
Bukan mudah nak dapat syampu best, yang serasi buat rambut tak kembang dan masalah kelemumur pun terus hilang.
Hah, ini salah satunya! Syampu ini biasanya boleh didapati di drugstore dan kalau anda jumpa dalam pasar raya itu satu bonus.
Wanita Ini Kongsi Syampu Best, Rambut Tak Jadi Kembang Dan Kelemumur Hilang
Menerusi perkongsian saudari Mira Anuar, dia cukup berpuas hati dengan hasilnya selepas menggunakan syampu ini.

Kesan Selepas Pakai
Nak update pakai shampoo KUNDAL ni dalam sembilan hari, ahamdulillah, kelemumur memang tak ada dah sekarang.
Rambut jadi lembut, tak kusut dan wangi pun tahan lama. Walau ikat rambut pun, lepas pun rambut tak jadi kembang macam sebelum ni.
Cuci rambut dua hari sekali macam (ikut mood) tetapi wangi memang tahan lama. Rambut atau kulit kepala pun tak berminyak.
Apa yang best, walau buat kerja rumah, kadang panas peluh pun kepala tak berminyak macam sebelum ini.
Ini review jujur dari hati, jadi kalau anda ada masalah rambut kembang dan berkelemumur boleh terus cari syampu ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lemah, Muntah & Sakit Dada, Antara Kesan Ivermectine. Doktor Ingatkan Jangan Ambil Untuk Rawat Covid-19!

Baru-baru ini viral dikatakan penggunaan ubat invermevtin boleh jadi penawar kepada mereka yang positif Covid-19.
Mulalah ramai yang mencari bekalan ubat di di farmasi dan terus menolak untuk mendaftar menerima suntikan vaksin.
Namun benarkah ubat ini boleh djadikan penawar hingga menimbulkan kekeliruan pada orang ramai.
Perkongsian Dr Samhan di laman twitter menjelaskan mengenai kebenaran fakta ini.
Betul ke boleh jadi penawar Covid-19

Setakat ini tidak dianjurkan oleh WHO & badan regulatori vaksin & ubatan

Tidak membenarkan penggunaan Ivermectin sebagai pencegahan atau rawatan Covid-19

Kajian belum mencukupi untuk benarkan penggunannya

Kes di India juga sudah berhentikan penggunaan Ivermectin ini

Sama juga dengan di Peru, turut memberhentikan penggunaan Ivermectin

Lepas dikatakan ubat anti malaria, daun semambu, daun ketum dan cengkih juga dapat rawat Covid-19

Kesannya badan akan lemah, muntah-muntah, sakit dada, kesan guna Ivermectine

Hanya dalam ujian klinikal, pesakit perlu dipantau rapi

Nasihat jangan terlalu mudah percaya info tak tahu punca. Jangan ambil Ivermectine untuk cegah & rawat Covid-19

Artikel Berkaitan:
Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!
KKM Brunei Kesan Produk Kosmetik Dari Malaysia, Mengandungi Racun Akibatkan Risiko Kanser Kulit
Selain Cantikkan Punggung, Ini Antara Kelebihan Squats Patut Buat Secara Konsisten
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Nak Bersihkan Gigi. Doktor Pesan Elak Juga Kepit Di Mulut!

Jarum peniti menjadi aksesori penting untuk wanita berhijab supaya tampil lebih kemas.
Namun tahukah kita bahawa hujung jarum yang tajam memang sangat membahayakan lagi-lagi jika digunakan untuk mencungkil gigi.
Jika silah langkah, boleh membahayakan diri sendiri seperti tertelan jarum berkenaan.
Pakar Bedah Kepala dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M.Sallih berkongsi kes yang dikendalikannya di mana seorang remaja berusia 13 tahun tertelan jarum peniti berkenaan gara-gara ingin membersihkan gigi.

“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak. Sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau.
“Saya lihat kembali pada X-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan-akan tertanam dalam rongga leher!” katanya
Ketika itu, katanya pesakit berkenaan hanya tertunduk dan teragak-agak.
“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin itu, kemudian termasuk ke dalam,” katanya.
Kemudian pesakit berkenaan dibawa ke bilik prosedur. Menurut Dr Ezairy, prosedur itu menggunakan segala alatan yang ada.
“Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.
“OK, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah” katanya.
Menurutnya, mujurlah pesakit itu sangat kuat ‘semangat.’ Walaupun proses mengeluarkan jarum berhadapan kesukaran, remaja itu tetap positif.
Jarum pin tersebut difahamkan yang tertanam di bahagian atas salur nafas dan salur makanan. Bagaimanapun dengan usaha yang dilakukan, pin tersebut berjaya dikeluarkan.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan, akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.
“Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini. Pertama saya seru orang ramai elakkan menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali, bahaya.
“Kedua, jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah,” katanya.
Dalam pada itu. Dr Ezairy turut juga menasihatkan para wanita usah mengepit jarum peniti pada mulut ketika ingin memakai tudung. Ada juga bahaya menanti.
“Bahaya ketika kepitkan jarum pin peniti kat mulut ketika nak ‘gayakan’ tudung.
“Takut tanpa sedar, terbersin atau ada orang belakang datang tepuk secara tiba-tiba,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Doktor Kongsi 13 Jenis Ubat Kena Standby Di Rumah, Kalau Alami Gejala Ringan Covid-19
Sepantas 2 Minggu Turun 10KG. Wanita Kongsi Tip Diet Sihat & Menu Diambil Setiap Hari!
Bahaya Najis Berdarah Tanda Awal Barah. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit Tekak Biasa Atau Dijangkiti Covid-19, Ini Caranya Kenal Pasti Simptom Jangkitan

Negara kita sekali lagi dilanda gelombang ketiga penularan virus Covid-19 ini. Malah angka bagi kes baru setiap hari semakin tinggi hingga membimbangkan semua.
Kebanyakan daripada kita sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus Covid-19.
Mekanisme jangkitan virus Covid-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.
Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.

Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.
Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.
- Protein pepaku (spike)
- Membran
- Nukleokapsid
- Protein selubung (envelope)
- Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.
Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.
Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).
Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.
Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.
Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.
Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.
Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.
Hidung atau tekak (oral), yang mana satukah saluran utama jangkitan Covid-19?
Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitanCovid-19boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.
Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.
Apabila ujian Covid-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.
Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.
Ini bermakna, virus Covid-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.
Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.
Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.
Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus Covid-19.
Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.
Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.

Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?
Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan Covid-19.
Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:
Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak Covid-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).
Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.
Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.
Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif Covid-19.
Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.

Sumber: Hellodoktor
Artikel Berkaitan:
Elak Kerosakan Rahim Di Usia Muda. Datuk Dr Hamid Arshat Pesan Jaga Pemakanan Dari Kecil!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


