Tidak mudah sebenarnya perjalanan dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.
Ada yang dikeji, mendapat cacian namun itu semua dijadikan penguat semangat untuk terus berusaha untuk menurunkan berat badan.
Perkongsian wanita ini Noor Khadijah dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh yang mana berjaya menghilangan hampir 53kg sejak memulakan diet pada tahun 2018 hingga kini.
Pernah juga beratnya stuck pada tahun 2019 dengan statik pada angka 55kg, tetapi akhirnya berjaya turun hingga 45kg.
Perjalanan cukup panjang tapi berbaloi.
Beratnya sebelum itu adalah 98kg dan kini tersenyum gembira memiliki berat diidamkan, iaitu 45kg.
Menggunakan cara diet Intermittent Fasting (IF) versi suku-suku separuh dengan mengutamakan 80 peratus pemakanan dan 20 peratus senaman.
Dia juga turut makan 6 kali sehari ketika mula berdiet. Turut berkongsi jadual pemakanannnya untuk 6 kali makan berkenaan.
Ads
Ketika di awal diet, tahun 2018.
Hilang 53 KG Dalam Masa 2 Tahun
Disaat orang menghina usahamu untuk turunkan berat badan..
Bangkitlah dan teruskan usaha..
Kerana setiap usaha yang berterusan pasti ada hasilnya…
Saya yang tak sempurna
Bukan untuk nampk diri kita hebat tapi disetiap usaha kita yang berterusan pasti ada hasilnya
Ads
Perjalanan berat dari 98kg ke 45kg..
Gambar sebelum.
Diet suku suku separuh sejak Tahun 2019 sehingga ke hari ini 2021..
Berat stuck 55kg saya buat IF versi suku suku separuh.Alhamdulillah bergerak ke 45kg
– Tinggi 156cm.. – 80% pemakanan 20% senaman.. – Makan 6kali sehari masa mula diet – Sarapan Tak tinggal(Roti whole + telur + salad)(Roti whole + peanut+ pisang)Tukar2. – Snacking Buah – Makan tengah hari suku suku separuh – Snacking biskut wholegrain 6keping – Makan malam spageti suku suku separuh – Snacking buah..
Ads
Gambar terkini.
Semoga memberi semangat buat rakan-rakan yang tengah usaha turunkan berat badan
Ada yang kata punca ketumbit ini disebabkan suka mengintai orang mandi tetapi sebenarnya benjolan bahagian kelopak mata ini berkait mekap yang anda suka pakai.
Jika ketumbit ini muncul pada hari tidak dijangka, akan menyebabkan mood jadi tidak ketahuan. Lebih-lebih lagi jika ada perkara penting perlu dibuat pada hari kejadian.
Ini Punca Ketumbit, Pakar Nasihat Basuh Bulu Mata Jika Kerap Pakai Eyeliner!
Segan sangat kalau ada ketumbit, sebab obvious sangat dekat mata. Pastu akan kena ejek sebab intai orang mandi. Padahal ini cumalah mitos!
Apa punca ketumbit terjadi?
Ketumbit dalam istilah Melayu bermaksud pembengkakan atau pembentukan biji pada kelopak mata.
Dalam istilah perubatan, dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu hordeolum (stye) dan chalazion.
1- Hordeolum aka Stye
Terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata.
a. Hordeolum luaran: jangkitan pada kelenjar of zeis
b. Hordeolum dalaman: jangkitan pada kelenjar Meibomian
Gejala:
– Sakit dan bengkak kemerahan pada kelopak mata
2- Chalazion
Terjadi disebabkan oleh kelenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.
Gejala:
-Biji pada kelopak mata
-Tidak sakit dan tidak kemerahan
Basuh Bulu Mata Jika Kerap Pakai Eyeliner
Apakah rawatan untuk ketumbit?
Secara keseluruhannya, rawatan untuk kedua-dua gejala ini adalah lebih kurang sama iaitu:
1. Lid hygiene
Sentiasa basuh bulu mata terutamanya kalau korang kerap memakai eyeliner.
2. Warm compression
Ambil sudu atau tuala kecil yang telah direndam air suam dan letakkan pada bahagian kelopak mata.
3. Ubat titis
Bergantung kepada pemeriksaan doktor, sama ada perlu atau tidak.
Kalau bengkak tak sembuh selepas 2 minggu, segera berjumpa dengan doktor pakar mata untuk rawatan selanjutnya.
Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Rawat Mata Ketumbit, Guna 4 Bahan
Namun menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia.
1. Bersihkan kelopak mata
2. Ambil air suam & sudu besi
3. Celupkan sudu
4. Rasakan kepanasan sudu dahulu
5. Tuamkan sudu pada kelopak mata
6. Masukkan ubat antibiotik ke dalam mata
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk
Hah, itu saja caranya. Semoga bermanfaat dan dapat mengurangkan anda yang selalu kena ketumbit.
Selain wajah, penjagaan bahagian perut juga sangat dititik beratkan. Namun, bahagian ini paling sukar untuk menjadi ‘flat’ disebabkan lemak degil terkumpul di situ.
Tidak perlu menggunakan sebarang produk, anda sebenarnya boleh cuba petua tradisional untuk mengempiskan perut terutama bagi mereka yang baru lepas alami pembedahan bersalin.
PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER
Yang bukan lepas bersalin tapi perut buncit pon boleh try tau. 2 minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam..
