Ramai yang mengemari minuman jus buah-buahan kerana mengandungi khasiat tersendiri. Lebih-lebih yang dibuat sendiri kerana lebih sihat dan selamat.

Malah jika dicampurkan dengan bahan lain, boleh membantu menurunkan paras kolesterol  serta dapat membuang toksin dalam badan.

Salah satunya adalah jus buah epal. Seperti perkongsian wanita ini Suhaniza Isenen yang mengamalkan pengambilan jus epal buat sendiri dengan mencampurkan bersama kulit kayu manis untuk manfaat yang lebih menyihatkan.

Wanita Kongsi Manfaat DIY Campuran Epal & Kayu Manis Untuk Turunkan Kolesterol, & Buang Toksin

PETUA BUANG TOKSIN DAN TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN JUS EPAL KAYU MANIS

Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.

IKLAN

Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah.

Wanita Kongsi Manfaat DIY Campuran Epal & Kayu Manis Untuk Turunkan Kolesterol, & Buang Toksin

Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.

So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!

IKLAN

Bahan-bahan:
2 biji epal hijau
2 batang kulit kayu manis
Air

Wanita Kongsi Manfaat DIY Campuran Epal & Kayu Manis Untuk Turunkan Kolesterol, & Buang Toksin

Caranya:
1. Blender epal hijau dan tapiskan.
2. Masukkan kulit kayu manis tadi kedalam Jus epal yang telah ditapis tadi. (kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh)
3. Biarkan sejuk  1-2 jam didalam peti sejuk  dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

IKLAN

Wanita Kongsi Manfaat DIY Campuran Epal & Kayu Manis Untuk Turunkan Kolesterol, & Buang Toksin

Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur.
Selamat mencuba!

Wanita Kongsi Manfaat DIY Campuran Epal & Kayu Manis Untuk Turunkan Kolesterol, & Buang Toksin

​​​​​​​Jangan lupa #LikedanShare moga dapat beri manfaat buat sahabat yang lain.

Kak haney
Berkongsi tips kurus dengan mudah

Selain itu:  5 Fakta Sihat Tentang Daging Kambing, Salah Satunya Rendah Kolesterol
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI