Berkongsi kesan selepas terkena jangkitan virus Influenza kira-kira dua bulan lalu, penyanyi Adira Suhaimi mengakui mengalami masalah pada vokal, terutama untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
Adira Suhaimi Kena Influenza
Menerusi portal Kosmo!, kesan jangkitan virus Influenza menyebabkan Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi berdepan dengan kesukaran untuk menyanyi, malah kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.
“Baru-baru ini saya kena jangkitan Influenza, sekitar dua bulan lalu. Kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.
“Kesannya kalau saya menyanyi, memang ‘ke laut’. Rasa tekak seperti diikat,” ujarnya lagi.
Rajin Buat Aktiviti Yoga
Bagi memulihkan semula kualiti vokalnya, Adira memberitahu dia melakukan aktiviti yoga untuk membantu membetulkan semula pernafasannya.
Ads
“Untuk dapatkan semula suara, saya lakukan aktiviti yoga untuk membantu pernafasan. Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih,” ujarnya.
Faktor Ada Anak Empat Pun Salah Satu
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga tidak menolak berdepan masalah untuk menyanyi selepas melahirkan empat orang cahaya mata, selain faktor peningkatan usia.
Ads
“Selepas bersalin empat kali secara pembedahan caesarean (czer), vokal saya juga mengalami masalah. Selain itu mungkin juga disebabkan oleh faktor usia.
“Untuk membantu mendapatkan semula suara, saya menghadiri kelas vokal,” jelasnya yang telah pun mengikat sistem peranakannya selepas dikurniakan empat orang cahaya mata.
Ketika disoal sama ada dia menyesal atau tidak membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’ Adira berkata, dikurniakan empat orang anak sudah cukup membuatkan dirinya bahagia.
Ads
Tambahan pula, dia mahu kesemua anak-anaknya membesar bersama-sama, tanpa ada jurang berbezaan usia yang besar.
“Saya memang merancang untuk hamil pada usia sebelum 30 tahun. Alhamdulillah, saya sudah pun dikurniakan cahaya mata, dua perempuan dan dua lelaki. Cukuplah setakat ini.
“Saya tidak mahu, bila anak-anak sudah besar, tiba-tiba mereka ada adik baharu. Biarlah mereka membesar bersama-sama,” jelasnya.
Tak Nak Hamil Lagi
Pada masa sama, Adira juga berkongsi untuk mengambil keputusan tidak lagi hamil dibuat atas nasihat doktor dan juga suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayub yang kini berusia setahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak susah pun kalau nak mekap tahan lama, yang penting anda kena tahu asas dalam susunan mekap. Paling best, anda ada ilmu nak buat kulit wajah glowing sepanjang hari dan nampak awet muda!
Nak Mekap Tahan Lama, Jangan Lupa Sapu Primer Dulu!
Seperti yang dikongsi oleh Puan Mimi Syaza, pemakaian primer penting kalau nak makeup lawa dan tahan lama. Boleh sapu sebagai asas sebelum anda bersolek dan kalau nak jimat, beli yang murah pun okay asalkan ada primer.
Jangan terkejut dengan hasilnya selepas mekap, memang nampak beza bila pakai primer. Kalau baru nak mula pakai boleh refer primer saya cadangkan ini ya.
Maybelline
Produk ini buat kulit nampak dewy dan lembut, sangat sesuai untuk kulit normal dan kering.
Maybelline – Fit Me
Yang ini pula bagi kulit nampak matte dan mampu menutup pori terbuka.
Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.
Maybelline – Baby Skin
Tak berat sangat, jenis ini boleh buat kulit ‘bernafas’. Tak ada lah anda rasa berat dengan mekap. Sangat ringan tau, macam tak pakai apa!
Silkygirl – Instant Pore Fix
Kalau suka jenis matte dan nak kulit nampak bersih tanpa sebarang cela, boleh guna yang ini.
3CE
Boleh cuba juga yang ini, juga mampu menutup liang pori yang terbuka.
Innisfree
Primer yang cukup selesa untuk anda dapat hasi kulit cantik dan mekap tak cepat cair ya.
Innisfree
Bagus untuk anda cuba yang ini juga. Solekan akan nampak mulus dan cantik tanpa sebarang cela.
