Kanser payudará adalah antara penyakit yang digeruni oleh kaum wanita.

Bagi mengelaknya, kaum wanita disarankan untuk melakukan saringan kesihatan terutama pemeriksaan mammogram bagi mengesa jika ada masalah payudara.

Namun begitu, berapa usia yang sepatutnya disarankan untuk membuat pemeriksaan mammogram ini.

Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!
Gambar sekadar hiasan.

Apakah Itu Pemeriksaan Mamogram?

Mamografi (mamogram) adalah pengimejan sinar-X pada payudara dengan menggunakan sinar-X bertenaga rendah. Ia alat pemeriksaan untuk memeriksa payudara bagi pengesanan awal dan diagnostik jika wujud risiko kanser payudara.

Prosedur mamografi dapat membantu mengesan barah payudara lebih awal sehingga 3 tahun sebelum munculnya benjolan dalam pemeriksaan payudara sendiri.

Usia Disarankan Buat Pemeriksaan Mamogram

American Cancer Society (ACS) mengesyorkan untuk mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor berkaitan barah payudara kepada wanita:

  • Berumur 40-44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan dengan mamogram jika mahu melakukannya
  • Berusia 45-54 tahun: Harus menjalani pemeriksaan mamogram setiap tahun
  • Berumur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali

Kebiasaannya, doktor tidak menyarankan pemeriksaan ini untuk wanita di bawah usia 40 tahun.

Tetapi bagi wanita dengan mutasi yang dikenal pasti dalam gen barah payudara, perlu memulakan pemeriksaan seawal usia 25 tahun.

Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!
Gambar sekadar hiasan.

Saringan Tambahan

Tempoh seseorang untuk menjalani pemeriksaan mamogram boleh berubah jika mempunyai faktor risiko barah payudara. Atas sebab ini, penting untuk anda berbincang dengan doktor dan menentukan masa yang tepat untuk menjalani penyaringan.

Antara faktor risiko tersebut adalah:

  • Berusia lebih 50 tahun
  • Mutasi genetik, seperti BRCA1 dan BRCA2
  • Sejarah peribadi barah payudara
  • Sejarah keluarga barah payudara
  • Mempunyai tisu payudara padat
  • Faktor peribadi seperti haid sebelum usia 12 tahun atau mula menopaus selepas usia 55 tahun
  • Pernah menjalani rawatan radiasi

Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!

Manfaat Lakukan Penyaringan

Manfaat penyaringan ini adalah dapat membantu mengesan barah payudara lebih cepat, sekali gus memberikan hasil akhir yang lebih baik dan mengurangkan keperluan rawatan invasif seperti pembedahan.

Menjalani mamografi juga dapat mengurangkan 25 hingga 35% risiko kematian akibat barah.

Risiko Menjalani Pemeriksaan Mamogram

Oleh sebab sinar-X digunakan untuk menghasilkan gambar payudara, anda akan terdedah dengan sedikit jumlah radiasi semasa prosedur.

Pendedahan ini amat rendah, bahkan manfaatnya adalah melebihi risiko pendedahan radiasi.

Pun begitu, pendedahan radiasi semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk meminimumkan pendedahan radiasi pada janin.

Beberapa ketidakselesaan mungkin dirasai kerana payudara akan ditekan pada plat sinar-X semasa prosedur. Tetapi pemampatan ini tidaklah berbahaya kepada buah dada anda.

Doktor biasanya akan menasihatkan wanita hamil atau yang menyusu badan untuk melakukan kaedah pemeriksaan lain yang lebih selamat seperti imbasan ultrabunyi.

Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!

Sumber: HelloDoktor

Artikel Berkaitan:

Awas! Keluar Lelehan Cecair Darah, Salah Satu Petanda Kanser Payudara!

Tabiat Pemakanan Punca Utama Kanser Usus, Ini Bahayanya Perlu Tahu Lepas Payudara & Serviks

Lenyap 30KG Dalam 15 Bulan, Rahsianya Ambik Superfood & Rajin Workout. Wanita Enjoy ‘Journey Diet’!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI