Dek sebab nak bergaya cantik sempena majlis rumah terbuka lebaran ini, pasti ramai yang berhasrat untuk mewarnakan rambut.
Lebih-lebih lagi jika rambut sudah kelihatan sedikit beruban. Dek kerana malu uban sehelai habis diwarnakan semua rambut untuk menutupi kekurangan ini.
Namun tahukah kesan menggunakan pewarna daripada bahan kimia ini pada rambut anda.
Perkongsian Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim memberitahu bahanya bika anda berhasrat untuk berbuat demikian.
BAHAYA MEWARNA RAMBUT?
Pewarna rambut terdiri daripada bahan kimia yang bertujuan mencantikan warna rambut dan menutupi rambut putih/ uban. Seni mewarna rambut sebenarnya berzaman lama telah diamalkan. Antara warna yang menjadi pilihan adalah hitam, keemasan, hijau, merah, kuning dan putih. Pada ketika itu, bahan kimia pewarna rambut diperolehi dari tumbuhan seperti inai, indigo, senna, kunyit, amla, katam dan sebagainya.
Bergantung kepada warna yang dihasilkan dan ketahanan, pewarna rambut dikategorikan kepada tiga jenis iaitu sementara (temporary), separa kekal (semi-permanent) dan kekal (permanent). Pewarna rambut jenis separa kekal boleh menjadi kekal sekiranya dipakai berulang kali, contoh inai.
Sekitar tahun 1860an, pewarna rambut sintetik diperkenalkan, namun kebanyakkan adalah berasaskan logam seperti plumbum yang boleh memudaratkan kesihatan. Akhirnya, sekitar 1909an seorang ahli kimia Perancis, Eugene Schiller telah berjaya menghasilkan pewarna rambut sintetik yang selamat dan digunakan secara meluas sehingga kini iaitu bahan kimia paraphenylenediamine (PPD). PPD menjadi pilihan kerana kualiti warna hasilnya yang kelihatan seakan semulajadi dan bersifat kekal walaupun dibasuh dengan syampu berulang kali. Dan hanya dengan PPD sahaja warna rambut kelabu dapat diperolehi.
Ads
Bagaimana PPD memberikan warna kepada rambut?
Warna semula jadi rambut bergantung kepada nisbah bahan kimia protein melanin iaitu eumelanin dan phaeomelanin. Eumelanin bertanggungjawab kepada warna rona warna perang ke hitam, manakala phaeomelanin pula memberikan warna keemasan dan merah. Ketiadaan kedua jenis protein ini akan menyebabkan rambut berwarna kelabu atau putih.
Bahan kimia PPD sendiri tidak berwarna. Namun hasil tindakbalas pengoksidaan dalam keadaan beralkali akan menghasilkan warna yang pelbagai pada rambut. Bahan pengoksidaan yang biasanya digunakan adalah hydrogen peroxide dan agent alkali PPD pula biasanya ammonia.
Semasa proses mewarna rambut, bahan kimia alkali ammonia akan membantu dalam membuka struktur dalaman rambut untuk membenarkan agen pengoksida memusnahkan protein eumelanin dan phaeomelanin lalu mengantikannya dengan pewarna PPD. Semakin gelap warna yang diingini, semakin tinggi kepekatan bahan kimia PPD yang digunakan. Warna yang gelap sesuai dengan rambut individu yang lebih gelap seperti orang Asia.
Kesan sampingan PPD?
Umumnya PPD adalah selamat digunakan sebagai pewarna rambut kerana ianya diregulasi of European Cosmetics Directive, 76/768/EEC (revised No. 1223/2009). Kandungan PPD yang dibenarkan adalah hanya sehingga 2% pada rambut. Dalam kuantiti yang dibenarkan,ia lebih selamat daripada pewarna rambut sintetik lain seperti lead acetate trihydrate, dan 4-aminobiphenyl (4-ABP).
Ads
Pun begitu, bahan dan cara penyediaan yang tidak sempurna akan menyebabkan PPD yang tidak teroksida sepenuhnya. Keadaan ini boleh menyebabkan reaksi seperti iritasi, ruam kering, pedih dan gatal kepada kulit yang terdedah. Untuk mengelakan kesan sampingan disebabkan pengoksidaan PPD yang tidak sempurna, pastikan mendapatkan servis daripada pusat kecantikan yang diyakini. Untuk produk pula, pastikan beli daripada pengeluar yang punya reputasi baik dan patuhi arahan penyediaan pada label.
Pendedahan kali pertama PPD kepada individu sensetif biasanya tidak memberikan kesan, namun pendedahan berikutnya boleh menjadi lebih teruk. Antara gejala alahan PPD adalah ruam kemerahan, lecet dan bengkak pada kelopak mata atas, cuping telinga, kulit kepada, muka, leher, tangan dan kaki (lihat contoh gambar di bawah).
Tindakbalas sistematik badan terhadap PPD boleh membawa kepada anaphylaxis (respond berlebihan sistem imuniti badan). Antara gejala selain masalah kepada kulit adalah pening, loya dan muntah, pembengkakan pada kerongkong dan lidah, kesukaran bernafas dan pengsan. Jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kematian.
Masalah pada kulit yang sensetif juga boleh berpanjangan kepada hyperpigmentasi dan parut. Walaupun jarang dilaporkan, PPD juga dipercayai boleh menyebabkan leukoderma atau vitiligo iaitu keadaan di mana kulit kehilangan sel pigmen melanocytes kepada individu yang cenderung secara genetik.
Oleh itu, produk pewarna yang mengandungi PPD dan bahan kimia terbitannya (derivatives) mempunyai label AMARAN pengesyoran agar pengguna melakukan ‘patch test’ sebelum mengaplikasikan pewarna rambut jenis ini. Pun begitu, keputusan negatif dalam ‘patch test’ ini tidak menjamin sepenuhnya individu adalah bebas daripada kesan sampingan PPD.
Tidak semestinya. Semua produk kosmetik tidak kira sintetik atau natural adalah tertakluk kepada peraturan penilaian keselematan yang sama. Badan kita tidak mampu membezakan bahan kimia natural atau sintetik. Sekiranya bahan kimia itu tidak selamat, tidak kiralah diperolehi secara semulajadi atau dihasilkan di makmal, ianya tetap akan diharamkan.
Perlu diingat, bukan semua individu alah kepada PPD sebab itu ianya dibenarkan sebagai pewarna rambut. Benar, kenali badan sendiri dan usah pukul rata. Individu sensetif dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada berkaitan harus lebih berhati-hati.
Bagi mereka yang berkulit sensetif dan alah kepada bahan kimia PPD, boleh memilih pewarna jenis sementara atau separa-kekal seperti inai (henna). Pun begitu, berhati-hati dengan produk inai yang mungkin juga dicemarpalsu dengan bahan kimia logam (kuprum, perak, bismuth, atau plumbum), PPD, ini agar lebih kekal lama warnanya.
Nak cerahkan kulit dengan skrub, anda kena tahu bahan apa yang sesuai dengan kulit wajah untuk buang sel kulit mati yang ada di wajah.
Tak perlu pergi spa sebab anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh DrRizal Abu Bakar ini.
Petua kulit cantik ini hanya memerlukan dua bahan sahaja untuk menjadikan skrub, bahan-bahannya pun senang dapat ya.
Lepas amalkan, nampak glowing, kulit lembap cerah. Guna skrub diperbuat dari gula dan extra virgin olive oil.
Proses ini dipanggil ‘exfoliation’. Nak elak lebihan kulit mati tersumbat dalam pori kulit. Punca naik jerawat. Kulit gelap kusam. Kulit mengering dan gatal.
Bahan-bahan:
Gula putih / brown sugar
Olive oil / coconut oil
Penyediaan:
Boleh guna gula putih atau brown sugar. Kalau tiada olive oil, boleh guna coconut oil.
Guna 1/2 cawan gula bersama 3 sudu makan olive oil dan gaul sampai sebati.
Scrub waktu pagi.
Amalkan seminggu dua ke 3 kali.
Olive oil tinggi vitamin E dan Squalene. Squalene kekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin E tingkatkan keupayaan kulit untuk serap lebih banyak kelembapan.
Anda masih kecewa dengan masalah jeragat? Lagi rimas, terpaksa mekap tebal untuk sembunyikan jeragat.
Tak perlu simpan lama sangat jeragat itu, anda boleh perlahan-lahan pudarkan dengan amalkan tips ini.
Masalah Jeragat, Tips Ini Untuk Pudarkan Dengan Cara Selamat
1) Cuci muka dengan bersih sebelum tidur
Jangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih dan kotor. Orang yang betul-betul jaga kecantikan kulit muka sangat pantang bila tidur dalam keadaan muka yang masih ada mekap dan berminyak. Jangan sesekali amalkan tidak membasuh muka sebelum tidur.
2) Gunakan produk penjagaan yang selamat
Elakkan menggunakan produk penjagaan muka atau kecantikan yang mempunyai bahan kimia merbahaya. Kalau anda perasan, Malaysia telah dibanjiri produk kecantikan yang belum tentu selamat digunakan. Jadi berhati-hati lah semasa memilih produk muka.
3) Elakkan sinaran matahari
Jangan terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik kerana ini boleh menyebabkan jeragat makin subur dimuka. Pastikan anda memakai sunscreen (pelindung cahaya matahari) tiap pagi sebelum keluar rumah. Walaupun anda duduk dalam rumah, wajib pakai sunscreen.
4) Rutin kecantikan yang betul
Kalau anda malas sangat nak pakai banyak produk kecantikan, pakai yang basic sahaja pun dah ok. Janji ada. Yang wajib setiap hari korg kena pakai adalah:
Pencuci Muka Penyegar (toner) / serum Pelembap (Moisturizer) Pelindung Cahaya Matahari (Sunscreen) Scrub 2 – 3 kali seminggu waktu malam
5) Gunakan serum muka
Kalau basic penjagaan muka anda cukup seperti di no 4, anda boleh tambah serum pula untuk pencerahan kulit dan pudarkan masalah jeragat.
6) Makan suplemen
Makin berumur, kolagen makin hilang. Jadi anda kena cari suplement tambahan untuk topup balik kolagen yang berkurang. Nak-nak anda yang berusia 30-40an ke atas.
Namun hakikatnya penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit itu semestinya bermula dari dalam. Jika cantik luaran, dalaman juga perlu seiring agar tidak dikata usia tua sebelum waktunya.
Perfect Glow, produk terbaik dari rangkaian jenama Yatt Beauty by Yatt Shafie menawarkan segalanya yang diperlukan kulit.
Dirumuskan melalui formulasi Korea, Prefect Glow bertindak sebagai suplemen pelengkap untuk memudarkan parut dan kesan pigmentasi, merawat masalah kulit dari dalam serta mencerahkan kulit badan. Paling penting, anda kena ambil secara konsisten ya!
Apa yang best, produk ini menggunakan serbuk campuran buah-buahan dan serbuk tembikai susu.
Cara Ambil
Sekotak Perfect Glow mengandungi 15 pek kecil yang cuma perlu diambil setiap hari untuk hasil yang efektif.
Hah, tak susah pun nak cantik dan masuk kategori awet muda, bukan? Anda sendiri boleh pilih mana yang terbaik untuk dapatkan kulit cantik tanpa jeragat dan garis kedut.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda tahu tak apa tanda-tanda kulit minta tukar skincare yang baru? Haaa… bukan senang nak cari produk yang serasi dengan kulit, malah kadang kalau beli seolah-olah tidak berfungsi langsung.
Lagi teruk ada yang sampai jeragat dan jerawat makin meriah! Akhirnya anda terpaksa cari skincare baru.
