Melihat penampilan si cantik Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab setelah pulang dari melakukan umrah Disember lalu.
Dia tampil santun dengan hijab digayakan menyerlahkan lagi keserian wajah adik kepada Uqasha Senrose ini.
Biarpun tidak memberitahu secara langsung perubahan dirinya, tetapi Nelydia akui dia kini dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon dirinya diberi istiqamah.
“Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.
“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.
“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada BH Online.
Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
Ads
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya yang tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.
“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Masa yang banyak di rumah disebabkan PKP menyebabkan kita tidak lepas dari aktiviti makan bersama keluarga.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu boleh mengalami pertambahan berat badan mendadak.
Oleh itu, melakukan aktiviti riadah atau senaman mampu mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung atau diabetes.
Menurut kajian Majlis Amerika, aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kekuatan otot badan, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan pertumbuhan lemak sekali gus dapat menurunkan berat badan.
Bagaimanapun, terdapat banyak senaman yang memiliki fungsi berbeza sama ada untuk menguatkan otot atau menurunkan berat badan.
Ini antara senaman disarankan yang dapat membantu menurunkan berat badan menurut Insider Monkey:
1. Plank
Senaman ini dapat menguatkan otot teras dan meningkatkan proses pembakaran kalori. Senaman ini melibatkan kekuatan otot di bahagian belakang badan, tangan, kaki dan perut.
Cara melakukan senaman ini kelihatan sama seperti senaman tekan tubi. Sedikit berbeza dengan plank yang memperuntukkan untuk meletakkan tangan ke lantai pada posisi 90 darjah.
Pastikan kaki berada pada keadaan lurus. Cuba bertahan dalam posisi tersebut selama 10 saat, rehat seketika kemudian ulang sebanyak dua kali.
2. Tinju Bayang
Senaman tinju bayang merupakan salah satu kaedah kardio yang menghubungkan lengan dan kaki.
Keadah ini biasanya digunakan oleh peninju profesional untuk mengekalkan stamina mereka di gelanggang.
Senaman ini dipercayai dapat membakar sekitar 300 kalori dalam tempoh masa satu jam selain dapat menguatkan bahagian otot dan sendi badan.
3. Tendangan Pinggul
Proses tendangan pinggul ini sama seperti melakukan senaman lari setempat. Bagaimanapun, sedikit berbeza apabila kaki perlu diangkat sehingga mengena bahagian pinggul.
Difahamkan sebanyak 240 hingga 255.5 kalori berjaya dibakar dalam tempoh masa 30 minit senaman.
4. Lompat Bintang
Senaman lompat bintang ini boleh dikategorikan sebagai ‘senaman klasik’ kerana ia telah diajar sejak kecil di sekolah.
Senaman lompat bintang ini merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan efektif.
Bagi mendapatkan kadar penurunan berat badan yang memuaskan, lakukan 30 kali lompatan sebanyak 10 set. Sebelum melakukan set seterusnya, ambil 30 saat untuk berehat.
5. Lompatan Tali Skip
Sama seperti senaman lompat bintang, aktiviti lompatan tali skip ini turut menjadi salah satu rutin ketika di usia kanak-kanak.
Bukan sahaja anak kecil, malah atlet profesional juga gemar melalukan lompatan tali skip sebagai senaman memanaskan badan.
Senaman ini menghubungkan banyak anggota tubuh seperti bahu, kaki, tangan dan betis. Lakukan senaman ini selama 15 minit sahaja dapat membakar sekitar 200 hingga 300 kalori.
Tidak mudah sebenarnya perjalanan dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.
Ada yang dikeji, mendapat cacian namun itu semua dijadikan penguat semangat untuk terus berusaha untuk menurunkan berat badan.
Perkongsian wanita ini Noor Khadijah dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh yang mana berjaya menghilangan hampir 53kg sejak memulakan diet pada tahun 2018 hingga kini.
Pernah juga beratnya stuck pada tahun 2019 dengan statik pada angka 55kg, tetapi akhirnya berjaya turun hingga 45kg.
Perjalanan cukup panjang tapi berbaloi.
