Sekarang perkataan paling menakutkan adalah ditidurkan. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditidurkan disebabkan jangkitan virus Covid-19 ini terus pergi meninggalkan insan kesayangan selama-lamanya.
Ada yang kita faham dengan maksud ditidurkan ini. Adakah memang sengaja doktor mengambil keputusan untuk menidurkan seseorang itu.
Perkongsian Dr. Arisman di laman sosial Facebook memberitahu kenapa seseorang itu nak ditidurkan.
1. Ventilator adalah sebuah mesin “bantuan pernafasan” untuk membantu paru-paru pesakit yang telah mengalami kegagalan fungsi yang kita panggil sebagai “respiratory failure”.
2. Ada dua jenis ventilation yang menggunakan mesin ventilator ini di hospital iaitu 1) Noninvasive ventilation bermaksud ventilator dengan menggunakan face mask. 2) Invasive ventilation bermaksud ventilator menggunakan tiub yang masuk ke dalam saluran pernafasan (trachea) melalui prosedur “intubation”.
3. Kegagalan pernafasan (respiratory failure) ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman paru-paru seperti Pneumonia, Covid-19, atau paru-paru severe asthma atau COPD dan kondisi selain masalah paru-paru (Misalnya Head injury, Stroke, Drug overdose, Sepsis, Spinal cord injuries, atau Sudden cardiac arrest).
Kondisi paru-paru tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan alat pernafasan seperti mesin ventilator ini supaya nyawa boleh diselamatkan.
4. Terdapat keadaan lain pesakit yang memerlukan ventilator secara disengajakan iaitu mereka yang ingin melakukan pembedahan dengan ubat bius penuh (general anaesthesia). Tujuan bius untuk pesakit tidak merasa sebarang kesakitan.
Tetapi ubat bius tersebut telah melemahkan otot dan fungsi paru-paru sehingga perlu bantuan mesin pernafasan dari luar untuk sementara waktu. Selesai bedah doktor boleh bangunkan semula pesakit tersebut tanpa ada masalah.
Faham setakat ini? Ok kita sambung…
5. Keadaan paru-paru pesakit Covid-19 kategori teruk sudah hampir 100% berlaku penyebaran kuman sehinggakan kantung-kantung oksigen tidak mampu kembang seperti normal dan pertukaran oksigen juga menurun akhirnya gagal.
Lama kelamaan kandungan oksigen dalam tubuh semakin turun ke tahap paling bahaya sehingga menyebabkan sel otak mati dan jantung berhenti, akhirnya pesakit pengsan dan mati jika tiada rawatan.
6. Doktor memeriksa kadar oksigen pesakit melalui mesin vital sign/pulse oximeter dan melalui ujian darah ABG (arterial blood gas) setiap hari dan pada jam tertentu. Pemeriksaan fizikal adalah juga indikasi pertama untuk kami nilai sama ada pesakit ini perlukan ventilator sekarang atau masih boleh ditangguh dahulu.
7. Keadaan kegagalan pernafasan paling teruk adalah mereka yang terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub pernafasan (endotracheal tube). Ventilator yang dipakaikan adalah untuk menggantikan paru-paru sementara waktu, iaitu dengan mengawal kandungan oksigen masuk dan karbon dioksida keluar dari dalam paru melalui tekanan (pressure) yang dikawal.
Tiub pernafasan yang dimasukkan dan tekanan udara yang diberikan adalah menyakitkan jika pesakit dalam keadaan sedar. Sangat sakit. Makanya salah satu sebab pesakit perlu dibius adalah untuk tidur dan supaya tidak merasa sakit.
8. Pesakit tidur dan mesin yang akan mengambil alih semua kerja paru-paru. Doktor terlatih akan memastikan bacaan oksigen dalam keadaan optimum. Perlu dikendalikan oleh doktor terlatih.
9. Ventilator yang dipakaikan tidak semestinya pesakit wajib ditidurkan, tetapi ada yang masih berstatus sedar kerana hanya dipakaikan face mask. Cuba lihat statistik harian KKM keluarkan pada data ICU dia selitkan disampingnya jumlah bilangan yang memerlukan bantuan pernafasan yakni mereka yang memakai tiub pernafasan.
