
Bukan senang nak pudarkan jeragat tetapi kalau anda rajin, tak perlu pun habiskan duit beribu semata-mata nak cantik. Cukup guna petua orang lama pun boleh!
Ini salah satunya, perkongsian Puan Eja Safar di laman sosial Facebook memberitahu cara mudah untuk menghilangkan jeragat dan juga parut jerawat. Dengan hanya modal tak sampai RM5 dan menggunakan tiga jenis bahan saja, masalah ini dapat diatasi.
Tip Pudarkan Jeragat Dan Parut, Modal Tak Sampai RM5 Pun
Namun begitu syaratnya kena dilakukan secara konsisten dan kalau boleh dibuat sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah lama kelamaan jeragat akan pudar.

Bahan-bahan :
1 biji limau nipis / limau kasturi / lemon
1 sudu tepung beras
1 sudu serbuk kunyit

Caranya :
Gaul semua bahan sampai sebati & apply di muka. Sebaiknya buat 3 kali seminggu. Eja pakai sejam je. Lepas tu bilas. Kulit rasa lembut je. Jeragat pun makin pudar.
Jeragat ni biasanya jadi sebab kulit kering atau mungkin disebabkan salah pakai produk. Jadi pastikan kulit kita cukup lembab dan elakkan terdedah kepada matahari.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Sebabnya Kenapa Badan Rasa Lemah Setiap Kali Lepas Berbuka Puasa

Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.
Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.
Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.
Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.

Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.
Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.
Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.
Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.
Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:
1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.
2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.
3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.
4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.
5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.

Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali
Artikel Berkaitan:
Turun 6 KG Lepas Seminggu Puasa, Ini Menu Diet Diamalkan Waktu Berbuka & Sahur
Bukan Je Sedap & Sihat, Menu Ikan Rebus Air Asam Ini Sesuai Untuk Yang Berdiet!
Elak Badan Alami Hidrasi, Ini Aturan Minum Air Kena Ikut Sepanjang Berpuasa
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cantik Sangat…” Zizi Kirana Tampil Kelainan. Pilih Persalinan Klasik Warna Hitam Untuk Majlis Nikah!

Hitam itu menawan. Warna hitam juga dikatakan warna eksklusif dalam majlis tertentu untuk kelihatan lebih anggun dan elegan.
Warna hitam juga jika dilihat dari trend fesyen dianggap sebagai item fesyen yang timeless adalah lebih selamat kala berfesyen.
Malah dengan memiliki koleksi baju warna hitam menyebabkan anda tidak perlu update wardrobe setiap musim.
Hitam fesyen yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan boleh dipakai sepanjang zaman tanpa rasa jemu
Jarang sekali mereka yang memakai hitam untuk majlis pernikahan. Tetapi bagi pasangan Zizi Kirana dan Yusof Bahrin tampil berani menggayakan persalinan bertema klasik kurung dengan sentuhan songket rona hitam.
Keduanya tampak cantik dan bergaya sekali dengan persalinan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun untuk majlis pernikahan hari ini yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Manakala wajah Zizi Kirana juga kelihatan sangat berbeza dari kebiasan dan terserlah aura pengantin baru dengan sentuhan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa yang sangat kemas sekali.
Apatah lagi Zizi Kirana yang kini sudah berhijab sepenuhnya memang menyerlahkan penampilan dirinya berbanding beberapa tahun sebelum ini. Santun sekali dapam persalinan songket kurung ini.
Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.
Usai pernikahan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.
“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada mStar.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.
Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya yang turut merancang untuk tunaikan umrah selepas sempadan negara di buka nanti.
Pasangan pengantin baru ini turut mendapat ucapan tahniah dan masing-masing memuji keduanya sama cantik sama padan.
cikmanggis Mashaa Allah, cantik sgt zizi! Tahniah both of u
ellysaaa.__ MasyaAllah cantiknyaaa !!
nishiisme CONGRATSSS CANTIKKKK
misszznadeenara_ Tahniah sama cntik sama padan .. smga kekal bhgia hgga jannah .. aamiin
haneyjohari1 tahniah,cantik sangat
azmeera_as Tahniah. ..zizi sama yusuf sama cantik sama padan
sarasidek Alhamdulillah. Tahniah. Busana sgt cantik n classic.
Kredit Foto: Instagram Zizi Kirana, Shanell Harun & Alha Alfa
Artikel Berkaitan:
Disifatkan Warna Suci & Bersih, Ini Antara Selebriti Cantik Gayakan Busana Putih Di Majlis Neelofa
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip Kulit Glowing Cara Jimat, Tak Perlu Mahal Tapi Cari Yang Berkesan!

Kalau nak tip kulit glowing, anda kena tahu langkah set penjagaan wajah yang betul dan pastikan kandungan yang ada dalam setiap produk yang anda pakai.
Seperti yang dikongsi oleh Amal Abdul tentang produk yang bagus, rasanya ramai tak tahu Garnier pun banyak yang best.

Tip Kulit Glowing Cara Jimat, Tak Perlu Mahal Tapi Cari Yang Berkesan!
Sebenarnya tak perlu pakai produk mahal-mahal pun kalau nak kulit cantik. Kalau ada ilmu kecantikan, pasti anda tahu produk Garnier pun bagus untuk kulit jadi lagi sihat dan glowing.
Ini antara yang terbaik di matanya:







Semoga membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