Beratnya sebelum itu adalah 98kg dan kini tersenyum gembira memiliki berat diidamkan, iaitu 45kg.
Menggunakan cara diet Intermittent Fasting (IF) versi suku-suku separuh dengan mengutamakan 80 peratus pemakanan dan 20 peratus senaman.
Dia juga turut makan 6 kali sehari ketika mula berdiet. Turut berkongsi jadual pemakanannnya untuk 6 kali makan berkenaan.
Ketika di awal diet, tahun 2018.
Hilang 53 KG Dalam Masa 2 Tahun
Disaat orang menghina usahamu untuk turunkan berat badan..
Bangkitlah dan teruskan usaha..
Kerana setiap usaha yang berterusan pasti ada hasilnya…
Saya yang tak sempurna
Bukan untuk nampk diri kita hebat tapi disetiap usaha kita yang berterusan pasti ada hasilnya
Perjalanan berat dari 98kg ke 45kg..
Gambar sebelum.
Diet suku suku separuh sejak Tahun 2019 sehingga ke hari ini 2021..
Berat stuck 55kg saya buat IF versi suku suku separuh.Alhamdulillah bergerak ke 45kg
– Tinggi 156cm.. – 80% pemakanan 20% senaman.. – Makan 6kali sehari masa mula diet – Sarapan Tak tinggal(Roti whole + telur + salad)(Roti whole + peanut+ pisang)Tukar2. – Snacking Buah – Makan tengah hari suku suku separuh – Snacking biskut wholegrain 6keping – Makan malam spageti suku suku separuh – Snacking buah..
Gambar terkini.
Semoga memberi semangat buat rakan-rakan yang tengah usaha turunkan berat badan
Sesiapa yang menonton filem Pitch Perfect pasti akan mengenali pelakonnya Rebel Wilson yang memegang watak Fat Amy.
Dengan saiz berat badan yang montel menyebabkan beliau terus dipanggil dengan nama Fat Amy walaupu selepas sekuel filem berkenaan tamat.
Namun begitu, kini mungkin kita tidak akan memanggil dengan Fat Amy kerana Rebel Wilson telah mengubah penampilannya.
Pada akhir 2016, Wilson berkata beliau mahu komited dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat yang mana pada Mei 2020, beliau hilang hampir 14kg dan ia mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Menukar diet kepada diet berprotein tinggi, Wilson mendedahkan selepas berjaya menurunkan berat badannya, perubahan yang paling ketara adalah bagaimana orang lain melayan dirinya.
“Saya fikir, apa yang paling menarik ialah bagaimana orang lain mula melayani anda secara berbeza.
Kadang-kadang, orang tidak akan menoleh dua kali kerana anda bersaiz besar. Dan sekarang saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya.
Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
– Tukar sebanyak 80% diet hariannya mengikut jenis bentuk badan. Kebanyakkan makanan yang diambil adalah makanan yang kaya dengan protein seperti vegan protein smoothies, dada ayam dan salmon.
– Masih ambil gula tetapi kurangkan pengambilannya sekali dalam satu atau dua minggu.
– Jika mahu makan makanan bergula, akan gantikan dengan mandi buih pada waktu malam untuk rasa segar.
– Lakukan rutin kecergasan dengan berjalan kaki. Selamat untuk semua orang dan ia percuma. Lakukan satu jam sehari.
– Turut amalkan kadeah MYAR. Kaedah ini hanya fokuskan kepada kesihatan usus seorang individu semasa penurunan berat badan.
– Pada permulaannya, dia akan diajar dengan tabiat kunyah makanan sebanyak 40 sehingga 60 kali kunyahan. Ini kerana ia dapat menghilangkan rasa craving terhadap gula, kafein, makanan ringan dan juga tenusu.
– Sehingga sekarang, dia masih lagi menggunakan kaedah ini dan makan makanan yang kaya dengan protein, minum air dalam kuantiti yang banyak dan paling penting cuba untuk makan bawah 1500 kalori sehari.
– Dalam seminggu, akan menghabiskan masanya sebanyak 6 hari di gim. Tidak ekstrem, setiap individu yang melakukan latihan kecergasan di gim perlu mengambil masa sehari untuk berehat.