Sebenarnya, ini bukanlah 100% dari masalah produk. Perubahan pada kulit mungkin menjejaskan keberkesanan produk, jadi pakailah skincare bagus macam mana pun tapi kulit tak boleh terima.
Untuk lebih selamat, anda kena kenal pasti jenis kulit dulu dan semak bahan setiap produk yang anda gunakan.
Ini tanda-tanda kulit anda kena tukar formula skincare yang baharu!
Kulit terlalu kering / terlalu berminyak
Kalau kulit terlalu kering dan anda pakai produk yang dibeli rasa makin kering, itu tanda tak sesuai dengan kulit. Begitu juga dengan masalah kulit yang terlalu berminyak, kalau pakai dan hasilnya makin berminyak, anda kena berhenti. Elakkan guna pencuci muka atau skrub terlalu kerap, ini akan membuatkan kulit berminyak lebih teruk.
Timbul kemerahan (gatal-gatal)
Kemudian kalau pakai skicare dan itu membuatkan kulit rasa gatal dan kemerah-merahan, anda jangan tersukan! Tanpa sedar anda mula menggaru dan mengakibatkan luka pada wajah. Sebaiknya elakkan dahulu menggunakan produk yang mengandungi retinoid, benzoil peroksida, alkohol, asid salisilik, pewangi, dan pengawet.
Hati-hati dengan milia
Jangan keliru jerawat dan milia! Muncul milia pada sekitar kulit anda, itu kesan sampingan terhadap pelembab yang anda guna. Ia terjadi apabila formula pelembab terlalu pekat atau berat untuk kondisi kulit. Jadi cuba tukar pelembab formula yang lebih sedikit atau ringan.
Kulit sensitif mudah gatal, merah-merah atau breakout. kena lebih peka dalam peminilhan produk. Jadi orang yang mempunyai kulit sensitif haruslah lebih teliti dalam pemilihan skincare.
Jika terlalu banyak bahan kimia yang merbahaya seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin meresap pada kulit akan menjejaskan kesihatan kita.
Ini pula antara bahan yang membantu selesaikan masalah kulit:
Benzoyl Peroxide
Ini bahan yang lazim digunakan dalam kandungan ubat jerawat. Benzoyl Peroxide juga memberi kesan yang efektif dalam menghapuskan bakteria yang menjadi punca jerawat dan membuka pori – pori yang berpotensi menjadi jerawat.
Caffein
Mempunyai banyak manfaat kepada kulit.
Kesan ketara penggunaan caffein di wajah adalah merawat kulit bahagian mata seperti membantu mengurangkan ‘eyebag’ dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata yang dikenali sebagai ‘panda eyes’.
Ceramides
Merupakan asid lemak yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan manusia.
Namun begitu, kadar penghasilan ceramides oleh badan bergantung kepada umur seseorang dan akan berkurangan apabila umur meningkat.
Dengan mempunyai ceramides yang mencukupi dapat membantu memperbaiki skin barrier yang rosak dan menjaga kulit kita supaya tidak mudah dimasuki bendasing.
Jadi, skin care yang mempunyai ceramides adalah baik bagi memperkuatkan lagi skin barrier dan menjaga kelembapan wajah supaya tidak mudah kering dan iritasi.
Glycolic Acid
Berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati.
Penggunaan ‘chemical exfoliator’ mampu untuk menjadikan kulit lebih cerah dan menanggalkan sel sel kulit mati, termasuk alpha hydroxy acid (AHA).
Glycolic acid bertindak dengan cara memisahkan sel kulit mati dengan sel kulit baru dibawahnya.
Jadi pilihlah produk yang sesuai dengan masalah kulit anda, jangan ikut orang. Agak rasa makin teruk dan gatal-gatal, jangan paksa diri pakai lagi. Tukar terus dan rehatkan kulit daripada segala produk.
Nak lebih selamat, kaji bahan produk yang dulu. Cari yang ringan dan tiada bahan kimia yang tinggi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!