Siapa yang tidak mengenali pelakon Rozita Che Wan. Sisi wajahnya yang sedikit rare dan kekal cantik walau usia sudah mencecah 48 tahun menjadikan dirinya antara selebriti yang sentiasa jadi buruan pengarah.

Malah susuk tubuhnya yang kekal langsing walaupun sudah melahirkan tiga orang anak menjadikan figura yang dikenali dengan nama Che Ta sentiasa jadi inspirasi orang lain untuk sentiasa menjaga kecantikan.

Ketika di tanya petua bagaiaman menjaga kecantikan dari dulu hingga sekarang, Che Ta hanya tertanya sambil memberitahu dia sangat menitik beratkan penjagaan kulit wajah mengikut aturan ditetapkan.

Menurut wanita berusia 48 tahun ini dia tidak pergi membuat facial sebaliknya hanya memakai skincare dan membuat masker sendiri di rumah.

Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

“Sebenar ada kisah lucu kalau ditanya mengenai sisi kecantikan saya. Menurut Zain, kecantikan saya inilah yang menambat hatinya. Mula-mula dia lihat saya tidak bermekap dan dia lihat saya memang cantik tanpa mekap.

“Tambahnya lagi, bentuk wajah saya ini jenis sharp feature. Nampak nakal tetapi nakal-nakal cantik.

“Nak kata jenis eksotik tidaklah eksotik tetapi diibarat melihat muka si ratu cantik dan itu yang membuatkanya terpikat. Pendek kata Zain nak bagi tahu muka saya ini special dan rare,” ujar Che Ta yang memberitahu Zain tidak lihat kecantikan luaran dirinya semata-mata.

Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

“Mungkin cantik bagi Zain ini bila saya pandai menguruskan diri dan rumah tangga. Jadi bila tengok waktu malam atau baru bangun tidur, dia akan cakap ‘Cantiknya isteri I”. Sikapnya yang jujur ini juga menjadikan perkahwinan kami sudah bertahan selama lapan tahun,” jelasnya yang turut memakai produk Mylea untuk menjaga kecantikan wajah.

Baru-baru ini Che Ta dan suaminya, Zain bersanding lagi sempena meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.

IKLAN
Selain itu:  Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation!

“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.

“Tahun ini sempat juga melaram dengan  baju songket warna maroon rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Kalau tahun lalu dilakukan di Pulau Langkawi,” jelasnya yang memberitahu sambutan ulang tahun kelapan mereka baru baru ini terganggu apabila suaminya disahkan positif COVID-19  bulan lalu.

Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

Che Ta mendedahkan sehari selepas Zain kena serangan virus itu, anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana juga turut terpalit sama.

Kerana situasi tak terduga itu, pelakon drama Tahyul di TV3 menerusi watak Detektif Mazni ini  berkata perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.

“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu.  Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

IKLAN

“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.

“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya lagi yang bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

Che Ta dalam pada itu, tidak menyangka masa seakan berlalu hingga usia perkahwinannya terus bertambah.

Selain itu:  Padah Ubatan Sapuan. Budak 2 Tahun Diserang Sawan 5 Jam Tanpa Henti, Sebelum Meninggal Dunia!

“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.

IKLAN

“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.

“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

Artikel Berkaitan:

Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri

Lebihkan Makan Sayur & Minum Air Kosong. Lepas 4 Bulan Diet DSSS, Perubahan Ketara Di Bahagian Pipi!

“Tukar Teknik Bernafas Melalui Hidung, Cara Berkesan Lembapkan Bibir Walau Pakai Face Mask” – Joy Revfa

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI