Pernah berdepan dengan masalah breakout hingga menyebabkan rasa segan untuk mengambil gambar.
Biarpun dirinya lelaki, tetapi hati tak tenang melihat masalah kulit wajah berjerawat hingga mengakibatkan breakout.
Tidak mahu jadi lebih teruk, perkongsian lelaki ini menggunakan akaun @ademfirdaus yang pernah alami masalah breakout dua tahun lalu disebabkan salah guna produk yang akhirnya pulih seperti sebelumnya.
Ayuh lihat perkongsiannya di laman twitter hingga mendapat retweet tanda suka 5 ribu kali.
Masih perlukan improvement
Jadi breakout sebab salah guna produk
Buat research sebelum lakukan penyembuhan wajah
Mula-mula cuba rawatan jerawat
Ads
Kemudian slow-slow beli produk penjagaan wajah lain
Wajah lepas sebulan guna
Turut guna sunscreen
Antara produk lain digunakan, ada perubahan. Terus rasa konfiden untuk selfie
Ads
Antara produk digunakan
Aturan cara penggunaan
Bukan beli sekaligus & kalau ada perubahan teruk boleh terus jumpa dermatologist
Ini rutin yang dilakukan dari pagi hingga malam
Ads
Pemakan juga dijaga sebaiknya, tak minum air manis & banyakkan minum air masak
Sebelum pakai apa pun, check dulu jenis kulit untuk bagi serasi set penjagaan wajah dan kenal pasti jenis kulit barulah berkesan.
Kalau nak tahu, kulit biasanya dibahagikan kepada 5 iaitu: Normal, Dry, Oily, Combination, dan Sensitive.
Jenis sensitif sebenarnya lebih kepada skin condition kerana kulit jenis oily pun boleh jadi sensitif dalam masa yang sama. Keadaan kulit sensitif kelihatan kemerahan, terasa pedih serta kerengsaan (irritated).
Cara mudah untuk kenal pasti jenis kulit adalah melalui “tissue test”.
Cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi.
Keringkan muka dan jangan pakai apa-apa selama 30 minit hingga 1 jam.
Kemudian letakkan tissue atau oil film di kawasan dahi, hidung, pipi, dan dagu.
Berdasarkan minyak yang lekat atau tidak lekat pada tissue / oil film dah boleh tahu jenis kulit.
Jika kesemua tisu lekat seketika dan kemudian jatuh tanpa kesan berminyak, itu adalah kulit jenis normal (normal skin).
Jika kesemua tisu terus jatuh sebaik dilekatkan dan kulit terasa tegang, itu adalah kulit jenis kering (dry skin).
Jika kesemua tisu terus melekat pada kulit dan mempunyai kesan berminyak, itu adalah kulit jenis berminyak (oily skin).
Jika tisu terus melekat beserta kesan berminyak pada hidung, dahi, dan dagu, manakala kulit pada kawasan selain itu sama ada jenis normal ataupun kering, itu adalah kulit jenis kombinasi (combination skin).
Normal skin merujuk kepada kulit yang seimbang dan bagus, atau bahasa saintifiknya ‘eudermic skin’.
Keadaan T-Zone mungkin sedikit berminyak tetapi secara keseluruhan sebum dan kelembapan adalah seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.
Normal skin mempunyai pori yang halus, peredaran darah yang baik, tekstur yang lembut dan rata, tiada cela, serta tidak mudah sensitif.
Walaubagaimanapun, kulit normal boleh menjadi semakin kering selari dengan peningkatan usia.
Dry skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum lebih sedikit berbanding kulit normal, maka kadar kelembapan kulit adalah sangat kurang.
Kulit terasa tegang dan kasar akibat sentiasa kehilangan lembapan melalui trans-epidermal water loss (TEWL) yang mana kandungan air dilepaskan ke lapisan epidermis dan menguap daripada permukaan kulit.
Kulit jenis kering juga kekurangan natural moisturizing factors (NMF) seperti urea dan amino acid yang membantu memegang kandungan air.
Terdapat beberapa kategori kulit kering iaitu dry skin, very dry skin, dan extremely dry skin.
Oily skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum secara berlebihan. Kulit kelihatan bersinar, berkilat dan greasy.
Oily skin biasanya mempunyai pori yang besar dan jelas, serta mudah ditumbuhi blackhead, whitehead, dan jerawat.
Kulit berminyak disebabkan oleh faktor genetik, perubahan dan kestabilan hormon, pengambilan ubat-ubatan, stress, serta pemakaian makeup yang menyumbat pori.
Combination skin mempunyai dua jenis kulit yang berbeza pada kawasan T-Zone dengan kawasan lain.
Kawasan T-Zone yang meliputi sepanjang dahi, hidung, serta dagu mengeluarkan lebih banyak sebum, kelihatan berkilat dengan pori yang besar, serta kemungkinan terdapat cela pada bahagian ini.
Kawasan kulit yang lain iaitu sekitar pipi dan tepi dahi mempunyai tekstur kulit normal ataupun kering.
Selain dari skin type, kena tahu juga berkenaan skin concern supaya kita dapat memilih skincare yang sesuai dan berkesan. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuba semak semua, macam mana cara cuci pakaian yang anda biasa amalkan setiap hari. Salah gaya memang akan buat baju cepat buruk dan rosak!
Haaa… mesti ramai tak sedar perkara ni. Nak basuh baju, bukan pakai campak, ya. Ada beberapa tip yang perlu anda lakukan. Ini adalah 13 kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan orang ketika mencuci pakaian.
Selaian pengasingan mengikut warna, jenis fabrik juga perlu diperhatikan.
Jika terdapat kotoran degil seperti minyak, cat dan sebagainya, bersihkan sisa otoran tersebut terlebih dahulu sebelum di cuci. Khuatir nanti ia merebak ke pakaian lain
Bahaya guna sabun serbuk ni. Nanti tinggal debu-debu putih melekat pada pakaian. Dah kene cuci semula. Nak selamat, buat air sabun terlebih dahulu. Baru masukkan pakaian.
Ini antara punca zip pada pakaian cepat rosak. Sebaiknya, tutup zip sebelum pakaiana dibasuh. Jika dibiarkan zip terbuka ketika basuh, ia akan menyebabkan giginya rosak
Berbeza pula bagi butang, ia perlu dibuka atau dileraikan daripadanan. Jika tidak, butang mudah tercabut
Penggunaan peluntur yang berlebihan dan secara kerap akan menyebabkan pakaian akan mudah mereput dan fabrik menajdi keras
Ni mesti ramai yang buat kan? campak sahaja semua pakaian dalam mesin basuh. Walaupun anda menggunakan bekas atau beg khas untuk mencuci pakaian dalam ia tetap akan merosakkan bentuk asal. Sebaiknya, ia menggunakan teknik rendaman dan cucian ringan
Kandungan kimia di dalam pelembut pakaian akan menyebabkan tuala mempunyai daya resapan yang kurang.
Untuk penjimatan dan kecekapan tenaga, pastikan cucian yang dilakukan secara maksimum. Namun, tidak terlalu padat. Okay, kalau anda ada buat beberapa kesalahan ini, jangan ulang ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.