Sapu sikit serlah seri wajah. Lima pilihan blusher paling best, mekap terus On Point. Selain pembayang mata, pemerah pipi juga memainkan peranan penting dalam menyerlah solekan seseorang.

Biarpun hanya mengoles secara sederhana, tetapi sapuan yang sedikit itulah mampu menaikkan seri wajah.

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah

Pelbagai pilihan warna pemerah pipi atau blusher yang dijual dipasaran, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak memilihnya agar tidak menjadi mangsa penipuan hingga boleh rosakkan kulit wajah.

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

Artikel Lain: Dah Tua Tapi Mampu Workout 5 Hari Seminggu. Rahsia Victoria Beckham Kekal Fit & Jelita!

Disenaraikan antara 5 pilihan blusher terbaik yang boleh kita cari di drugstore berhampiran dengan harga mampu milik. Yang penting buat mekap kita terus on point.

IKLAN

Lima Pilihan Blusher Paling Best

1. Wardah Blush On B

Bertekstur halus dan lembut serta warna yang mudah diadun ke kulit untuk memberi efek seri semula jadi. Pemerah pipi yang bersaiz kompak ini sangat senang digunakan dan mudah dibawa kemana sahaja. Anda tampak cantik semulajadi setelah memakainya, kerana warnanya sesuai untuk semua tona kulit. Paling penting, bebas bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kulit iritasi.

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

2. IN2IT Waterproof Single Blush

Serlahkan pipi kamu dengan blusher hebat daripada IN2IT ini. Berbekalkan formula kalis air, blusher lembut ini akan kekal sepanjang hari di wajah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang touch-up berulang kali. Blusher mampu milik ini juga akan memastikan kulit anda nampak berseri semula jadi.

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

IKLAN

Artikel Lain: Pilihan 5 Pelembap Paling Best Untuk Kulit Berminyak, Wajah Jadi Lebih Moist

3. Silky Girl Jelly Cheek Tint

Pemerah pipi dengan warna yang menarik ini mempunyai bau yang harum dan sesuai untuk dikenakan pada semua jenis kulit. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan nampak rona kemerah-merahan, membuatkan wajah kelihatan lebih berseri. Bersaiz kecil dan ringan untuk di bawa ke mana sahaja.

Selain itu:  Pernah Jadi Atlet Lompat Jauh. Elfira Akui Mengidam Lompat Kolam Pakai 'Heels', Walau Sarat Hamil!

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

4. Maybelline Master Flush Blush Stick

Blusher dari Maybelline berbentuk stick ini sangat mudah untuk dipakai, terutama sekiranya anda sering mengejar masa.  Hanya calit dan sapukan sahaja, pemerah pipi ini mempunyai formula jenis krim yang mudah meresap pada kulit dan boleh tahan lama. Warna yang terang dan menarik dari pemerah pipi ini menjadikannya sesuai untuk dikenakan pada semua tona wajah dari cerah hingga ke gelap.

IKLAN

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

5. Revlon Powder Blush

Blusher jenis ini sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana jenama Revlon sangat dipercayai bagi mereka yang memiliki masalah kulit berminyak. Hanya dengan sekali sapu, tekstur pemerah pipi ini akan berubah menjadi bedak dan menyerap kesan peluh yang terdapat dipermukaan wajah. Sapukan pemerah pipi ini untuk warna yang lebih menyerlah.

Sapu Sikit Serlah Seri Wajah. Lima Pilihan Blusher Paling Best, Mekap Terus On Point!

Sumber: Productnation.co

Artikel Lain: Cari 5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan, Bajet Bawah RM30. Senang Cari Di Drugstore!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI