Masalah jerawat ini bukan disebabkan salah pakai produk sahaja, tetapi kadang berkait dengan hormon juga.
Namun untuk pulihkan dengan selamat, anda kena elakkan beli produk yang tak sesuai untuk kulit. Nak selamat, lebih baik menggunakan bahan alami tanpa bahan kimia yang tinggi.
Hanya dengan dua bahan, dapat bantu elak masalah kulit wajah seperti jerawat melanda.
Sungguh, kalau kulit muka ada masalah, ini buat hilang mood nak jumpa orang. Hilang keyakinan, nak mekap pun tak selesa.
Satu hal lagi, rasa jeles pula bila tengok kulit orang lain bersih cantik. Mestilah lah kita pun nak kulit cantik tanpa jeragat dan jerawat.
Masalah Jerawat, Sapu Dua Bahan Ini Untuk Hilangkan Cara Jimat
Okay jom cuba petua kecantikan yang dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar, hanya dua bahan mudah dan murah untuk hasil terbaik pada wajah iaitu wajib ada buah lemon dan bebola kapas.
Bahan-bahan:
Lemon
Kapas muka
Cara nak buat:
Buah lemon tu anda cuma ambil air jus sahaja. Air perahan lemon inilah yang sangat membantu cerahkan kulit dan pulih segala cela di wajah.
Kemudian ambil bebola kapas, celupkan dalam jus tu lepas tu tekapkan pada kulit wajah yang bermasalah.
Biarkan sekejap, bagi meresap. Lepas tu baru lah anda cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala bersih.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, anda kena konsisten setiap hari. Percayalah, kulit jadi cerah dan masalah kulit kusam pun hilang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan masalah keputihan dikatakan agak sinonim dengan kaum wanita. Cuma ia bergantung slikt atau banyak keputihan dialami seseorag itu.
Keadaan ini menyebabkan kita terasa tidak selera untuk melakukan pelbagai aktiviti dan paling ditakuti jika ada masalah jangkitan lain.
Menurut lama web myhealth.gov.my, masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kaum Hawa.
Statistik juga menunjukkan kira-kira 75 peratus wanita sudan berkahwin akan berhadapan dengen masalah ini disebabkan aktiviti seksual.
Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.
Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa.
Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.
Gambar sekadar hiasan.
Cara Mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan.
Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.