Melihat penampilannya yang sentiasa ceria dan bertenaga dapat mengagak personaliti ini sememangnya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Bukan saja melihat penampilan terkini, tetapi sejak dulu ketika bergelar anak dara pemilik nama Intan Sarafina ini bukan saja dianugerahkan seraut wajah cantik, tetapi tubuh yang kecil molek.

Biarpun sudah melahirkan tiga orang anak lelaki, bekas pΔ™serta Gegar Vaganza ini tetap maintain langsing.

Jika dilihat dari gaya hidup yang dikongsi di laman Instagram bekas pramugari ini mendedahkan amalan yang jadi rutin kegemaran untuk kekal kihat.

β€œSelepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling,” katanya.

IKLAN

Diaju penjagaan kecantikan pula, pelantun lagu Kembali dan Duhai Malam Ini, tanpa berselindung memberitahu tidak mengamalkan sebarang petua tertentu.

β€œIntan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang,” katanya yang sudah berusia 40 tahun Julai lalu.

Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.

IKLAN

Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 11 tahun, Megat Israfel Raez, 9 tahun dan Megat Noah, 6 tahun. Β  Β  Β 

Sumber: NONA

IKLAN

Kredit Foto: Instagram Intan Sarafina

Artikel Berkaitan:

Digalak Ambil 6 Makanan & Minuman Ini. Mampu Kembalikan Semula Rasa β€˜Down’ & Tak Bersemangat!Β 

Aktif Bersukan. Nana Mahazan Kongsi Tip Untuk Rajin Workout & Jadikan Rutin Harian! Β  Β 

Terus Bertangas Walau Dah Sebulan Berpantang. Cara Ozlyn Jaga Badan Lepas Bersalin 6 Orang Anak!