Seperti yang kita ketahui, Varian Delta COVID-19 boleh menjangkiti mangsanya hanya dalam 15 saat dan tersebar melalui udara.
Namun kajian terbaru mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.
Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Ads
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.
Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Bahaya Letak Kaki Pada Dashoard
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.
Alangkah takutnya apabila kita membuang air besar turut keluar najis berdarah. Sebelum ini kejadian sebegitu tidak pernah berlaku dan timbul rasa panik seketika berdepan masalah ini.
Apakah yang menyebabkan masalah najis berdarah dan bagaimana kesannya dalam jangka masa panjang. Adakah ia membahayakan kita dan cara untuk mengatasi.
Lebih mengejutkan perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu bahawa najis berdarah ini adalah tanda awal barah.
NAJIS BERDARAH TANDA AWAL BARAH
Rasa seperti hendak membuang air besar tetapi apabila ke tandas, tiada najis keluar adalah antara gejala barah usus besar atau kolon.
Ini berlaku apabila terdapat bengkak atau ketumbuhan di pangkal rektum seakan-akan najis yang menyebabkan rasa seperti hendak membuang air besar.
Bagaimanapun, kebanyakan barah kolon tidak menunjukkan gejala kecuali selepas berada pada tahap lewat termasuk pendarahan ketika membuang air besar.
Perubahan tabiat membuang air besar adalah antara petanda yang perlu diberi perhatian. Sekiranya biasa membuang air besar sekali sehari tetapi berubah kepada tiga hingga empat kali, sembelit atau ada pendarahan, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan usus menerusi prosedur endoskopi.
Sekiranya terdapat barah sebelah kanan, biasanya darah tidak kelihatan kerana bercampur dengan najis yang kelihatan kehitaman dan perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.
PEMERIKSAAN LIMA TAHUN SEKALI
Dinasihati supaya menjalani pemeriksaan menerusi endoskopi atau skop bagi mengesan kewujudan sebarang ketumbuhan atau polip di dalam usus sekurang-kurangnya lima tahun sekali.
Ini kerana, sekiranya polip tidak dikesan, ia boleh berkembang secara tidak normal dan seterusnya menjadi barah di dalam kolon.
Bagaimanapun, polip di dalam kolon sukar untuk dikesan kerana boleh tumbuh di dalam lipatan usus atau di belakang usus.
Polip terbentuk pada permukaan membran kolon tetapi tidak semua polip di dalam usus kanser tetapi berisiko untuk berkembang menjadi kanser selama beberapa tahun.
Oleh itu, amat penting untuk mengesan awal sebarang polip yang tumbuh di dalam usus kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh memberi kesan ke atas corak pembuangan air besar seperti sembelit, cirit birit, najis berwarna gelap atau merah, darah di dalam najis atau sakit perut.
Pemeriksaan usus perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala disebutkan selama lebih seminggu, menggunakan kaedah skop kamera iaitu endoskopi kolonoskopi.
POLIP SUKAR DIKESAN
Sekiranya ketumbuhan atau polip besar, ia boleh menghalang usus dan terjadi pendarahan apabila najis melaluinya.
Bagaimanapun polip sukar dikesan kerana kedudukannya kadang-kala terletak di celah lapisan usus atau di bahagian usus.
Risiko untuk terlepas pandang polip adalah antara 30 sehingga 40 peratus sekiranya menggunakan skop dengan satu kamera.
Justeru, penggunaan skop dilengkapi tiga kamera dengan penglihatan 360 darjah boleh meninjau setiap ceruk usus dan mengesan polip dan mengeluarkannya walaupun bukan kanser.
Polip yang dikeluarkan daripada usus itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji dan mengesan sebarang sel tidak normal.
Terdapat dua bentuk polip dan empat jenis polip berbeza yang mungkin adalah benigna atau malignan (kanser).
Kebanyakan barah kolon tidak ada kaitan dengan keturunan tetapi mereka yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah penyakit ini pada usia muda, masing-masing dinasihat menjalani ujian skop sepuluh tahun lebih awal berbanding masa ibu bapa mengalami barah berkenaan.
Barah kolon adalah barah nombor satu dalam kalangan lelaki dan kedua berlaku ke atas wanita selepas barah payudara.
Ramai takut dan malu untuk menjalani prosedur skop, sebaliknya, tidak menyakitkan malah pesakit dibius dan tidak sedar ketika pemeriksaan dijalankan.
Seluar khas juga disediakan untuk dipakai pesakit ketika menjalani skop bagi menjaga aurat pesakit terutama wanita.
JENIS POLIP
Dua jenis yang biasa ditemui: 1. Polip Hiperplastik dan radang: – biasanya tidak berisiko menjadi barah. – polip hiperplastik terutama di belah kanan usus perlu dibuang. 2. Polip Adenoma atau adenomtus – jika dibiarkan boleh bertukar menjadi barah. – disifatkan sebagai pra barah.
Gejala lain termasuk: 1. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. 2. Anemia
Urut Dari Dagu Naik Ke Atas | Sebenarnya wanita tidak perlukan suntikan botox dan runcingkan dagu atau menaikkan tulang pipi kerana cara ini tidak meninggalkan kesan yang lama pada wajah.
Jadi kalau nak kulit tegang, putih, sihat, cantik dan awet muda, setiap pagi ambil masa seminit masa cuci muka. Lakukan urutan pada wajah dengan mengurut dari dagu naik ke atas secara membulat, jadi kulit tak mudah kendur.
Seminit saja dah cukup untuk melancarkan perjalanan darah. Bagi memudahkan urutan, anda boleh menggunakan minyak zaitun kerana minyak ini mudah meresap ke dalam kulit.
Cara Urut Dari Dagu
Ia dimulakan dengan membersihkan wajah sebelum kulit disapu minyak zaitun. Selepas itu urutan bermula dari dagu ditolak ke atas.
Anda akan dapat merasai kesannya, tidak menyakitkan namun memberikan keselesaan. Paling penting terapi perlu mencari titik atau pusat tertentu pada wajah.
Menaikkan tulang pipi dan mengurut bahagian rahang menjadikan wajah lebih runcing dan terbentuk. Namun begitu anda dinasihatkan melakukan urutan dua minggu sekali untuk kesan optimum.
Percayalah, sebaik amalkan urutan ini, anda dapat merasai kesegarannya. Malahan tulang pipi kelihatan sedikit menonjol. Ini bukan sahaja membentuk wajah tetapi juga sesuai untuk mereka yang sering sakit kepala atau tertekan kerana urutan ini boleh melegakan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!