
Kalau biasanya orang guna tomato beku sahaja untuk sapu di wajah, kali ini anda boleh cuba jadikan masker tomato campur santan untuk cerahkan kulit.
Haa… tomato kan ada kandungan Lycopene yang tinggi untuk mencerahkan kulit wajah. Manakala, santan mampu memperbaiki tona kulit wajah yang tidak sekata, serta memelihara kesihatan kulit. Jadi, kombinasi ini sangat ngam!
Bahan-bahan:
Tomato
Santan
Cara Buat Masker
Untuk membuatnya mudah sahaja, sediakan 2 biji tomato yang telah potong halus dan kecil bersama 2 sudu santan.
Kemudian masukkan tomato ke dalam santan dan lenyek hingga tercampur sebati. Anda boleh mula menyapu lapisan pertama ke seluruh wajah.
Setelah lapisan pertama mengering, buat lagi 2 hingga 3 lapisan dan biarkan kering semalaman.
Mudah dan jimat, jadi kenapa rasa malas lagi nak jaga kulit? Rugi tau, sebab petua ini sangat jimat poket dan selamat berbanding anda sapu pelbagai produk yang anda belum ketahui serasi atau tidak.
Bahaya Sengaja Terdedah Pada Najis Unggas & Cicak. Boleh Sebabkan Alahan Kulit!

Viral semalam apabila dikatakan seorang menteri yang membantu membersihkan tahi cicak di sebuah sekolah menggunakan waterjet hingga jadi bualan warganet.
Seperti diberitahu kekotoran tahi cicak berkenaaan sukar untuk dibersihkan dan sebenarnya jika ada najis sebegini memang menggangggu kawasan persekitaran kita.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan agar memastikan kawasan sekitar bebas dari najis unggas dan cicak.
Ini kerana ada bahaya jangkitan kuman boleh diperoleh hingga menyebabkan masalah cirit-birit.
Bahaya Najis Unggas & Cicak Pada Kesihatan
Persekitaran bebas dari bahan iritasi seperti najis unggas dan najis cicak sangat penting untuk kesihatan persekitaran terutama di tempat tumpuan seperti sekolah, institusi pendidikan dan tempat pemindahan mangsa banjir.
Menghirup habuk atau titisan air yang mengandungi najis burung yang tercemar boleh membawa kepada beberapa penyakit, termasuk penyakit seperti selesema yang dipanggil psittacosis.
Selain itu jangkitan Salmonella – jangkitan kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit – mungkin juga terdapat dalam beberapa najis burung.
Jika anda anda membersihkan atau terkena najis burung, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga. Basuh tangan anda dan bersihkan mana-mana kulit yang terdedah sebelum makan atau minum.
Selain itu ia juga boleh menyebabkan alahan kulit jika sengaja mendedahkan anggota badan dengan najis unggas dan cicak.
Artikel Berkaitan:
Lebihkan Makan Sayur & Minum Air Kosong. Lepas 4 Bulan Diet DSSS, Perubahan Ketara Di Bahagian Pipi!
Elak Picit Jerawat Di Kawasan Segitiga ‘Kematian’, Bahayanya Boleh Undang Strok
Petua Lembutkan Tapak Tangan Kasar, Tak Perlu Losyen Bagai

Kebanyakan perempuan suka petua lembutkan tapak tangan sebab kalau kasar sangat, segan pula nak bersalam dengan orang.
Haa.. sebenarnya tak payah nak guna losyen mahal-mahal pun. Hanya dengan sedikit rajin, anda boleh amalkan. Bahan di dapur, yang pastinya memang terbukti dapat bantu.
Ni ada 5 bahan dapur yang boleh kita guna untuk melembutkan kulit tapak tangan.
1. Uncang Teh
Hampas teh jangan di buang. Sapu dan gosok pada tangan. Biarkan 5 minit. Kemudian baru cuci dan bilas. Amalkan 3-4 kali semnggu. Inshaallah tak perlu nak pakai losyen mahal-mahal dah nanti.
2. Hampas Kopi
Kalau kerap minum kopi, serbuk hampas tu pun boleh digunakan. Sapu dan gosok pada tangan. Biarkan 5 minit. Kemudian baru cuci dan bilas. Petua ni lepas beberapa hari jer, dah nampak perubahan tu.
Cubalah, kalau tak cuba memang tak tau kan.
3. Asam Jawa
Ambil sedikit asam jawa, lumurkan pada kedua tapak tangan. Ramas dan urut dalam masa 5 ke 10 minit. Lama kelamaan, kulit tangan akan jadi lembut.
4. Hampas Kelapa
Ini kalau masak guna santan. Santan dari kelapa parut lah ye! Lepas perah, hampas kelapa tu jangan terus buang.
Ramas dan gosok hampas pada tangan untuk beberapa minit. Lagi lama lagi lah bagus.
Cara ni dapat melembutkan semula kulit tangan yang kasar.
5. Bawang Merah
Kupas kulitnya dan hancurkan. Kemudian sapu, lumur dan gosok pada tangan.
Petua camni, kena lah amalkan selalu, barulah dapat hasil yang kita nak.Semoga bermanfaat!
Tak Semua Berkhasiat, Ini 6 Pilihan Jus Buahan Paling Bagus Untuk Kesihatan

Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baik sedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.
Sumber:
Artikel Berkaitan:
Harga Murah & Bau Pun Sedap Macam Jenama Mewah Popular. Ini 7 Pilihan Perfume Berbaloi Dimiliki!
“Cara Pakai Kena Betul & Bukan Produk Tiruan” – Dr. Izzar Kongsi Cara Pilih Face Mask Yang Sesuai