Pengambilan makanan yang sihat mampu memberi tubuh badan yang sihat dan cergas.
Malah tubuh juga akan terhindar dari dijangkiti serangan penyakit kronik seperti jantung, diabtes datau mengundang sejumlah kolesterol jahat.
Kolesterol merupakan lemak yang berada di dalam darah. Tubuh sememangnya memerlukan kehadiran kolesterol dalam badan, tetapi dengan jumlah optimum. Hal ini kerana organ manusia, hati turut menghasilkan 1 gram (g) kolesterol pada setiap hari.
Memetik Kompas.com, satu kajian kesihatan telah mendapati individu yang kerap mengambil minum berkarbonat dan protein mengandungi 4 kalori per g.
Dianggarkan kandungan satu tin minuman berkarbonat sebanyak 250 mililiter bersamaan 250 g. Sekitar 250 g itu didarab dengan 4 kalori, ini bermaksud korang sudah mengambil 1000 kalori untuk satu tin minuman.
Penambahan jumlah kalori dalam badan secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan.
Ads
Justeru kita perlu berhati-hati dengan pengambilan tiga jenis minuman ini bagi mengelak peningkatan kolesterol dalam badan.
1. Susu Kocak
Tidak dinafikan kanak-kanak dan remaja amat menggemari minuman susu kocak atau dipanggil milkshake. Bagaimanapun, golongan dewasa juga tidak ketinggalan untuk menikmati minuman ini.
Namun, kekerapan mengambil minuman ini akan menyebabkan kadar kolesterol berada pada tahap berbahaya. Disebabkan kandungan lemak yang tinggi, susu kocak tergolong dalam senarai kolesterol jahat atau Low Density Liporotein (LDL).
Lebihan kolesterol LDL akan berkumpulan dalam pembuluh darah dan mengakibatkan radang. Sebaiknya gantikan minuman susu kocak dengan jus buah-buahan yang lebih segar atau campuran yogurt rendah lemak.
Ads
Berbeza dengan High Density Lipoprotein (HDL) yang merupakan kolesterol baik yang akan membuang LDL di saluran darah sekali gus menjaga memelihara jantung.
2. Kopi Tanpa Penapis
Sebahagian kita menjadikan minuman kopi sebagai sumber tenaga pada setiap hari. Namun, air kopi yang tidak ditapis dipercayai turut menyebabkan kadar kolestrol meningkat. Jadi sebaiknya tapis dahulu kopi tersebut.
Ads
3. Minuman Ringan Atau Berkarbonat
Amalan minum minum berkarbonat akan menyebabkan kandungan kolesterol dalam badan meningkat dengan mendadak. Jadi bagi mengelakkan hal itu, tinggalkan atau kurangkan tabiat tersebut.
Berdasarkan kajian Persatuan Jantung Amerika Syarikat, individu yang mempunyai kadar kolesterol tinggi berpunca daripada sikap mereka yang gemar mengamalkan minuman ringan.
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
Ada banyak cara pudarkan jeragat dengan mudah, tetapi biasanya memrlukan kos yang tinggi untuk membeli beberapa produk yang sesuai tanpa bahan kimia yang tinggi.
Begitu juga dengan masalah jerawat, ada banyak yang cadangkan produk macam-macam namun belum tentu serasi dengan kulit wajah.
Bagi anda yang nak cantik cara jimat poket, boleh cuba petua orang lama ini, nampaknya Puan Iryani Zaki sudah mendapat hasilnya setelah konsisten amalkan. Nah, jemput baca ya.
Bedak sejuk
Asam jawa.
1. Jadikan asam jawa sebagai pes.
2. Campurkan bedak sejuk sehingga sebati dalam pes asam jawa
3. Sapu di muka sehingga sekata.
4. Biarkan selamat 15-30 minit Dan bilas.
5. Lap kering dan sapu moisturizer atau olive oil.
Haa.. senang, nak kulit cantik tanpa jerawat dan jeragat kan? Tengok tu, anak kecil pun sibuk nak kulit cantik.
Jemput ‘panjangkan’ rahsia cantikkan kulit ini dengan rakan-rakan yang lain ya. Yang penting, jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!