Semakin ramai wanita urut wajah guna Gua Sha semata-mata nak dapatkan wajah runcing. Malahan tular di laman TikTok, beberapa video berkongsi tentang cara nak urut wajah menggunakan batu jed ini.
Hasilnya persis wajah Bella Hadid yang digelar wanita paling cantik di dunia, dagu jadi runcing dan nampak sempurna.
Hah, kalau anda nak memiliki wajah runcing seperti Bella, boleh lah disiplin dan rajin amalkan teknik penjagaan wajah orang China turun-temurun dengan menggunakan Gua Sha.
Urut Wajah Guna Gua Sha, Teknik Ini Buat Dagu Runcing
Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita. Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan wajah runcing di samping kelancaran peredaran darah.
Ada banyak bonus teknik urutan Gua Sha, ini termasuk meningkatkan peredaran darah, memberi kelegaan dan menghilangkan tekanan. Kalau guna Gua Sha setiap hari, wajah anda bukan saja dapat kembali cantik terbentuk seperti masa remaja. Malah wajah akan lebih berseri dengan perjalangan darah yang lancar pada wajah.
Ads
Keburukan Guna Gua Sha
Gua Sha boleh mendatangkan kesan yang melibatkan gosokan kulit dengan batu. Ini boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila tekan kulit dengan cara mengurut yang salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.
Ads
Namun menurut pakar, anda tidak boleh mengurut di seluruh wajah tanpa arah. Anda memerlukan beberapa metodologi. Untuk mendapatkan wajah yang runcing dan menarik, disarankan urut wajah menggunakan Gua Sha sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten!
Kata pakar, sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha. Pastikan anda prep wajah dahulu untuk hasil yang luar biasa. Gua Sha juga boleh dijadikan rutin malam sebelum tidur.
Nanti cari Gua Sha dulu dan jangan lupa amalkan setiap hari!
Kredit video: makeup.dora0
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti kita tahu pengambilan makanan yang sesuai sebenarnya dapat mempengaruhi peraşaan dan emosi serta dapat membantu memperbaiki kesihatan mental.
Kajian mendapati nutrien tertentu yang terdapat dalam makanan dan minuman dapat meningkatkan mood anda, meredakan tekanan dan kegelisahan, bahkan mampu membantu melawan kemurungan.
Jika anda berasa tertekan atau tidak bersemangat, berikut adalah makanan yang anda boleh ambil untuk membantu meningkatkan mood anda.
6 Makanan Bantu Tingkatkan Mood
1. Coklat Gelap
Dalam kajian yang dilakukan di pusat penyelidikan Nestlé di Switzerland, penyelidik mendapati, pengambilan coklat gelap dalam kadar sederhana setiap hari selama dua minggu mengurangkan kadar kortisol dan hormon stres lain pada individu yang mengalami tekanan.
Ini adalah manfaat daripada antioksidan yang terdapat dalam coklat gelap.
2. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai sejumlah nutrien yang dapat membantu untuk meningkatkan mood, termasuk L-theanine, sejenis asid amino yang mampu melawan kegelisahan. Ia juga kaya dengan antioksidan seperti catechin, yang dapat meningkatkan fungsi otak.
3. Makanan Yang Kaya Dengan Omega-3
Omega-3 dapat membantu mengawal penyakit jantung, membantu menurunkan berat badan, dan juga mempunyai sifat antioksidan. Ia juga bagus untuk mengurangkan masalah kemurungan, dan memperbaiki keadaan mental dan tingkah laku lain.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa individu yang kekurangan asid lemak omega-3 lebih cenderung mengalami kemurungan, kegelisahan dan mood rendah.
4. Kacang
Kacang adalah antara makanan yang mempunyai banyak sumber vitamin, mineral, magnesium dan juga mempunyai sifat antioksidan yang penting untuk meningkatkan mood dalam diri.
Tahap magnesium yang rendah dalam badan boleh menyebabkan peningkatan risiko kemurungan.
5. Kopi
Kafein yang terdapat dalam kopi dapat membantu meningkatkan mood dengan mencetuskan pembebasan dopamin dalam otak.
Kafein juga dapat menghalang sebatian semula jadi yang disebut adenosin daripada melekat pada reseptor otak yang mendorong rasa letih, oleh itu ia dapat meningkatkan tahap waspada dan perhatian anda.
6. Makanan Yang Diperam
Makanan yang diperam seperti kimchi, yogurt, dan tempe adalah penting untuk menjaga kesihatan usus kerana kaya dengan bakteria probiotik. Selain itu, makanan ini penting untuk menaikkan mood kerana dapat menghasilkan hormon serotonin dalam diri.
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
SESAK NAFAS
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Bila anda tahu cara pakai serum dengan betul, barulah kulit akan nampak lebih cerah dan bersih tanpa cela. Malah kedut pun takut nak singgah!
Biasanya, kulit akan cepat kedut dan kering apabila anda masuk fasa pertengahan umur. Rasa macam tak selesa selepas cuci muka sampai terpaksa pakai pelembap setiap jam.
Nak-nak pula apabila umur anda semakin meningkat dan masuk 30an, tidak hanya kering tetapi keluar jeragat!
Masalah ini tidak dapat dinafikan lagi apabila keupayaan kulit untuk memegang kelembapan kulit semakin perlahan. Jadi timbul garis-garis halus serta kedutan akibat kulit kering. Rimas bukan?
Cara Pakai Serum Dengan Betul, Hasilnya Kulit Makin Cerah Dan Tak Kusam
Solusi yang terbaik untuk mengembalikan hidrasi kulit bukan sahaja bergantung pada krim pelembab. Tetapi anda juga perlu setia memakai serum yang diformulakan dengan hyaluronic acid. Molekul yang versatil ini mampu membaiki masalah kulit kering dengan selamat dan berkesan!
Penggunaan hyaluronic acid yang konsisten akan mengubah tekstur kulit. Anda sendiri akan lihat perbezaan kulit yang lebih anjal, bebas cela dan paling penting kulit bebas dari masalah kekeringan.
Kelebihan Hyaluronic Acid
Cara terbaik untuk memakai serum hyaluronic acid ialah sapu pada kulit yang bersih selepas mencuci wajah, menyegar dan melembab. Sapu rata serum dan biarkan betul-betul menyerap ke dalam kulit untuk beberapa minit.
Jangan sesekali pakai serum tanpa sebarang lapisan pelembab yang lain. Ini kerana hyaluronic acid akan mengunci pelembab sebagai sumber melembab kulit.
Pasti ada yang rasa teruja nak mula pakai serum hyaluronic acid. Buat anda yang masih tercari-cari skincare selamat untuk kulit, ini lima pilihan serum hyaluronic acid terbaik dan kadar harga yang berpatutan untuk yang begginer.
L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum 30ml [RM99]
The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum 30ml [RM119.90]
La Roche Posay Hyalu B5 Serum Anti-Wrinkle Concentrate 30ml [RM179.90]
Ini Cara Yang Betul Pakai
Untuk kesan yang lebih baik, gunakan serum sebanyak dua kali sehari sahaja. Satu di waktu siang, satu lagi di waktu malam sebaiknya sebelum tidur.
Puas hati kalau anda dapat guna serum hyaluronic acid, sekurang-kurangnya ada usaha anda nak buat kulit berkilat, tegang tanpa kedut sebelum masuk umur 40 tahun. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!