegang oleh Jacinda Ardeen yang menjawat jawatan Perdana Menteri New Zealand ketika berusia 37 tahun.
Wanita muda yang sangat anggun ini ini dilantik sebagai Perdana Menteri Finland pada 10 Disember tahun lalu, iaitu 6 hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke 34 tahun.
Pastinya kejayaan menjawat jawatan tertinggi negara menjadi hadiah teristimewa sepanjang hayatnya.
Beliau menggantikan Antti Rinne yang melepaskan jawatan itu baru-baru ini, Sanna Marin sebulat suara dipilih rakyat Finland sekali gus menjadi Perdana Menteri Wanita yang ke-3 di negara itu.
Siapa wanita muda ini yang bukan hanya cantik tetapi juga bijaksana dalam menggalas tanggungjawab diberi rakyat Finland yang begitu menyakini kemampuannya menerajui negara ini.
Ini antara info menarik mengenai Sanna Marin yang juga dikatakan sangat aktif di media sosial.
1. Sanna Marin merupakan bekas graduan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini dan mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan ketika itu beliau baru berusia 21 tahun.
Ads
2. Disebabkan sifat kepimpinan yang cukup menyerlah, beliau dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.
3. Khabarnya beliau melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik sekali, diperhebatkan dengan beberapa pembaharuan yang memberi nilai tambah dan memudahkan kehidupan rakyat.
4. Menjadikan medium media sosial sebagai salah satu cara berinteraksi dengan rakyat, wanita hebat yang mengahwini Markus Räikkönen sekitar 2017, mempunyai seramai 124,000 jumlah pengikut di laman Instagram.
5. Tidak sekadar berkongsi aktiviti lawatan dan kerja-kerja kebajikan beliau, ibu kepada Emma Amalia Marin ini turut berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk foto menyusukan anaknya.
6. Sanna Marin ingin menyebarkan mesej kepada wanita khususnya, tidak kira sehebat manapun status dan jawatan yang disandang, itu tidak menghalang wanita untuk terus memainkan peranan mereka sebagai anak, isteri dan ibu.
7. Menjadikan pengikutnya di Instagram berasa dekat dengan beliau, Sanna Marin tidak canggung berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas.
8. Perdana Menteri Finland ini juga turut serta dalam inisiatif ‘Girls Takeover’ dengan membenarkan gadis remaja berusia 16 tahun, Aava Murto mengambil alih tugas sebagai pemimpin.
Inisiatif itu adalah sebahagaian daripada program sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut setiap 11 Oktober setiap tahun.
Ads
Menerusi inisiatif tersebut, kanak-kanak perempuan dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam inisiatif yang membolehkan mereka berperanan sebagai seorang pemimpin dari pelbagai sektor.
9. Kehadiran beliau menduduki jawatan teratas negara turut memberi inspirasi dan sinar baharu kepada rakyat berikutan manifestasi Marin yang menjanjikan lebih banyak perubahan dan penyelesaian secara inovatif dari semasa ke semasa.
Persepsi segelintir pihak yang mempertikaikan kebolehan wanita sebagai ‘ketua’ di negara yang mempunyai seramai 5.5 juta penduduk itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya.
10. Isteri kepada Markus Raikkonen dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia 22 bulan, Emma Amalia Marin.
Pernah dihina dan dikeji kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan. Tetapi itu sesekali tidak mematahkan semangat untuk berubah untuk menurunkan berat badan.
Hasil diet dan workout yang dilakukan ketika PKP 1.0 lalu, Helmi Shaari berjaya melenyapkan hampir 21 kg.
Sebelum ini berat asalnya 95 kg, kemudian berjaya menurunkan sehingga 88 kg hinggalah terkini 74 kg. Walaupun belum mencapai BMI normal tetapi tidak akan terus berputus asa.
Suatu tika dulu aku sering dihina dan dikeji. Terima kasih wife yang stiasa bagi semangat dan dorongan untuk jadi lebih sihat.
Perkongsian ini bukan untuk menunjuk, cuma ingin berkongsi rasa bersyukur Allah perkenankan doa dan usaha yang dilakukan.. Alhamdulillah.
Start diet dan workout masa pkp 1.0.. masa tu berat 95kg. Mula-mula dan turun agak mudah.. dari 95kg ke 88kg.
Kemudian kadar penurunan sangat rendah, dapat 3kg je. Jadi sampai 85kg. tiba-tiba rasa nak makan kembali membuak-buak, sampai naik balik ke 88kg.
Tapi berbekalkan semangat yang ada masa itu saya tambah workout maintain portion makanan yang diambil.
Alhamdulillah.. berat kembali turun laju ke 80kg dan seterusnya ke 74kg. bmi masih belum capai tahap normal. masih dlm perjuangan..doakan saya berjaya ye kawan-kawan dsss.. tq
Dia juga berkongsi tip berjaya menurunkan berat badannya. Beratnya juga pernah mencecah sekitar 133 kg sebelum turun angka 87 kg hinggalah 74 kg.
“Bulan januari 2021 saya start diet tanpa apa-apa ilmu cuma masa tu cut terus air manis dan tak makan nasi.
Hanya makan makanan yang semulajadi dan tak banyak ada perasa…pelan-pelan belajar ilmu diet dan dsss nie.
Sekarang dah dekat 10bulan amalkan dsss dan eat clean…air manis masih tak minum sampai sekarang.
Dari 133kg sekarang alhamdulilah 87kg…untuk sukan pulak saya banyak jogging dan hiking…
Banyak lagi nk kene lost utk capai ideal bmi..mintak tolong sahabat-sahabat2 doakan saya untuk terus istiqomah capai berat ideal saya kerana sekarang tengah plateau tapi inch lost memang terasa pasal baju dah muat saiz L(dulu baju saiz 5xl)…diet nie kena ade mental yang kuat dan positif..kena selalu enjoy…“
Biasanya kulit berpeluh lepas pakai pelembap dan sunscreen sebab ada proses membebaskan haba. Malah situasi ini normal dan tidak terlalu janggal bagi anda yang sudah biasa memakai set pejagaan kulit.
Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Atasi Dengan Cara Ini
Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan.
Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.
Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup.
Cara untuk mengatasinya adalah:
1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.
Kadang kulit hanya berpeluh sewaktu mula-mula pakai pelembap, jadi biarkan dan kalau nak selesa, pakai dalam aircond. Cepat lah pelembap tu kering dan meresap ke dalam kulit. Lama-kelamaan makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.
Haaa.. tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.
2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.
Cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.
3. Tukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.
Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label ‘oil-free’ atau ‘non-comedogenic’ bukan jaminan, ini tidak membuatkan kulit jadi berpeluh.
Ada beberapa pelembap dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit.
Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri.
Itu sahaja ‘undang-undang’ melawa kali ini. Harap anda boleh praktik dalam penjagaan wajah ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali melihat aktiviti sihat dilakukan di laman sosial, dapat mengagak selebriti ini pasti sangat menjaga kesihatan diri.
Rajin melakukan aktiviti larian bersama teman-teman, pemilik nama Vanidah Imran ini sememangnya kelihata cukup fit dan bertenaga biarpun usia hampir mencecah 50 tahun.
Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan dan kesihatan diri, Vanidah atau mesra dipanggil Vee tidak lokek memberi beberapa tip menarik.
Menurutnya dia sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dalam menjaga menjaga kesihatan.
“Memang menjadi amalan saya seiak dulu lagi akan minum air selepas bangun tidur. Selain itu saya juga Memang rajin lakkan exercise untuk peredaran darah jadi lebih lancar selain mengekalkan kekuatan otot.
“Setiap minggu jika ada masa terluang memang Vee akan ambil peluang buat aktiviti larian ini berama teman-teman,” ujarnya yang juga sangat menjaga pemakanan bagi mengelak masalah kencing manis, kolesterol dan juga jantung.
“Selain lain bagi mengekalkan kesihatan, saya juga akan ambil suplemen yang diperlukan sesuai untuk tubuh badan masing-masing.
“Manakala untuk perawatan wajah pula, selain rutin harian cuci muka, saya juga buat senaman dan urutan di wajah. Buat perlahan-lahan dan jadikan rutin harian.
“Dan jangan lupa sesekali penggunaan moisturizer dan sunblock walaupun hanya berada di rumah. Amalkan selalu dan kesannya akan menjadikan wajah lebih halus dan bebas cela,” tambahnya yang baru sahaja berjaya menggengam ijazah Sarjana Seni Persembahan sempena konvokesyen ke 61 di Universiti Malaya.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Motivasi Dari Ayah Untuk Berjaya
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya yang akan meneruskan pula pengajian di peringkat PHD.