Bahan2 : – Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari) – Halba 3 sudu besar – Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji) – Bawang putih 3 ulas
Cara buat : 1. Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur. 2. Dah lumat, gentel bulat-bulat. Lepas itu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
** Simpan dalam bekas kedap udara ** 1 adunan ni tahan seminggu
– Tak rasa apa pun bila makan, telan saja. – Selepas itu tunggulah, asyik kentut dan sendawa.
Cara makan : 1. Makan 2 biji – 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. 2. Sesuai sangat untuk bersalin cser sebab angin banyak dalam badan.
Info Tambahan
– Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan – Ibu mengandung TAK BOLEH. – Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil. – Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang czer perut buncit lebih sikit kan. – Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.
Jangan lupa SHARE ! Follow IG : pakarhamil_malaysia Nur Afiqah
Berdepan dengan dugaan cukup besar dalam hidupnya menjadikan diri wanita ini cukup tabah.
Biarpun sedang diuji menderita kanser usus tahap akhir, namun jiwa Noor Hafizahani Mohamad Yusof cukup kuat dan kental.
Menerima dugaan demi dugaan yang dilalui dengan tenang sememtelah dia juga kini sedang menjalani rawatan paliatif untuk mengurangkan kesakitan dialami.
Dalam satu temubual oleh Sinar Plus, dia yang juga seorang suri rumah memberitahu kisahnya bermula selepas dijangkiti kuman pada bahagian betis Ogos 2018.
Jalani Ujian Pap Smear
“Disebabkan semakin membengkak, saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Perlis.
“Pada masa itu, doktor pakar minta saya jalani ujian pap smear memandangkan kitaran haid saya tidak teratur. Saya juga sering sakit kepala, tumit kaki sentiasa berdenyut dan rasa nyeri pada bahagian abdomen,” katanya yang menetap di Felda Chuping, Kangar, Perlis.
Namun begitu, tatkala menerima satu panggilan dari klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi membuatkan kehidupan wanita ini berubah 360 darjah.
Masakan tidak, ketika itu pakar mengesahkan dirinya mengalami kanser pada dinding rahim tahap satu.
“Sebaik mendengar laporan kesihatan, saya terkedu dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Ketika doktor menyarankan untuk membuang rahim, saya merasakan dunia menjadi gelap gelita.
“Bagaimana saya tak sedih, bayangkan masa itu saya baru saja mendirikan rumah tangga, usia perkahwinan tak sampai setahun lagi. Memikirkan impian untuk memiliki zuriat punah, membuatkan jiwa saya kacau-bilau,” katanya penuh sebak.
Namun, atas nasihat doktor dan pujukan suami, suri hati kepada Mohd Shahriman Anuar, 41, itu akur dengan prosedur yang disarankan.
Jalani 4 Kali Rawatan Kimoterapi & 25 Kali Radioretapi
“Dalam tempoh dua tahun, saya sudah jalani empat prosedur rawatan kemoterapi dan 25 kali kitaran radioterapi yang memeritkan. Selain itu, saya juga sudah empat kali dibedah. Akhirnya pada awal Januari lalu, saya disahkan bebas kanser,” tambahnya yang mesra dipanggil Hani.
Namun begitu, kegembiraan itu hanya sementara apabila selepas dua minggu, muncul simptom baharu seperti kurang selera makan, sering muntah dan perut membuncit pula.
Keadaan tersebut membuatkan anak kelima daripada 10 beradik itu tidak tenang. Apatah lagi badannya semakin lemah dan mudah pitam. Adakalanya diserang cirit-birit dan sakit perut yang menyakitkan.
“Sekali lagi saya dapatkan rawatan di hospital. Selepas pemeriksaan endoskopi pada saluran usus, doktor mengesyaki saya ada kanser usus pula. Sakit yang datang berulang kali membuatkan saya tidak bermaya sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat empat kaki.
“Kemudian ujian imbasan Computed Tomography ketiga pula dilakukan. Kali ini, pakar maklumkan sel kanser datang semula, namun kali ini dikesan pada rongga tisu di antara perut dan usus,” katanya sambil memberitahu, tahap barahnya sudah berada dalam kategori empat.
Perkhabaran itu nyata memberi tamparan pada Hani. Lebih mendukacitakan apabila doktor berterus-terang bahawa peluang untuknya sembuh tipis. Tambahan pula, tiada perubatan khusus yang dapat merawat kanser yang dideritainya.
Diberi Kekuatan Meneruskan Kehidupan
“Saya berkurung lebih tiga minggu selepas mendengar itu semua. Saya menangis hampir setiap hari dan terbaring sahaja. Namun, secara tiba-tiba pada satu hari, hati saya bagai dijentik.
“Secara automatik, fikiran saya mengenangkan pengorbanan suami yang banyak bersusah payah sehingga sanggup berhutang sepanjang rawatan kanser saya. Hal itu membuatkan saya belajar untuk bersyukur,” katanya yang bangkit dengan membantu suaminya yang juga kurang upaya penglihatan menjalankan bisnes menjual nasi lemak dan kuih-muih.
“Jika ditanya, saya sekarang hanya bergantung dengan ubat tahan sakit, namun saya tidak putus-putus berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Kadang-kadang rasa down juga kerana sakit ini bukan biasa-biasa. Namun, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan keajaiban untuk kembali sihat seperti dahulu,” jelasnya dengan tenang.
Dia juga menerima ujian menimpanya dengan reda dan selagi berpeluang bernafas di muka bumi, akan dicekalkan hati kerana mungkin terdapat ganjaran bermakna yang menanti di alam abadi.