Mempunyai anak ramai bukanlah alasan untuk pelakon dan juga usahawan, Ayu Raudhah ini tidak menjaga penampilan diri.
Malah sebagai seorang selebriti, perlu baginya memastikan penampilan sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa.
Ayu Raudhah Jaga Penampilan Walau Anak Ramai
Bagi Ayu Raudhah, walau sibuk menguruskan lima orang anak-anak yang masih kecil, dia tetap cuba meluangkan masa melakukan rutin penjagaan wajah.
“Ayu memang sangat mementingkan penampilan diri. Bagi ayu perlu cukup minum air, tidur yang cukup juga penting untuk mmengembalikan tenaga yang telah digunakan sepanjang hari.
“Bagi Ayu enam jam saja dah cukup tetapi kena awal jangan lewat sebab akan membuatkan diri kita nampak lebih tua nanti,” ujar Ayu yang lebih senang melakukan rutin harian penjagaan wajah yang memudahkan dirinya.
“Rutin Ayu, setiap malam wajib kena cuci muka disebabkan bermekap sebelah siangnya. Kemudian kita apply toner dan juga pelembap dan inilah step paling simple kita selalu buat,” katanya yang memang sentiasa teruja mahu kelihatan cantik setiap masa.
Tambah Ayu lagi, dia juga turut menggunakan petua tradisional ketika dalam berpantang.
“Kalau ikutkan dalam tempoh pantang 44 hari itu kita amalkan pantang tradisional dan amalkan makan ulam sebagai makanan harian. Ini paling favourite Ayu setiap kali makan.
“Ayu juga sebenarnya pernah alami masalah cela pada kulit wajah lebih-lebih lagi bila malas untuk melakukan perawatan wajah yang biasa kita lakukan. Ini seperti pemakaian toner dan sunblock UV yang boleh sebabkan timbulnya bintik-bintik jeragat pada muka.
“Masalah bersalin kerap juga menjadi salah satu menyebabkan timbulnya celah di wajah ini. Tetapi lepas itu memang Ayu akan gagah merawat wajah agar masalah tidak jadi lebih teruk nanti,” katanya lagi.
Ads
Amalan Bulan Puasa
Bagi memastikan dirinya kekal fit dan bertenaga tiap kali berpuasa, dia akan minum air dan makan yang cukup terutama waktu sahur.
“Biasanya waktu berbuka ayu akan ambil makanan sikit saja, takpun sekadar minum air. Tetapi sahur memang kena ambil makanan banyak.
“Oleh kerana masih menyusu badan, Ayu memang akan lebihkan pengambilan sumber protein yang banyak untuk memperbanyakkan air susu,” kongsinya kepada umum.
Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan baru berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Ayu dan suami, Zaquan Adha juga ada membuka kafe makanan di Seremban. Malah menurut Ayu dia juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.” Cerita Ayu Raudhah tentang bisnesnya.
Jadi kepada wanita yang sudah berumahtangga dan bersalin, jangan abaikan bab penjagaan kulit wajah ya. Memang akan tua dan akhirnya nampak kedut, tetapi sekurang-kurangnya ada cara untuk melambatkan proses itu dan naikkan seri untuk suami tersayang.
Baru saja mendengar mengenai virus varian Omicron yang sudah mula menular dalam kalangan kita, kini timbul pula penyakit ‘florona’.
Kes pertama yang dikesan membabitkan seorang wanita hamil yang dimasukkan ke pusat perubatan untuk bersalin.
Apa sebenarnya penyakit ‘florona’ ini yang hangat diperkatakan di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 disebabkan oleh varian Omicron, yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada November 2021 dan kini merebak ke 20 buah negara.
Apakah sebenarnya ‘florona’? Berikut beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenainya:
1. Ia bukanlah satu varian baru Covid-19. Ia adalah jangkitan berganda Covid-19 dan influenza kepada seseorang dalam masa yang sama.
2. Florona mungkin menunjukkan kerosakan besar sistem imun kerana dua virus memasuki tubuh manusia pada masa yang sama.
3. Kedua-dua virus influenza dan novel koronavirus boleh disebarkan kepada orang lain walaupun penghidap yang belum mula menunjukkan simptom, bergejala ringan atau langsung tidak menunjukkan gejala.
4. Pakar kesihatan awam bimbang tentang jangkitan “kembar” Covid-19 dan influenza sejak awal pandemik Covid-19 lagi. Disebabkan penjarakan sosial dan langkah berjaga-jaga yang lain, penularan kes influenza dapat dibendung. Walau bagaimanapun, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) memudahkan penyebaran patogen yang boleh menjadi penyebab kepada kemunculan Florona.
5. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu mempunyai kemungkinan untuk dijangkiti kedua-dua Covid-19 dan influenza sekali gus. Simptomnya juga adalah sama termasuk batuk, hidung berair, sakit tekak, demam, sakit kepala dan keletihan.
6. Bagaimanapun, agensi kesihatan menyatakan simptom jangkitan mungkin berbeza bagi setiap individu. Sesetengah pesakit mungkin tidak mempunyai simptom, ada yang hanya mungkin mengalami gejala ringan dan ada yang mungkin bergejala yang teruk.
7. Menurut Nature, Covid-19 dan influenza adalah kedua-dua patogen dihantar melalui udara yang menjangkiti tisu manusia yang sama iaitu saluran pernafasan dan sel hidung, bronkial, dan paru-paru.
8. Jangkitan sekali gus SARS-CoV-2 dan virus influenza mungkin meletakkan populasi besar di bawah risiko tinggi untuk dijangkiti.
Fasha Sandha merupakan antara selebriti wanita tanah air yang sangat dikenali dengan disiplin kerja dan komitmen tinggi. Sepanjang 16 tahun dalam dunia seni Malaysia, Fasha Sandha membuktikan bahawa sikap positif, gaya hidup sihat dan penjagaan diri adalah kunci utama kekal relevan serta disayangi peminat dan rakan industri.
Fasha Sandha: Disiplin Kerja & Komitmen Tiada Tandingannya
Memulakan karier sebagai model, Fasha Sandha, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, sentiasa menepati masa. Jika penggambaran bermula jam enam pagi, Fasha pasti tiba setengah jam lebih awal! Sikap inilah yang menjadikannya antara pelakon pilihan utama pengarah untuk drama dan filem terbaru.
Rahsia Kekal Sihat & Bertenaga Fasha Sandha
Tidur mencukupi: Walau jadual padat, Fasha akan pastikan dapat tidur cukup.
Minum air secukupnya: Sentiasa bawa air dan pastikan hidrasi terjaga.
Sikap positif: Mental yang sihat penting untuk stamina dan kecergasan.
Senaman ringan: Berjalan sekitar rumah setiap pagi untuk kecergasan badan.
Ambil vitamin: Fasha tidak pernah culas mengambil vitamin yang tidak memudaratkan.
Rutin bangun awal: Sudah menjadi tabiat sejak 16 tahun lalu untuk bangun awal dan solat Subuh sebelum memulakan aktiviti harian sebagai ibu, isteri dan pelakon.
Disiplin & Sikap Profesional: Inspirasi Untuk Generasi Baru
Fasha Sandha sering menasihatkan pelakon muda agar sentiasa memperbaiki diri dan menjaga disiplin serta komitmen kerja. Menurut beliau, populariti itu bonus, namun disiplin adalah kunci rezeki berpanjangan dalam dunia seni.
“Kalau tak bagus tak apa, usaha untuk perbaiki kelemahan dan sentiasa belajar. Dua hal penting – disiplin & komitmen – saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah rezeki akan sentiasa ada.”
Rezeki Jadi Duta Produk & Pilihan Jenama Terpercaya
Biar berganti generasi selebriti, Fasha Sandha tetap jadi pilihan sebagai duta produk kecantikan. Lebih 15 produk telah memilih beliau menjadi duta. Terbaru, beliau dilantik menjadi duta produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute.
Produk Gebu Glow hadir dalam bentuk serbuk – mudah diambil dan serasi untuk kulit sihat (bukan semata-mata putih).
Edisi terhad Fasha Box Gebu Glow – kombinasi perisa blackcurrant & strawberi dalam satu sachet.
Hanya 25,000 kotak edisi khas dengan harga RM29.90 (10 sachet/box), boleh didapati melalui agen sah dan tanda pagar #GGboss.
Bantu Golongan Wanita & Ibu Ketika Pandemik
Hati Fasha mudah tersentuh melihat kesusahan wanita dan ibu terjejas ketika pandemik. Beliau menyokong penuh usaha membantu wanita bangkit dan berjaya sebagai ejen Gebu Glow dengan modal serendah RM299.
Info: Produk Wawawien diasaskan oleh dua beradik Kedah: Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa) & Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), kini mencipta kejayaan sebagai usahawan wanita Malaysia.
Penutup: Inspirasi Fasha Sandha Buat Semua
Kisah Fasha Sandha membuktikan bahawa disiplin, gaya hidup sihat, serta komitmen adalah kunci kejayaan dan kekal relevan, walaupun sudah berkeluarga dan beranak tiga. Amalkan rutin sihat, kekalkan sikap positif dan sentiasa berusaha perbaiki diri. Jadikan inspirasi Fasha sebagai motivasi untuk anda terus berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian!
SofeaRose pilih KTM jalin kerjasama, unsur kemerdekaan mewarnai helaian hijab terbaru. Fesyen dan dunia kecantikan itu saling berkait rapat. Semua wanita pastinya mahu tampil bergaya jika sesuai dengan padanan fesyen dan solekan.
Sudah menjadi impian setiap wanita agar apa sahaja fesyen yang digayakan kena dengan penampilan mahupun apa juga situasi.
Pilihan fesyen yang bertemakan Merdeka juga tidak kurang hebatnya digayakan wanita masa kini.
Ada sahaja fesyen yang boleh dijadikan tema Merdeka dan Hari Malaysia asalkan kena dengan gaya.
Sejajar dengan fesyen dan Kemerdekaan, buat pertama kali di dalam sejarah industri fesyen tempatan, SofeaRose secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu, The Nirmala Series sempena bulan Kemerdekaan ke-65 hasil kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Mempertaruhkan tiga koleksi hijab dan aksesori berupa totebag, magnetic pin, lanyard serta twilly, kolaborasi ini turut mencipta sejarah di dalam industri fesyen Tanah Air secara amnya apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api.
Setiap motif dan elemen yang ada pada Nirmala Series diinspirasikan oleh unsur Kemerdekaan dan KTMB iaitu kereta api, ekstrak bunga dan mercu tanda Malaysia. Setiap mainan warna juga membawa simbolik klasik dan keamanan.
Tampil dengan material Celine Matte Satin, Premium Chiffon dan pastinya Premium Cotton Voile khas buat pencinta hijab jenis bawal yang sinonim dengan citarasa mewah.
Mewarnai Helaian Hijab Terbaru
Tetap mengekalkan identiti SofeaRose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak 18 warna dipertaruhkan untuk rangkaian Long Shawl dan Square Scarf.
Setiap set akan hadir bersama hard covered box. Koleksi khas Merdeka SofeaRose X KTMB ini mempunyai element ren dan stesen kereta api yang menjadikan koleksi ini istimewa untuk dimiliki. Miliki hijab SofeaRose dengan mendapatkannya di butik atau secara online.