So tak semua yang duduk ICU itu mereka ditidurkan. Apatah lagi desas-desus yang mengatakan pesakit ICU semuanya dipakaikan kain kafan. Ini salah. Tak masuk akal langsung. Kenyataan yang menampakkan diri mereka bodoh.
10. Pesakit yang terpaksa menggunakan tiub pernafasan bermaksud kegagalan paru-paru mereka sudah hampir 100% jika dibiarkan berterusan pesakit akan mati.
Jika dibiarkan menggunakan nasal prong (melalui hidung) ataupun face mask berterusan maka pesakit juga akan mati kerana bantuan itu masih tidak maksimum. Satu-satunya cara untuk selamatkan kadar oksigen pesakit kategori teruk untuk naik semula adalah dengan bantuan tiub pernafasan dan mesin ventilator bertindak sebagai paru-paru luar.
11. Selepas jangkitan kuman paru-paru berjaya diatasi maka paru-paru kembali berfungsi semula dan kemudian bantuan alat pernafasan akan ditanggalkan secara berperingkat.
Tetapi bahayanya pada jangkitan kuman Covid-19 ini adalah selepas berlaku jangkitan di paru-paru, kuman ini telah meninggalkan parut-parut yang sangat banyak dan menyebabkan paru menjadi keras berbanding paru normal sebelum jangkitan. Rehab dan physio diperlukan selepas keluar dari hospital.
Tak percaya? Cuba tanya makcik pakcik ipar biras mak teh yang pernah kena Covid stage 4 atau 5. Bagaimana kondisi pernafasan mereka sekarang?
Semoga menjawab isu ventilator ini. Kesimpulan ringkas mesin ventilator ini untuk menyelamatkan atau menyambung nyawa pesakit yang sudah mengalami kegagalan pernafasan akibat jangkitan Covid-19. Ditidurkan supaya pesakit tak rasa sakit dengan tiub yang masuk dan tekanan udara diberikan ke dalam paru-paru.
Kalau doktor tak buat bantuan ventilator ini maka itulah sebenarnya istilah doktor mematikan pesakit. Kami tidak akan buat begitu.
Makcik Mar dan yang lain bukan ahli kesihatan atau tidak faham sama sekali ilmu merawat penyakit, sila jangan menyibuk dan buat andaian ikut logik fikiran sendiri. Ilmu ventilator ini bukan dapat satu jam hasil baca dari Google.com ye.. bukan. Kami belajar, kami diajar, dan kami lakukannya.
Bila umur semakin meningkat, anda kena cari tip macam mana nak lambatkan proses kedut di wajah. Bukan nak cantik untuk orang lain tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri.
Baru-baru ini, tular satu tip menggunakan bahan sedia ada di rumah dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa untuk melambatkan proses penuaan. Jom semak, bahannya!
Katanya, empat ramuan digunakan ini cukup untuk menjadikan seseorang yang mengamalkan secara konsisten kelihatan lebih muda remaja.
Jeli petroleum perlu dimasukkan ke dalam ramuan diajar Zuriaty ajarkan.
1. Jeli petroleum
2. Jus lemon
3. Serbuk kunyit
4. Minyak kelapa
Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau sebati sebelum disapu pada kulit yang berkedut.
Menurut wanita yang sering berkongsi tip di TikTok, lebih baik sekiranya bahan yang dihasilkan itu dipakai pada waktu malam.
Katanya, kedutan pada kulit boleh berkurangan dan melambatkan proses penuaan sekiranya diamalkan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun sudah hampir setahun berhijab, pelakon Hannah Delisha masih kekal dengan penampilannya yang sangat cantik dan sedap mata memandang.
Berbeza dengan dirinya yang dulu agak terkenal dengan imej sedikit seksi.
Biarpun mempunyai akaun media sosial, isteri kepada Imam Shah ini hanya berkongsi gambar atau posting yang berkaitan saja.
Dan setelah hampir setahun berkahwin, Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch juga sangat menjaga penampilannya sebagai isteri orang.
Namun begitu dia tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen. Malah sejak bergelar isteri penampilan Hannah Delisha dilihat begitu anggun dan mempesona.
Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini.
“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza.
“Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.
Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan.
“Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple. Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai.
“Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” tambah pelakon kelahiran Singapura ini.
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna.
“Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik. Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” katanya lagi yang turut memasang impian akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia tidak lama lagi.