Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London! Selepas hampir 9 bulan dalam debar menunggu kelahiran anak pertama, Pakar Bedah kelahiran Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulung minggu lepas.

Tidak menunggu lama, berita gembira ini dikongsi di laman Instagramnya hari ini dengan memperlihat fotonya memangku si kecil.

Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Artikel Lain: Gayakan Dress Putih Di Majlis Nikah, Dr Amalina Selebriti Kedua Tersiar Dalam Majalah Vogue Britain

Dalam perkongsian itu, Dr Amalina meemberitahu dia sangat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira kepada semua pengikutnya di laman sosial mengenai kelahiran puteri sulungnya ini.

Bukan itu sahaja Dr Amalina tidak lokek berkongsi wajah serta nama bayinya yang dilahirkan di sebuah hospital di United Kingdom.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

IKLAN

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.

“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” katanya.

Artikel Lain: Miliki Bibir Sempurna & Hidung Terletak. Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia

Dalam perkongsian fotonya bersama anak pertamanya itu sambil menghadap jendela turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kelahiran si kecil yang jadi pelengkap keluarga pasangan ini.

IKLAN

Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London!

Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London!

Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London!

IKLAN

Sebelum itu wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.

Selain itu:  Kulit Glowing Tanpa Skincare, Lebih Selamat Dan Jimat Poket

Dia juga sebelum ini turut mendedahkan boleh mendapat cuti bersalin setahun dengan lima bulan bergaji penuh.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Artikel Lain: ‘Pretty Mommy’ – Bukan Je Cantik Bergaya. Dapat Pula Cuti Bersalin Setahun & 5 Bulan Gaji Penuh

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI