Memiliki kulit wajah yang halus, hidung mancung, rambut ikal mayang serta mata yang galak, sebenarnya wanita Turki ini ada rahsia kecantikan mereka sendiri.
Bagi mendapatkan kulit wajah dan tubuh badan yang cantik, kebanyakan wanita Turki ini sering mengamalkan penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti:
Yogurt
Di Turki, yogurt bukan sahaja digunakan sebagai campuran dalam makanan tetapi secara topikal juga.
Ada yang sapu terus ke kulit untuk dijadikan masker. Dan ada juga yang campurkan dengan jus lemon untuk haluskan kulit secara semula jadi.
Air lavender
Sama seperti air mawar, air lavender ini sangat popular dan digunakan secara meluas untuk wanita Turki merawat kulit sensitif mereka. Kebiasaannya mereka akan sapu air lavender ini pada muka dan leher.
Ads
Selain boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melecur, air lavender ini juga boleh disembur di tempat tidur untuk membuatkan kamu berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.
Turkish Hammam
Ritual dalam kalangan masyarakat Turki terutamanya wanita; Turkish Hamman atau mandian Turki ini adalah mandian yang membersihkan badan secara menyeluruh.
Mandian ini akan dilakukan di marmar tradisional yang menggunakan wap bagi melembutkan kulit.
Ads
Kemudian badan akan digosok menggunakan tuala atau sarung tangan mandian untuk buang kulit mati di badan. Selepas badan digosok, diurut dan dibilas, kamu akan dipakaian losyen bagi mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit badan.
Sabun semula jadi
Kalau nak tahu, masih ada wanita Turki yang hasilkan dan menggunakan sabun yang dibuat secara semula jadi.
Kebanyakan wanita Turki akan hasilkan sabun semula jadi yang diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dan minyak kelapa.
Ads
Kemudian dicampurkan sama ada dengan lavender, sage, argan, susu kambing atau ros ikut ‘selera’ masing-masing.
Prickly pear seed oil
Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang minyak ini, tetapi di Turki hampir setiap wanita menggunakannya kerana sifat anti penuaannya; menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.
Anda juga boleh gantikan prickly pear seed oil dengan minyak argan yang terkenal dengan kandungan Vitamin E dan fatty acid untuk melembapkan dan melembutkan kulit.
Jadi, jangan lupa cuba semua tip kulit cantik daripada wanita Turki ini ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau baju putih kesayangan anda bertukar menjadi kekuningan dan menyebabkan tidak sesuai untuk dipakai lagi, anda jangan buang ya.
Sebenarnya baju tersebut masih boleh digunakan dan kesan kuning boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan mudah.
Cara Bersihkan Semula Baju Putih Yang Dah Kuning, Perlukan 5 Bahan Saja!
Seperti perkongsian @Jason_jezi di laman TikTok, dia menjelaskan baju atau kain putih yang disimpan lama akan bertukar menjadi kuning dan untuk mengatasi masalah tersebut senang sahaja.
Anda perlukan:
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Cara-caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas di dalam baldi dan gaul rata.
Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.
Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampain sehingga kering. Kain kekuningan itu akan bertukar menjadi putih.
Mudah kan? Kalau anda ada masalah seperti di atas, jangan lupa gunakan cara mudah ini. Ingat, jangan buang putih yang dah kuning, elok boleh pakai lagi kalau anda ikut tips ini, selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini rutin untuk selesaikan masalah kulit kering terlampau, bila mekap jadi cracked dan cepat comot.
Jom tengok apa yang saudari Dhia Jaldil kongsikan untuk anda yang berminat nak manjakan kulit wajah.
Kulit Kering Punca Mekap Cracked
Rutin yang paling penting adalah memastikan kulit muka sentiasa lembap, anda boleh guna hydrating serum & mask.
Hydrating serum yang diguna:
Dive-In Hyaluronic Acid Serum
Bagi lembapkan kulit dengan segera, pilih serum yang mengandungi Hyaluronic Acid (HA) yang bagus untuk lembapkan kulit. Sesuai sangat untuk yang berkulit kering dan kusam.
Hydrating mask yang diguna:
Dive-In Hyaluronic Acid Mask
Memakai mask sebelum mekap sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit Kulit yang kekal lembap akan membantu untuk mendapatkan mekap yang tahan lama dan tidak cracked.
Hydrating mask juga bagus untuk memberikan efek kulit yang lebih glowing.
Anda boleh dapatkan 2 produk ini di ‘kedai hijau’ sahaja.
Skincare Routine Sebelum Memakai Mekap
1. Pakai toner dengan menggunakan kapas terlebih dahulu.
2. Pakai serum dengan cara dab-dab menggunakan telapak tangan untuk lembapkan kulit muka.
3. Kemudian, pakai hydrating mask selama 15-20 minit untuk kulit muka yang kekal lembap.
4. Selepas memakai mask, boleh teruskan rutin memakai mekap.
Senang bukan? Selepas ini biasakan pakai pelembap dan mask sebelum anda mekap, barulah kulit nampak smooth dan cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali masuknya bulan puasa, aktiviti paling seronok dan ditunggu adalah membeli juadah di bazar Ramadan.
Pelbagai makanan yang tersedia dan menggamit selera orang berpuasa.
Tetapi tidak semua makanan dijual itu sesuai untuk kita. Ada yang elok dan ada juga boleh buat perut meragam.
Untuk mengelakkan masalah ini setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, Pakar Nutrisi Puan Syaza berkongsi tip memilih makanan ketika membeli di sini.
Gambar sekadar hiasan.
Bazaar dan bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan.
Cuma anda pernah terfikir tak tentang cara macam mana nak memilih makanan yang lebih sihat bila berada di bazaar?
Harap maklum lah bila dah ada kat bazaar ni terus jadi rambang mata. Banyak sangat makanan yang semuanya nampak sedap.
Tapi bila fikir pasal nak diet di bulan Ramadhan ni selalu fail semua sebab makanan.
Ha.. kini anda tak perlu risau lagi, sebab kat sini kami bagi tips pemilihan makanan di bazaar.
Pilih lauk yang lebih sihat dan tidak bergoreng, contohnya ayam bakar dan ulaman
Elakkan juga beli ‘side meal’ yang bergoreng, santan dan bergula. Jika beli kuih, belilah 1 atau 2 biji sudah memadai.
Lagi satu elak beli air balang yang manis. Belilah air fresh yang tidak dibancuh gula atau susu pekat seperti air tebu, air soya.
Tidak salah beli di bazar tapi belilah dengan bijak supaya tak ambil kalori berlebihan.