Hah, dah tahu rahsia nak mekap cantik, anda kena lah cari ikut kesesuaian kulit. Kalau ikutkan serum atau pelembab juga boleh dijadikan sebagai alas mekap bagi memegang solekan lebih lama. Malah pelembab wajah juga antara yang terbaik memberi hidrasi pada kulit untuk kekal glowing dari dasar. Namun kalau pakai primer, lagi hasilnya cantik. Cubalah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara kita yang sudah beralih kepada endemik dan şemalam kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran terutama membabitkan pemakaian pelitup muka.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia memberitahu mengenai şemakan keperluan pemakaian pelitup muka.
Antara yang diberitahu bermula 1 Mei nanti pemakaian pelitup muka hanya wajib apabila besar dan dalam bangunan (indoor) saja.
Namun begitu pemakaiannya di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi digalakkan kerana dengan pemakaian pelitup muka ini mampu mengurangkan penularan jangkitan.
Ayuh, kita semak beberapa lagi kelonggaran diberi.
Semakan Keperluan Pemakaian Pelitup Muka
– Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan (indoor).
– Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
– Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan
. Pelitup muka boleh ditanggalkan sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor) namun DIGALAKKAN.
Pemakaian pelitup muka boleh mengurangkan penularan jangkitan terutama apabila:
– Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar ramadan, pasar malam dan stadium;
– Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
– Golongan yang berisiko tinggi;
– Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak
* Bermula 1 Mei 2022
Dalam satu perkongsian lain, pengurusan tertinggi KKM juga turut melakukan demonstrasi dengan membasuh tangan selepas bersama dan amalan ini boleh dipraktikkan setiap kali menyentuh individu lain.
Demonstrasi yang sangat baik ditunjukkan daripada pengurusan tertinggi KKM. Kepimpinan melalui teladan.
Jika sebelum ini membasuh tangan selepas salam dianggap OCD dan sering dikecam sebagai terlalu pembersih. Ia tidak lagi ketika kita melalui sewaktu fasa peralihan endemik. Ini kerana ia sangat digalakkan selepas bersentuhan.
Budaya membasuh tangan selepas bersentuhan diterapkan oleh anggota kesihatan di hospital. Doktor setiap kali menyentuh individu membasuh tangan. Ini bagi mengelakkan penyebaran penyakit daripada satu pesakit kepada satu pesakit.
Tiada masalah untuk seseorang mempraktikkan perkara yang sama. Jangan pula dikecam mereka yang amalkan perkara ini ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya tak mudah nak hilangkan jeragat degil di muka, sebab itu ada yang sanggup habis beribu-ribu duit semata-mata nak cantik.
Jeragat selalunya terjadi sebab hormon dalam badan tak stabil dan terdedah dengan cahaya matahari.
Lagi satu sebab penggunaan bahan kosmetik yang tinggi bahan kimia punca juga penyebab jeragat.
Jadi Puan Zana Mokhtar kongsikan petua ini untuk anda cuba pudarkan masalah jeragat cara jimat duit, in shaa ALLAH memang membantu sangat untuk merawat.
Dua Bahan Dapur Hilangkan Jeragat Degil Di Muka
Bahan-bahannya:
Kentang
Lemon
Kentang sangat tinggi oksidan jadi dia mampu menyingkirkan jeragat. Lagi satu kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu.
Dan lemon pula sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak peluntur kepada bintik bintik jeragat tu.
Cara – cara:
1. Kentang itu bersihkan betul betul dahulu dan kisarkan dia sehingga halus kejadiannya.
2. Kentang yang di kisar tadi campurkan dengan perahan lemon. Gaulkan sehingga sebati.
3. Masukkan dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku ye.
4. Bersihkan dulu wajah supaya kiub masker kentang ni dapat bertindak bagus dalam kulit.
5. Ambil seketul kiub masker kentang tu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama dekat kawasan jeragat banyak sampai lah kiub tu cair.
6. Sapu dengan lembut k jangan sapu dalam keadaan kasar dekat muka tu.
7. Lepas tu badu lah bilas air bersih.
8. Boleh pakai setiap hari. Seeloknya sebelum nak tidur ye.
Haa… mudahkan dan kos pun tak ada mahal. Rajin dengan tak rajin sahaja. Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!