Buat masa ini jika diserang demam saja akan buat kita jadi risau. Bimbang terkena jangkitan virus Covid-19 kerana itu salah satu tandanya selain selesema.
Tahukah kita ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam ini dan ada antaranya yang boleh membawa maut.
Perkongsian Dr Samhan Awang memberitahu penyakit yang boleh sebabkan demam dan bawa maut dalam masa singkat, antaranya demam denggi berdarah.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan peningkatan suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.
Pirogen yang dirembes oleh jangkitan akan menyebabkan sistem imunasi badan menghantar signal kepada hipotalamus di otak.
Hipotalamus akan ‘reset’ suhu badan menjadi lebih tinggi dengan tujuan untuk membunuh kuman tersebut. Badan akan mula mengigil, jantung berdenyut lebih laju dan aliran darah ke tangan semakin kurang untuk menaikkan suhu badan kepada tahap baru yang telah di ‘reset’.
5 penyakit yang menyebabkan demam dan maut dalam masa yang singkat :
1. Demam denggi berdarah
Ads
Denggi akan sebabkan Platelet menjadi rendah. Pesakit akan mengalami pendarahan seperti muntah darah,batuk berdarah,berak berdarah & gusi berdarah. Jika tak dirawat dengan cepat, akan maut.
2. Keracunan makanan
Ini akan menyebabkan muntah dan cirit birit yang berterusan. Air di dalam badan akan berkurangan. Badan akan menjadi lemah. Tekanan darah akan menjadi rendah dan badan tak mampu berfungsi dengan normal.
3. Jangkitan otak
Ads
Keradangan selaput otak(meningitis) disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitis. Ia mudah dijangkiti melalui titisan rembesan salur pernafasan. Pesakit akan mengalami demam panas,sakit kepala,muntah dan sawan.
4. Jangkitan paru-paru
Jangkitan paru-paru antara disebabkan oleh Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini akan menjangkiti paru-paru dan seterusnya akan masuk kedalam darah dan menyebabkan sepsis. Pesakit akan mengalami demam yang tinggi ,batuk, selsema & kesukaran untuk bernafas.
Ads
5. Jangkitan virus
Jangkitan virus seperti influenza,SARS,Ebola dan yang terbaru coronavirus akan menyebabkan demam dan sukar untuk bernafas seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Jika mengalami demam tinggi,sukar bernafas & sawan segera dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Lemak tepu tersebut adalah lemak yang likat dan jika masuk ke dalam badan kita dan agak sukar untuk diuraikan menjadi zat, akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga.
Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan menjadikan risiko lebih tinggi untuk menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan lain-lain lagi.
– Kolesterol 180m
– 435 Kcal
– Lemak tepu 11.80g
Kulit ayam mengandung banyak kalori, apalagi jika digoreng dengan tepung. Jadi, jangan hairan jika korang mengalami kenaikan berat badan bila sering makan kulit ayam goreng.
Bahkan, bila pengambilan kulit ayam tidak segera dikawal korang akan mengalami berat badan berlebih (overweight) atau obesiti.
Kedua-dua keadaan ini akan meningkatkan risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, hipertensi atau strok.
Pengambilan kulit ayam yang terlalu banyak atau banyak kali dapat meningkatkan risiko terjadinya penyakit jantung, tambah lagi jika kulit ayam diambil bersama makanan tinggi kolesterol lain seperti junk food atau gorengan.
Hal ini kerana kelebihan kolesterol dalam darah berkumpul pada dinding pembuluh darah dan membentuk plak.
Plak tersebut akan menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyempitan pembuluh darah arteri. Jika ia menyempit pada pembuluh darah jantung, boleh menjadikan kepada penyakit jantung koroner.
Waah, rupanya hanya dengan picit hujung jari anda akan dapat lipstik yang sesuai untuk bibir! Apa yang lagi menarik, nampak warna bibir itu natural dan sesuai dengan kulit anda.
Lagi pun zaman sekarang, ramai wanita yang memilih untuk bersolek secara semula jadi, tak suka pakai warna terang yang mungkin nampak over di mata orang yang memandang.
Nah, kalau ada yang kurang yakin nak pakai lipstik warna nude dan tak begitu pandai cari gincu yang sesuai, tengok video TikTok Sephora Asia, yang mana anda boleh padankan warna lipstik yang terbaik hanya dengan picit hujung jari.
Mungkin selama ini anda pening untuk tentukan warna lipstik paling elok bukan sahaja pada bibir bahkan tona kulit. Mungkin dari video TikTok anda boleh mengubah koleksi warna lipstik anda.
Mudah sahaja, picit hujung jari anda dan padankan warna-warna lipstik yang paling seakan warna darah yang terkumpul. Atau anda boleh calitkan beberapa warna lipstick pada hujung jari dan lakukan teknik yang sama.
Hah, senang kan?
Kredit: Sephora Asia
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.