Kebiasaannya apabila usia seseorang itu memasuki 5 series pastinya akan kelihatan uban pada rambut yang sebelum hitam berkilat.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru memasuki usia 30-an tetapi sudah mempunyai uban dan ini akan membuatkan kita rasa tidak yakin dengan penampilan sendiri.
Namun perkongsian dari pengasas jamu Suzy Honey Herbs atau Suzima Hazish yang memberitahu rahsianya memastikan rambut tiada uban walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun.
Menurutnya dia menggunakan petua ini secara turun temurun dari keluarganya. Menggunakan daun kari yang dikisar bersama yogurt sebelum dilumur pada kulit kepala.
Rambut sekadar hiasan.
Rahsia Guna Daun Kari Elak Uban
“Wow, berkilat rambutCik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga ?Rambut pun tak makan usia ya? ” saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55tahun yang saya panggil Cik Pah. Kami saling mengenalisudah lama.
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjelingmelihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya.Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.
Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga.Apalagi, bila balik rumah saya terus mencuba resepi ini.
Ads
Bahan-bahan:
3 tangkai Daun kari. Ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt
Bahan diperlukan.
Blenderkan keduanya sampai sebati
Ads
Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutanyang lembut.
Biarkan selama 30minit . Barulah di bilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
Kisar semuanya.
Amalkan seminggu 1 kali.
Ads
Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantumencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.
Negara kita sekali lagi dilanda gelombang ketiga penularan virus Covid-19 ini. Malah angka bagi kes baru setiap hari semakin tinggi hingga membimbangkan semua.
Kebanyakan daripada kita sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus Covid-19.
Mekanisme jangkitan virus Covid-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.
Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.
Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.
Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.
Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.
Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).
Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.
Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.
Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.
Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.
Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.
Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitanCovid-19boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.
Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.
Apabila ujian Covid-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.
Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.
Ini bermakna, virus Covid-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.
Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.
Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.
Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus Covid-19.
Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.
Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.
Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan Covid-19.
Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:
Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak Covid-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).
Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.
Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.
Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif Covid-19.
Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.
Ramai wanita tidak ambil peduli tentang kepentingan memilih bra yang betul. Keterujaan memilih bra kerana rekaan semata-mata sebenarnya bakal mengundang kesihatan payudara dan bentuk tubuh seorang wanita.
Persepsi wanita terhadap payudara adalah subjektif kerana ada yang mahu menonjolkan payu dara tidak kurang juga mahu menyembunyikan payudara.
Namun, faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara itu sendiri.
Fungsi bra itu sebenarnya adalah untuk menyokong dan memberi perlindungan kepada payu dara. Adalah penting untuk memilih bra yang memberi keselesaan bukan yang menyakitkan.
Jika masih ragu-ragu dengan saiz yang betul, sebaik-baiknya berbincang dengan pakar kerana mereka lebih arif tentang saiz dan ukuran yang betul.
Ini perkara yang perlu ada ambil tahu untuk pastikan bra dipakai selesa.
Rasa tidak selesa timbul ketika memakai bra apabila tali bra kelihatan ‘tenggelam’ di atas bahu. Ini kerana mangkuk bra yang digunakan mungkin terlalu kecil dan tidak padan dengan saiz payudara.
Lebih-lebih lagi apabila memakai bra berdawai dan ‘mencengkam’ payu dara. Payu dara yang terlalu merapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana mangkuk bra yang dipakai terlalu kecil. Bahaya mengundang akibat ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.
Mengetahui ukuran yang betul sangat penting dalam memilih bra. Peningkatan usia, perubahan saiz badan, perubahan gaya hidup dan kehamilan menjadikan saiz dan ukuran payudara berubah-ubah.
Jadi anda tidak boleh mengikut saiz yang sama sejak mula membeli bra dahulu sehingga sekarang. Buang jauh-jauh rasa malas untuk mencuba bra baru di fitting room. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra dan nasihat memilih saiz bra yang betul. Mendapat saiz bra yang betul kadang-kadang memberi kejutan!
Mengikut statistik setiap wanita memiliki sekuarang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk yang khusus dan selesa berbanding dengan bra yang murah.
Manakala bra yang murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.
Ada di kalangan wanita yang menganggap memilih saiz bra yang betul adalah membazir. Bagi mereka lebih baik membeli bra yang cantik tetapi murah. Setiap wanita sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bra yang terbaik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok.
Mungkin memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Sekurang-kurangnya ada empat bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.
Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh merubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.
Selaras dengan persedaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.
“Saya jenis yang simple dan bukan terlalu terperinci untuk menjaga kecantikan wajah. Saya basuh muka macam biasa dan tidaklah sampai ada 10 step nak diikuti.
“Kalau kulit kering saya biasanya akan pakai moisturizer yang sesuai. Sebenarnya kulit saya ini jenis yang tak boleh terima terlalu banyak penggunaan produk. Nanti akan naik jerawat di wajah.
“Manakala untuk penjagaan rambut juga memang simple. Walaupun sudah berhijab, saya akan pastikan rambut disyampu dengan sebaiknya.
“Rambut saya masih panjang, lebat dan hitam seperti dulu dan sekarang pun dah panjangnya dah melebihi paras pinggang,” katanya yang memang terkenal antara selebriti memiliki rambut panjang yang hitam dan cantik.
Tambah Anzalna juga untuk kekal fit, dia tidak mempunyai sebarang hobi untuk dijadikan aktiviti.
“Sebenarnya saya paling malas untuk lakukan hobi seperti kebanyakan orang lain seperti berbasikal atau lain-lain. Sebaliknya menguruskan kerja rumah yang dilakukan setiap hari juga saya anggagp sebagai satu senaman untuk menjaga kesihatan diri.
“Rutin menjaga anak, turun naik tangga boleh dijadikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di rumah saja. Itu sudah memadai bagi saya,” tambahnya yang ditemui ketika majlis memperkenalkan dirinya dalam kerjasama dengan jenama hijab Loveta x Anzalna.
Untuk kerjasama ini, Anzalna berkata, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta produk tudung lain demi terbabit dengan kempen Loveta X Anzalna yang sebelum ini diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah.
Kata Anzalna, ketika hayat Siti Sarah masih ada, arwah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya.
Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehingga penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
“Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat, saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.
“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya sudah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain, namun terpaksa menolaknya demi menjadi sebahagian daripada keluarga Loveta,” katanya.
Tambah Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah.
Menerusi kempen Loveta X Anzalna ini melalui Ratasya Empire (M) Sdn Bhd sebuah syarikat Siti Sarah dan Siti Fatimah Suberi selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan semi instant hadir dengan 11 koleksi warna menarik.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.