Alhamdulillah sampai hari ni still buat IF dengan cara diet suku suku separuh
11.9KG LOSS Dalam masa 79 hari. Hari ni ke 79 Siapa nak gambar2 menu kita REPLY nak k nanti kita update lagi
Cara aku diet senang Aku ikut IF 16 / 8
IF tu apa ? Intermittent fasting IF ni bukan diet, tapi ia satu cara atau teknik untuk ajar diri kita tahan lapar, dan aku tambah sikit cara aku, aku ajar diri aku x mengunyah
METHOD IF DIET SUKU SEPARUH
Apa tu 16/8 ?
Aku 16 jam puasa 8 jam eating window
16 jam puasa dari 8 malam – 12pm 8 jam makan start 12pm – 8 malam
Tapi jangan salah faham Puasa tu hanya dibenarkan minum air sahaja 8 jam makan bukan bermakna kau boleh melantak apa sahaja
JADUAL MAKANAN AKU
8 malam – 12 tengahari PUASA – Hanya dibenarkan minum air sahaja Tapi mula2 dulu aku taktahan tau, aku bf mom Aku lapar, jadi aku amik sbiji buah saiz apple atau sepotong buah saiz betik Untuk hilangkan rasa lapar tu
12 Tengahari MAKAN (Meal 1) – nasi segenggam / Buah / Roti – protein tanpa kuah (Ikan, telur, ayam, udang tapi aku tak amik daging lembu atau kambing dalam diet aku) – Sayur tanpa kuah
Ads
4 Petang MAKAN (Meal 2) – nasi segenggam / Buah / Roti – protein tanpa kuah (Ikan, telur, ayam, udang tapi aku tak amik daging lembu atau kambing dalam diet aku) – Sayur tanpa kuah
7 Petang atau 7.45 PM asalkan sebelum 8pm MAKAN (Meal 2) – nasi segenggam / Buah / Roti – protein tanpa kuah (Ikan, telur, ayam, udang tapi aku tak amik daging lembu atau kambing dalam diet aku) – Sayur tanpa kuah
Kau masaklah guna minyak sapi ke minyak apa ke asalkan jangan amik kuah Mula2 je aku pantang2 lepas tu dah malas sbb aku kena masak 3 4 lauk Face with hand over mouth
Penatttttt Lauk anak aku lagi lauk laki aku lagi Pengsan nyah
Macam orang lain diet ada snacking Aku tak ada Face with hand over mouthFace with hand over mouthFace with hand over mouth
Mula-mula je 10 hari aku diet aku amik buah waktu puasa pagi dan malam tapi turun berat juga
Aku tak amik nasi dengan buah Kalau korang amik nasi untuk meal 1, kaurang boleh amik buah untuk meal 2. Jangan campur
Air kena cukup ye
1 liter air : 25kg
Contoh berat 90kg bahagi dengan 25kg
3.6 Liter Latih diri kaurang 8malam dah cukup 3liter So selepas tu minum lah selebih nya
Satu bonus kalau dapat kulit glowing tanpa perlu mekap tebal, sebab itu tanda wajahnya sihat dan dapat penjagaan yang cukup.
Salah seorang yang layak dipuji berkulit cantik tanpa mekap ialah pelakon filem Bollywood, Katrina Kaif yang bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya, tetapi juga kecantikannya.
Kulit Glowing Tanpa Mekap Tebal, Cuba Tip Katrina Kaif Ini
Mana taknya, pelakon kacukan India-Inggeris ini memiliki kecantikan semula jadi yang tak perlu pun solekan tebal untuk tingkatkan lagi ciri-ciri wajahnya.
Katrina sudah berusia 39 tahun tetapi bagaimana dia menjaga dan kekalkan kulit wajahnya supaya sentiasa cantik, flawless dan glow tanpa perlu guna mekap yang tebal?
Sebenarnya rutin penjagaan wajah yang Katrina amalkan setiap hari adalah rutin yang sangat ringkas dan mudah.
Aktres ini dikatakan sangat pentingkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Antaranya adalah:
1. Untuk kekalkan kesegaran kulit dan badan; Katrina akan amalkan minum segelas air kosong setiap pagi supaya aliran darah menjadi lebih lancar dan kulit makin glowing.
2. Sekiranya tidak menjalani sebarang penggambaran; aktres ini tidak akan memakai sebarang mekap dan lebih memilih untuk tampil dengan wajah yang polos.
Orang lama jaga kulit bukan kena labur duit ribu-ribu, cukup sahaja menggunakan bahan alami tetapi buat secara konsisten.
Ada banyak sangat petua menarik orang dulu-dulu amalkan, salah satunya menggunakan beras. Ya, boleh dioleh macam-macam versi dengan beras ni, sama ada nak tumbuk atau ambil air rendaman beras jadikan toner.
Cara Orang Lama Jaga Kulit, Tepek Beras Pun Dah Cukup!
Namun salah satu petua yang glamour masih relevan orang amalkan adalah lumur jadikan masker seperti perkongsian Mastura Rashid ini. Hasilnya kulit lebih anjal dan mulus tanpa cela.
Untuk naikkan seri muka:
1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi. Kemudian, lumur dekat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering dan bilas.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit.
Dah kisar, tambah sedikit air sejuk untuk jadikan pes pekat. Cuci muka dan lumur pada bahagian muka dan leher dengan pes tadi. Biarkan 10 minit dan bilas.
Cara ini boleh buatkan daki tertanggal sekali dan meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Untuk haluskan kulit:
1. Bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu di muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu bagus untuk kulit kerana cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka.
2. Guna beras pulut hitam. Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis.
Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ini pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras macam-macam petua boleh anda cuba. Mudah dan ringkas kan? Boleh cuba seminggu sekali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!