Melihat penampilannya yang sentiasa ceria dan bertenaga dapat mengagak personaliti ini sememangnya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Bukan saja melihat penampilan terkini, tetapi sejak dulu ketika bergelar anak dara pemilik nama Intan Sarafina ini bukan saja dianugerahkan seraut wajah cantik, tetapi tubuh yang kecil molek.
Biarpun sudah melahirkan tiga orang anak lelaki, bekas pęserta Gegar Vaganza ini tetap maintain langsing.
Jika dilihat dari gaya hidup yang dikongsi di laman Instagram bekas pramugari ini mendedahkan amalan yang jadi rutin kegemaran untuk kekal kihat.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling,” katanya.
Ads
Diaju penjagaan kecantikan pula, pelantun lagu Kembali dan Duhai Malam Ini, tanpa berselindung memberitahu tidak mengamalkan sebarang petua tertentu.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang,” katanya yang sudah berusia 40 tahun Julai lalu.
Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Ads
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 11 tahun, Megat Israfel Raez, 9 tahun dan Megat Noah, 6 tahun.
Memang menjadi tabiat pantang apabila melihat jerawat pada wajah tangan akan mula gatal untuk memicitnya.
Namun sebenarnya perbuatan ini salah kerana kesannya boleh meninggalkan parut yang agak sukar dihilangkan pada wajah.
Jika tidak diatasi kebarangkalian boleh menjadi parut jeragat yang bertompok–tompk di wajah.
Bagi mengatasi masalah ini ada kaedah tertentu untuk memicit jerawat pada wajah ini yang dikongsi oleh Dr Nazaelia.
Menurutnya jangan picit jerawat tetapi menngempiskannya dengan cara tertentu.
Kebanyakan orang beranggapan bahawa memicit jerawat adalah cara cepat untuk menghilangkannya kerana jerawat akan cepat kering dan lenyap dari kulit.
Padahal ketika memicitnya, nanah dan isi jerawat yang penuh bakteria tidak hanya terdorong keluar kulit, tapi boleh masuk lebih dalam ke pori-pori kulit di sekitarnya.
Hal ini berisiko menyebabkan jerawat semakin meradang dan membesar, hingga meninggalkan parut dalam atau bopeng.
Secara hakikatnya, jerawat akan sembuh dengan sendirinya. Kena sabar je la ek sis, jangan pegang-pegang, picit-picit dia. TAPIKAN .. nak kempiskan jerawat dgn cepat ada caranya ..
1. Hot Compression:
Rendam kain dengan air panas, lalu letak pada jerawat selama beberapa minit dengan kain ini dan ulangi beberapa kali sehari. Selain boleh meredakan rasa sakit akibat jerawat, hot compression juga dapat membantu membuka pori-pori agar jerawat lebih mudah kering atau pecah dengan sendirinya.
Tapi perlu diingat, cara ini berlaku hanya untuk jerawat whiteheads atau komedo putih, dan bukan untuk jerawat yang sedang meradang.
2. Sapu krim anti-jerawat:
Pilihlah krim anti jerawat dengan kandungan bahan seperti benzoyl perixode, azelaic acid, dan AHA.Untuk jerawat yang lebih serious dan banyak, penggunaan ubat seperti antibiotik dan tretinoin, mungkin akan diperlukan. Namun, ubat jerawat jenis ini perlu mendapatkan preskripsi doktor.
Sila dapatkan konsultasi dengan doktor kulit untuk menentukan pilihan ubat jerawat yang sesuai dengan kondisi kulit.
3. Gunakan bahan semulajadi:
Oleskan tea tree oil, atau menggunakan charcoal mask dapat membantu jerawat lebih cepat surut. Beberapa penelitian juga menunjukkan ekstrak teh hijau, lidah buaya, dan rumpai laut (kelp) dapat menghilangkan jerawat.
Tapi doc, memang tak tahan ni. Dah berhari2 dah … nak picit jugak leh?
The truth is, dr TIDAK SARANKAN untuk memicit jerawat sendiri dirumah. Ini kerana kurangnya peralatan yang steril atau cara memicit jerawat yang salah dapat membuatkan jerawat semakin parah.
Tetapi jika anda tetap ingin melakukannya, lakukanlah dengan teknik yang BETUL supaya tiada komplikasi kelak.
BASIC PRINCIPLE: HANYA TUSUKKAN KEPALA JERAWAT MENGGUNAKAN STERIL NEEDLE DAN BUKAN MEMICITNYA. * Siapkan jarum (jarum jahit atau peniti) dan alkohol. * Cuci tangan hingga bersih dengan air hangat dan sabun. * Sterilkan jarum dengan cara menyapunya dengan alkohol. * Tusuk kepala jerawat dengan hujung jarum, namun jangan terlalu dalam yang membuat darah mengalir. Angkat jarum tersebut untuk membuka jalan bagi nanah untuk keluar. * Lapik tangan dengan tisu bersih atau gunakan cotton bud, lalu tekan kedua sisi jerawat secara perlahan. Jika jerawat sudah ‘matang’, nanah akan dengan mudah keluar. Jika belum, segera hentikan proses ini. * Setelah selesai, bersihkan jerawat dengan sabun pencuci wajah. Setelah itu, sapu krim anti jerawat dengan segera. * Jangan gunakan make up setelah menusuk jerawat kerana ia boleh menyebabkan bakteria masuk kembali ke dalam bekas jerawat.
SUPERTIPS: Ingat ye, teknik ini hanya boleh digunakan untuk jerawat bernanah dan bukan untuk jerawat batu ataupun bisul. Teknik ini paling baik dilakukan setelah mandi dengan hot shower atau setelah hot compression. Wap panas boleh membuatkan kulit lembap dan pori-pori terbuka, sehingga jerawat lebih mudah dikeluarkan.
SEKALI LAGI DIINGATKAN, sebesar mana pun keinginan anda untuk memicit jerawat, sebaiknya hal tersebut tidak dilakukan.
Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk dapatkan konsultasi yang sesuai dengan kondisi jerawat masing-masing.
Pilih tema irama tradisional, #RapiWerkit rai 30 peserta join Zafina Fitness sempena Hari Malaysia. Sempena sambutan Hari Malaysia ke 59 baru-baru ini, #RapiWerkit meneruskan kesinambungan dengan aktiviti workout zumba yang mengangkat tema lain daripada yang lain.
Kali ini dengan menghimpunkan hampir 30 peserta, membuka langkah zumba dengan lagu-lagu berirama tradisional yang sangat kena dengan tema Zafina Fitness, Irama Zapin Tari Senaman.
Zafina Fitness kali ini dipimpin oleh Coach Zaim Yazid yang cukup cantik menggayakan gerak tari lemah gemalai mengikut muzik dimainkan. Rata-rata peserta turut enjoy sama-sama berzumba zapin ini untuk tempoh satu jam setengah.
Hampir 6 lagu campuran tradisional dan pop berentak rancak untuk Zafina Fitness kali ini yang berlangsung di Star Fitness, Centro Mall.
Sebelum itu seawal jam 8 pagi, kebanyakan peserta sudah menghadirkan diri ke Star Fitness dengan lengkap berpakaian sentuhan tradisional mengikut tema diberikan pihak penganjur.
Biarpun dengan bersongket, dokoh dan hiasan di kepala, masing-masing leka menari irama zapin mengikut rentak muzik dimainkan.
Masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman zumba non stop ini.
Aktiviti kali ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah untuk lima peserta. Lebih istimewa juga, pihak penaja turut berbesar hati memberikan hadiah kepada tiga pemenang Best Dress yang diadili oleh pihak juri.
Biarpun penat, tetapi masing-masing teruja untuk terus menyertai aktiviti sebegini dan mahukan ia dilakukan dalam skala besar.
Zafina Fitness kali ini mendapat tajaan Star Fitness, Bliese, Dermeden, Yatt Beauty, Mysterious Hand Sanitizer, SofeaRose dan Faery Beauty.
Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan wajah lebih runcing.
Bukan hanya perlu jaga makan tetapi dengan urutan juga sangat membantu buat wajah anda kelihatan ada bentuk dan tidak berisi di bahagian tertentu.
Menerusi perkongsian saudari Aishah, dia cuma mengamalkan teknik yoga yang mudah dan simple untuk muka nampak lebih muda remaja.
Urut dari bahagian smile lines membawa ke tulang pipi secara ke atas, buat sekurang-kurangnya 1 minit dengan menggunakan face oil.
Tahan jari telunjuk di hujung mata, ambil satu lagi jari telunjuk dan buat gerakan macam C dari dalam keluar mata selama seminit.
Pandang ke atas, letakkan tangan di dagu, gunakan kedua dua ibu jari buat urutan dari
atas ke bawah dagu. Gunakan face oil untuk urutan lebih mudah.
Gunakan hujung telapak tangan. Dengan menggunakan face oil, urut bahagian sisi wajah dengan menggunakan hujung tapak tangan secara menaik.
Gunakan buku jari. Pandang ke atas, guna kedua dua buku jari, urut bahagian leher secara menurun. Gunakan face oil.
Kembungkan pipi di bahagian kanan dan tahan selama 10 saat. Diikuti bahagian atas mulut, tahan selama 10 saat. Kembungkan bahagian kiri, selama 10 saat, ulang step sekurangnya seminit.
Cukup senang, tapi kena konsisten dan rajin buat, kalau tak pakai gua sha pun tak apa. Boleh guna tangan dan jari. Nak senang guna tightening face oil untuk kulit lebih anjal.
Awal-awal buat memang macam tak nampak result, tetapi percayalah kalau anda selalu amalkan dalam 3 minggu pasti nampak perubahan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.