Kebiasaannya apabila usia seseorang itu memasuki 5 series pastinya akan kelihatan uban pada rambut yang sebelum hitam berkilat.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru memasuki usia 30-an tetapi sudah mempunyai uban dan ini akan membuatkan kita rasa tidak yakin dengan penampilan sendiri.

Namun perkongsian dari pengasas jamu Suzy Honey Herbs atau Suzima Hazish yang memberitahu rahsianya memastikan rambut tiada uban walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun.

Menurutnya dia menggunakan petua ini secara turun temurun dari keluarganya. Menggunakan daun kari yang dikisar bersama yogurt sebelum dilumur pada kulit kepala.

Power, Umur Dah 50 Tapi Tak Ada Uban. Kisaran Daun Kari Dengan Yogurt Rahsia Rambut Hitam Berkilat!
Rambut sekadar hiasan.

Rahsia Guna Daun Kari Elak Uban

“Wow, berkilat rambut  Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga ?Rambut pun tak makan usia ya? ” saya bertanya   terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55tahun yang saya panggil Cik Pah. Kami saling mengenali  sudah lama.

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling  melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya.  Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.

Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga.  Apa  lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resepi ini.

IKLAN

Bahan-bahan:

3 tangkai Daun kari. Ambik daun sahaja

3 sudu besar plain yogurt

Power, Umur Dah 50 Tapi Tak Ada Uban. Kisaran Daun Kari Dengan Yogurt Rahsia Rambut Hitam Berkilat!
Bahan diperlukan.

Blenderkan keduanya sampai sebati

IKLAN

Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan  yang lembut.

Biarkan selama 30minit . Barulah di bilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

Power, Umur Dah 50 Tapi Tak Ada Uban. Kisaran Daun Kari Dengan Yogurt Rahsia Rambut Hitam Berkilat!
Kisar semuanya.

Amalkan seminggu 1 kali.

IKLAN

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu  mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Power, Umur Dah 50 Tapi Tak Ada Uban. Kisaran Daun Kari Dengan Yogurt Rahsia Rambut Hitam Berkilat!
Lumur pada kulit kepala.

SuzyHoney

Wah…saya memang peminat kari pun.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Kekal Cantik Di Usia 50-an, Ini Tip Jennifer Lopez Kekal Awet Muda!

Nak Kekal Sihat & Cantik Pada Usia 40an, Ini Senaman Harian Paling Sesuai Dilakukan

Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI